BAB 31

375 25 0
                                    

BAB 31

Fawwaz macam tak percaya dengan apa yang dia nampak. Lelaki yang sedang menumbuk punching bag itu kelihatan begitu bertenaga dan bersemangat. Sejak bila Qaizer mula semula aktiviti yang dah lama ditinggalkan. Biasanya sejak mengambil alih syarikat ayah, dia hanya nampak abang dia buat senaman ringan biasa. Berlari atas treadmill ataupun sekali-sekala dia tengok Qaizer angkat dumble dalam 8 hingga 9 kilogram ataupun barbell dalam 22 kilogram. Itu pun dah mampu kekalkan tubuh badan tegap yang Qaizer miliki sekarang. Kaki melangkah mendekati abangnya yang sedikitpun tidak peduli akan kehadirannya.

"Kau nak masuk kickboxing tournament ke apa bang?" Fawwaz sangkut tuala kecil ke palang treadmill. Salah satu alat senaman yang semenangnya ada dalam gym kat rumah ni. Tak jadi dah dia nak berlari, kononnya nak bersenam sekejap sebelum keluar untuk group discussion. Apa yang terpampang depan mata lebih menarik minatnya.

"Jangan kacaulah!" marah Qaizer meneruskan tumbukan yang padu ke punching bag yang tergantung dan sekali-sekala disepak tanpa sedikitpun pedulikan dia. Fawwaz tak puas hati. Mana boleh abang dia buat tak tahu kat adik kesayangan dia ni.

"Ke kau nak ajak Kak Fiya lawan kickboxing dengan kau?" soalan Fawwaz itu ternyata mampu menghentikan gerakan Qaizer dengan tiba-tiba. Fawwaz sengih. Bukan payah pun nak tarik perhatian abang dia. Sejak dia tahu abang dia tangkap cintan dengan kakak kawan baik dia, dia macam dah tahu akan kelemahan Qaizer yang satu ini. Perrhh! Dasyat la kuasa cinta. Tapi yang dia kagum, semua tu tetap takkan mampu menggugat kredibiliti abang dia dalam mengendalikan syarikat. Itu dia sangat akui. Kalau tidak tentu dah lama abang dia kena bebel dengan ayah.

"Daripada aku ajak dia lawan kickboxing, baik aku ajak dia keluar dating. Jalan-jalan, tengok wayang ke. Buat apa yang pasangan bercinta lain buat," ujar Qaizer sambil menyapu muka dan badan yang lencun dengan tuala kecil. Desahan nafas Qaizer masih jelas kedengaran.

"Hai...bunyi macam tengah bergaduh je?" sekali lagi Fawwaz sengeh. Dah lama aktiviti mengorek rahsia tidak dilakukan. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Abang dia tak payah cakap, kalau tak hujung minggu memang payah dia nak tengok muka lelaki ni.

"Payah dapat bakal isteri yang tak ada perasaan macam tu," selamba Qaizer kutuk bakal isteri dia sendiri. Dia labuhkan punggung di salah sebuah kerusi rehat yang ada di dalam gym tersebut. Seperti sebelumnya, pasti dia makan hati dengan Aafiya melibatkan isu yang sama. Payah sungguh nak ajak keluar pada hujung minggu. Cuma kali ni dia tak melenting macam hari tu, dia terima walaupun hakikatnya hatinya sedikit terguris. Malas nak fikir sangat, nanti dia sendiri yang serabut, sebab dia yakin sangat Aafiya tentu buat-buat tak tahu pasal benda ni. Memang jiwa kental sungguh la bakal bini dia ni.

"Bukan tak ada perasaan la bang. Bakal kakak ipar aku tu unik sikit. Jadi kau kenalah bijak macam mana nak tackle dia," Fawwaz berikan pendapat. Mata perhati abang dia yang sedang membuka pembalut tangan yang terlilit membaluti buku lima serta serta sekeliling pergelangan tangan lelaki itu.

"Hai...macam kau pula yang lebih kenal dia dari aku?" Qaizer dah jeling semacam. Ada sedikit rasa kurang senang di situ. Aih! Kerana Aafiya, dengan adik sendiri pun dia nak rasa cemburu.

"Tak adalah. Dari pemerhatian dalam masa yang sama dari cerita-cerita kau dan Amar. Kak Fiya tu memang lain la kalau nak dibandingkan dengan perempuan lain. Kau kena guna pendekatan lain kalau nak pikat dia bang!" Amar dah berlagak macam pakar sangat dalam hal-hal percintaan ni. Padahal diri sendiri pun masih belum berpunya.

"Pendekatan apa?" Qaizer dah malas nak melayan. Rasanya dia lebih kenal Aafiya kalau nak dibandingkan dengan adik dia. Pendapat Fawwaz kadang-kadang bukannya boleh dipakai sangat.

"Aih! Ini yang payah ni kalau dah otak terlebih cerdik. Dah terbiasa dengan perkara rumit. Syarikat besar tu kau boleh handle, tapi benda-benda remeh macam ni kau blur pulak. Kau dah tahu Kak Fiya tu suka apa. Minat apa. Apa kata kau pancing dia dengan benda yang dia suka. Contohnya macam kickboxing ni ke?"

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now