BAB 37

354 24 0
                                    

BAB 37

Qaizer rasa dia tak silap baca mesej dalam aplikasi WhatsApp sebentar tadi. Alahai! Lambat pula lift ni! Qaizer dah membebel dalam hati. Teruja punya pasal. Nasib baik dia tak terjun dari tingkat atas supaya terus sampai ke bawah. Ok! Melampau sangat!

'You...I ada kat bawah. Jumpa I kejap. I tak boleh lama,' itu pesanan Aafiya yang buat debaran di dada dia kian mengganas. Tapi masih mampu berlagak biasa. Kena sentiasa steady!

Sebaik sahaja pintu lift terbuka, Qaizer melangkah pantas menuju ke lobi. Dari kejauhan dia nampak pujaan hati sedang berdiri membelakangi dia. Ya! Dari belakang pun dia dah mampu sangat cam. Nampak sangat apa saja yang berkaitan dengan Aafiya dah melekat kuat dalam kepalanya.

Aafiya toleh. Saat itu juga dia nampak Qaizer sedang melangkah menghampirinya. Ok! Bab yang satu ini, Aafiya memang tak mampu dari memuji dalam diam. Pakaian yang melekat kat badan Qaizer memang sentiasa padan dengan si pemakai. Kali ini Qaizer kelihatan sedikit santai dengan kemeja yang disingsing sampai ke lengan, bertali leher dan yang menambahkan kekacakan yang dimiliki oleh lelaki yang semakin mendekat itu, ialah ' v-neck sleeveless sweater vest' yang dipakai di bahagian luar kemeja. Plus dengan bentuk badan Qaizer yang sebegitu. Ini kalau Izzati ada sekali mahu melopong minah tu tak berkelip.

"Hai," tipikal Qaizer untuk permulaan bicara.

"Hai. Sejuk ke?" itu soalan pertama Aafiya. Bila dekat, macam tebal pula dia tengok sweater vest tu.

"Agak sejuk," jawab Qaizer.

"You demam ke?" hampir-hampir saja tangan Aafiya nak melekat kat dahi Qaizer. Tapi dia sempat brek. Tersedar dengan ketelanjuran sendiri. Cepat-cepat tangannya dijatuhkan semula. Ah! Kelemahan dia, cepat betul jatuh kesian. Tambah-tambah seseorang yang dah mula dekat dalam hati dia. Ya Allah! Malunya. Entah apalah yang sedang bermain dalam kepala Qaizer saat ini.

"Demam sikit je. Tak apa. I dah makan ubat," hati Qaizer dah bernyanyi gembira. Alahai! Comel pula bakal bini dia dengan wajah malu sebegitu. Kalau sentuh tadi pun tak salah sayang oi! I rela je. Eh! Tak salah apanya! Berdosa. Tiba-tiba dia teringat pula pesanan Rafiq. Oh! Memang sahabatnya itu tak pernah salah dalam memberi nasihat. Sorry Rafiq! Aku rasa bab-bab ni aku payah sikit nak terima nasihat kau. Tapi memang sungguh. Kena cepat-cepat kahwin ni.

"Kenapa you nak jumpa dengan I?" soal Qaizer bila dia tengok Aafiya masih dalam keadaan serba tak kena. Malu lagi mungkin. Pelik! Bukan ke Aafiya sentiasa bersahaja ke apabila berdepan dengan dia. Jarang sangat gadis ini nak malu sebelum dia sakat.

"I miss you," ungkap Aafiya.

"Huh?"

"Itu kalau you! Tentu you dah jawab macam tu kan kalau I yang tanya soalan tadi tu?" Aafiya tersenyum mengejek. Qaizer rasa macam nak merajuk tiba-tiba. Sabar sajalah. Baru rasa pelik, tapi Aafiya dah buat balik.

"Ah! Malas la I nak layan you!" Qaizer buat-buat merajuk. Ke dia benar-benar merajuk? Sentap kut sikit-sikit. Dengan keadaan dia yang tak berapa sihat. Emosi pun tak berapa nak stabil. Tadi baru nak sihat sikit sebab teruja nak jumpa kekasih hati. Tapi sekarang...aihhh...dia pusingkan badan nak melangkah pergi.

"Eh! You ni," Aafiya dah sambar tangan Qaizer. Qaizer toleh semula. Belum sempat Aafiya tarik semula tangannya, giliran Qaizer pula pegang tangan Aafiya. Genggam erat lalu dibawa menuju ke sofa yang ada di lobi. Dia nak duduk. Sebab dia macam tak larat nak berdiri lama-lama.

"You ok? You nampak macam penat sangat?" tanya Aafiya setelah mereka melabuhkan punggung di salah sebuah sofa panjang yang ada di satu sudut lobi. Tangannya yang masih di dalam genggaman Qaizer ditarik perlahan. Kali ini tangan dia dah betul-betul mendarat di dahi Qaizer. Agak panas. Yang pasti bukan suhu untuk orang yang sihat.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now