BAB 4

588 25 0
                                    

BAB 4

"Kau gila! Ini kalau kau tak nak, apa kata kau pass jek kat aku!" Izzati gerak-gerakkan jarinya di skrin ipad milik Aafiya. Terlopong dia baca maklumat bakal suami Aafiya yang tak tau jadi ke tak. Rasanya lelaki ini jauh lebih glamour dari Aafiya. Macam mana dia dan Aafiya terlepas pandang lelaki hebat ini? Ah! Kalau dia lepak dengan Aafiya memang semua lelaki dia takkan kenal. Nasiblah dapat kawan yang pandang lelaki tak lebih dari seorang kawan. Langsung tidak teruja walaupun David Beckham melintas tepi mereka. Oh! Itu sangat menipu. Mereka dua-dua minat bola sepak. Gila! Kalau buat-buat tak nampak.

"Sila-sila. Aku bagi free je. Kau nak ikat tepi ke ikat penuh?" Aafiya sandarkan badannya ke kerusi. Urut kepala perlahan. Bukan pening sebab masalah lelaki seperti Qaizer, tapi sakit kepala sebab dapat pelanggan cerewet macam Datin Maimun. Berminggu-minggu dia dan team cuba puaskan hati wanita itu. Tapi masih gagal. Semua rekaan dalaman yang mereka cadangkan untuk restoran baru Datin Maimun ditolak tanpa berkompromi. Gila kejam perempuan ni. Tahulah kaya. Sanggup bayar berapa saja, tapi agak-agaklah dalam membuat permintaan tu.

"Bengong! Kau ingat dia teo o beng!" Izzati yang sememangnya asal Kelantan suka sangat menggunakan istilah kelantan untuk sesuatu benda bila bercakap dengan dia. Secara tak langsung Aafiya faham la juga beberapa patah perkataan. Tapi kalau Izzati bagi dialek Kelantan pekat, mahu dia ternganga.

"Tea o beng lagi best tau. Sekurang-kurangnya boleh sejukkan tekak aku! Ini tak...mulut dia macam mulut naga tahu tak! Berapi! Buat aku sakit hati je!" Aafiya tayang muka menyampah. Menyampah dengan kawan baik dia merangkap partner. Apa yang menarik sangat dengan Qaizer dia tak tahu! Ramai la lelaki kaya di luar sana yang jauh lebih hebat dari Qaizer. Cuma, dia akui kelebihan Qaizer adalah dari segi paras rupa. Ketinggian, bentuk badan dan juga statusnya yang bujang trang tang tang! Masih solo. Perempuan mana yang tak gila kalau nampak lelaki yang dah cukup pakej macam Qaizer! Oh! Dia terkecuali. Sebab dia sedikitpun tak berminat.

"Eh...samalah dengan orang yang bercakap. Lebih berapi aku rasa. Sesuai la. Nak juga aku tengok siapa yang rentung dulu!"

"Sebelum tu aku pastikan kau yang hangus dulu! Boleh?" Aafiya hadiahkan jelingan. Amboi! Disebabkan lelaki kacak, kawan dia sanggup kutuk kawan baik sendiri. Ada yang nak kena putus kawan ni! Ok! Sangat melampau. Putus sahabat sebab seorang lelaki, itu tak ada dalam kamus hidup seorang Aafiya.

"Hei! Hei! Behave. Ingat! Awak tu dah nak kahwin. Cuba sopan santun sikit!" usik Izzati. Seronok pula tengok wajah cemberut Aafiya. Dalam masa yang sama nak hilangkan tekanan dengan penangan Datin Maimun! Telek muka Qaizer pun dah hilang sikit tekanan. Rugi betul Aafiya tolak 'lauk' sedap depan mata.

"Yang kau confident aku akan kahwin dengan dia dah kenapa? Kalau sebelum ni aku boleh tepis dekat 10 orang calon daddy aku. Tak mustahil dia pun aku boleh tendang sampai dia tak larat nak merangkak balik pada aku tahu!" bidas Aafiya. Semakin membara dengan usikan Izzati. Saat ini bayangan Datin Maimun dah hilang sedikit demi sedikit. Muncul pula wajah Qaizer yang menjengkelkan.

"Berlagak...berlagak la lagi...kau jangan...

"Jangan apa? Betullah!"

"Kau jangan sampai dia yang tendang kau dulu! Masa tu kau merangkak nakkan dia sekalipun, dia dah tak peduli!" Izzati tak nak kalah. Aafiya ni kadang-kadang sikap berlagak dan sombong dia agak melampau. Buat sakit hati kalau dilayan. Nasib baik dia dah lama kenal Aafiya, sejak zaman belajar. Jadi dia dah kenal Aafiya luar dan dalam. Mereka sangat berbeza sebenarnya. Tapi tetap terselit juga persamaan, dan persamaan itulah yang menjadikan mereka sahabat baik. Betul la kata orang. Dalam bersahabat, abaikan perbezaan tetapi cari di mana titik persamaan, maka Insya-Allah kita akan mampu wujudkan hubungan yang ikhlas dan berkekalan.

"Tak ada kena mengena. Sekarang ni dia yang nak kahwin dengan aku! Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak kat dia!"

"Sekarang ni ya! Masa depan kita tak tahu!"

"Dah la. Malas la nak bercakap pasal dia. Sekarang ni aku tak sabar nak tunggu daddy aku balik. Aku nak tanya, macam mana dia boleh terbekenan dengan lelaki putus wire macam tu!"

"Eh! Nanti kalau dia ajak kau keluar, kau ajak la aku sekali. Mana la tahu tiba-tiba dia jatuh berkenan dekat aku pulak kan? Tang-tang tu jugak aku ajak dia kahwin! Wak kelik natu srupo Qaizer ko mok aku! Hoh! 40 hari 40 male mok aku jamu ore sejid aku sero! " Izzati tayang muka gatal. Pakej kecek Klate.

"Kau dah kenapa perempuan?"

"Eh! Aku pun solo apa. Tengah mencari juga. Tak salah kan cuba nasib!" Izzati angkat-angkat kening. Tak bermaksud pun sebenarnya. Sengaja nak mengusik. Menguji pun ada la sikit-sikit.

"But not this guy ok! Tak kuasa aku nak hadap muka dia setiap kali jumpa aku nak jumpa denga kau! Erhhhh...sangat annoying!"

"Mulut kau kan perempuan! Bukan main lagi, ya! Kau jangan sampai satu hari nanti, kau telan kata-kata kau sendiri. Tak pasal-pasal kau pula yang kena hadap muka lelaki tu 24 jam. Nak tutup mata pun kau kena telek muka dia...buka mata tak payah ceritalah, muka dia la jadi pemandangan indah kau setiap pagi."

"Kau jangan buat aku muntah boleh tak?"

"Tak payah nak muntah sangat. Muntah bila kau dah kahwin dengan Qaizer nanti. Itu memang muntah ada hasil!"

Serentak dengan itu pen melayang. Nasib baik sempat ditepis oleh Izzati. Aafiya menjeling, Izzati jelir lidah. Kemudian masing-masing melepaskan tawa. Hilang tekakan kerja buat sementara.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now