BAB 43

354 21 0
                                    

BAB 43

"You nak bawa I pergi mana ni?" rasanya dah banyak kali Qaizer ulang soalan yang sama. Sampai sekarang dia masih belum menemui jawapannya. Aafiya pula masih berkeras tak nak beritahu.

"Yang you macam takut sangat dah kenapa? Bukannya I nak bawa you lari pun. You yang tengah drive kan? Kereta you pula tu," Aihhh! Geram pula Aafiya bila jumpa manusia yang tak reti nak bersabar ni. Orang kata tunggu dulu, tunggulah dulu. Dia bukannya nak berahsia sangat, tapi dia malas nak buka cerita dalam kereta.

"I tak adalah takut sayang oi! Kalau I tahu you nak bawa lari I, rasanya I makin suka kut," bibir Qaizer mengulum senyum. Mahunya tak suka kalau sentiasa berkepit dengan buah hati. Memang inilah yang dia harapkan. Memang inilah yang dia impikan. Sebab itulah dia dah nekad. Lepas ni memang dia akan lamar Aafiya. Macam mana? Tunggulah dulu.

"Kalau dalam sehari tak mengayat tak boleh ke?" Aafiya dah tayang muka menyampah. Qaizer ni tak tahu ke apa yang dia rasa saat ini. Sampai sekarang dia masih belum mampu terima dengan rasa yang mula wujud dalam hati dia. Setiap kali dia dekat dengan lelaki ini setiap kali itu jugalah jantungnya berombak kencang. Sekuat manapun dia cuba melawan setiap kali itu jugalah dia menemui kegagalan. Susah nak kawal rentak jantung sendiri apabila di samping Qaizer. Takkanlah selama-lamanya dia nak macam ni. Adeh! Macam ni ke rasanya bila kita dah benar-benar jatuh cinta? Entah! Dia sendiri pun tak pasti, sebab dia sendiri tak pernah rasa. Dia jatuh cinta ke?

"Oh...you jangan salahkan I sayang. I sendiri pun tak boleh nak kawal apa yang bakal keluar dari mulut I setiap kali I dekat dengan you. Spontan. Semulajadi orang kata," senyuman di bibir Qaizer semakin melebar. Bila dia toleh pandang Aafiya, gadis itu dah menjeling sambil mencebik. Tapi perlakuan dan memek muka Aafiya tetap comel pada pandangan matanya. Oh! Kali ini dia percaya kata orang, bila hati dah mabuk kepayang, semua benda nampak indah. Ini silap hari bulan kentut Aafiya pun wangi...errrk...melampau pula rasanya perumpamaan itu.

"I rasa kan....

"Apa yang you rasa?" semakin galak pula Qaizer mengusik. Spontan lagi.

"Aihhh...orang belum habis cakap lagi dia dah nak memotong. Dengar dulu apa yang I nak cakap, boleh tak?" Marah Aafiya.

"Ya...ya...I dengar. Apa dia sayang?"

"I rasa perkataan sayang dari mulut you tu macam overdose je. Sebelum ni I dah larang, you tetap juga buat, ni bila I diam, I biarkan...macam melampau pula ya?" Aihh! Makin dia diam makin kerap pula perkataan sayang tu keluar dari mulut Qaizer. Setiap kali perkataan itu menerobos masuk ke dalam telinganya, ada perasaan halus serentak menyelinap masuk ke dalam pembuluh darah, hantar signal ke otak lalu membuatkan bulu roma dia berdiri tegak. Bukan takut, tapi...Ah! Kesimpulannya memang buat dia tak cukup oksigen.

"Apa yang melampaunya?" Qaizer buat-buat tanya. Tangan masih cekap kawal stereng kereta. Kepala sekali-sekala toleh pandang buah hati di sebelah.

"I tak suka,"

"You tak suka atau you tak selesa?"

"Ada beza ke?"

"Ada? Kalau tak suka tu...maksudnya lebih kurang you benci dengar perkataan tu. Kalau tak selesa pulak...you suka dengar...tapi you tak selesa sebab setiap kali I panggil you sayang, tentu jantung you dup-dap...dup-dap je kan?" Hentam sajalah labu! Asalkan otak dia ligat nak jawab soalan Aafiya tanpa rasa ragu-ragu. Konfiden itu sangat penting. Walaupun dia yakin, jawapan dia tu kalau cari dalam mana-mana skima jawapan pun belum tentu jumpa. 'Hebat gila la kau Qaizer! Dalam tak pernah mengayat perempuan, sekali kau mengayat, boleh tahan! Bravo' hati dah puji diri sendiri.

"Uit! You punya jawapan...ini romeo pun belum tentu guna masa nak mengayat juliet!"

"Memang la...sebab romeo tu lebih beruntung kalau nak dibandingkan dengan I," ujar Qaizer. Kalau dengan Aafiya macam-macam topik boleh keluar secara spontan. Tak pasal-pasal masuk bab watak ciptaan shakespeare pula.

"Dah ke situ pula. Sebab?" dalam tak nak layan bibir Aafiya tetap juga menyoal. Rasa seronok sebenarnya berbual dengan Qaizer, tapi hati tetap juga nak nafikan selagi boleh.

"Yelah...Juliet jatuh cinta dengan Romeo hanya sekali pandang kut. Tak payah nak mengayat apa-apa Romeo dah mampu buat Juliet gila bayang. Tak ke beruntung Romeo? Permusuhan antara keluarga pun tak menghalang mereka untuk bersama. Sehidup semati lagi. I ni...awal-awal lagi dah dapat greenlight dari family...tapi orang tu pula yang jual mahal. Mengayat sikit-sikit tak jalan, terpaksalah I keluarkan semua bakat terpendam I dalam mengayat semata-mata nak buat orang tu jatuh cinta dengan I."

"Lepas tu...berjaya ke tak?" semakin galak pula Aafiya menyoal balas. Sengaja nak menguji. Kalau mengayat memang tak nak kalah. Sampaikan karya hebat Shakespear pun Qaizer sebagai jadikan sumber inspirasi. Rasanya lelaki ni tersalah pilih kerjaya ni.

"Entah...youlah beritahu I."

"I kena beritahu you?" tanya Aafiya semula. Dah boleh agak. Tapi buat-buat terkejut.

"Yalah!"

"Errrmmm...I rasa tak berjaya lagi kut. Sila cuba lagi ye Encik Qaizer," Aafiya senyum. Siapa suruh tanya dia. Padan muka!

"Jangan bimbang sayang...I memang takkan give up selagi apa yang I nak tak dapat. Tapi you pun janganlah terus nak lari...kalau dah rasa penat tu apa kata you berhenti je, tak perlu lari tapi you jalan je terus pada I, tangan I ni sentiasa ada nak sambut huluran you, sayang."

"Ya Rabbi! Mengayat sikit-sikit sudah la Encik Qaizer oi! Bila dah banyak sangat macam menyampah pulak tahu tak!"

"Menyampah ke suka? I tahu you suka! Jangan bimbang ye sayang. I janji lepas kahwin pun you akan sentiasa dengar suami you ni mengayat you je tak kira masa," kali ini kata-kata Qaizer dapat habuan bila bahu dia ditumbuk perlahan. Akhirnya dia ketawa, muncung Aafiya pula sedepa.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now