BAB 17

388 26 0
                                    

BAB 17

Qaizer tersenyum sendiri. Dia sangkakan dia mampu mendiamkan seorang Aafiya sepanjang hari setelah apa yang terjadi di dalam pejabat gadis itu, tapi ternyata dia silap. Kalau dah namanya Aafiya, mulut berbisa dengan gadis itu memang tidak mampu dipisahkan. Teringat pula peristiwa tengah hari tadi.

"Macam mana I nak buat lagi ye nak suruh you jatuh cinta pada I?" itu soalan dia selepas mereka habis makan. Tapi ternyata soalan itu hanya dibiarkan sepi. Dia perhatikan Aafiya yang sejak tadi begitu asyik dengan pemandangan sekiling restoran jika nak dibandingkan dengan wajah kacak di hadapannya. Kacak ni Cik Aafiya oi! Mana lagi you nak jumpa lelaki bujang cukup pakej macam dia. Dah tak fasal-fasal angkat bakul sendiri. Adeh! Menyesal pula dia bawa Aafiya makan di Restoran Istana Bambu, yang ada di sekitar Ampang ni. Kalau dah otak interior designer ke mana-mana sahaja tempat yang disinggah, pasti rekaan dalaman sesuatu tempat itu akan diperhati. Contoh dah jelas depan mata. Ternyata dekorasi restoran yang sepenuhnya diperbuat daripada buluh betul-betul menarik minat si bakal isteri.

"You jangan beritahu I ini kali pertama you datang sini?" kalau soalan pertama Aafiya buat-buat tak dengar, jadi dia cipta soalan lain yang boleh menarik minat gadis itu.

"No..tapi setiap kali datang I memang suka tengok hiasan dan dekorasi restoran ni. Unik kan? Damai je. Mana lagi nak dapat pemandangan yang macam ni kat tengah-tengah bandar kan? Kreatif," puji Aafiya.

Kan betul! Aafiya dengar saja soalan pertama dia tadi, tadi buat-buat tak dengar. Sabar Qaizer sabar. Tetapi dia tak nafikan apa yang Aafiya katakan memang betul. Mana nak dapat pemandangan sebegitu di tengah-tengah bandar. Dengan sawah padinya, dengan pokok buluhnya yang terdapat di sekeliling restoran, bila dah masuk ke sini, rasa macam duduk kat kampung. Damai dan tenang. Rasanya inilah tarikan restoran ini sebenarnya. Selain daripada makanannya yang lazat.

"You nak tahu apa yang I paling suka. I paling suka dengan perabot ni. Seratus-peratus dari buluh. Sangat selesa." Aafiya akhirnya pandang dia yang sejak tadi sedang tersenyum.

"You tanya apa tadi?"

"Tanya apa?" sengaja dia buat- buat tak tahu.

"You ada tanya something tadi kan? Tapi I kurang dengar. Sorry, I teralit dengan dekorasi restoran ni," akui Aafiya walaupun dia tak tahu sama ada gadis itu ikhlas atau sedang menipunya.

"I tanya macam mana nak buat seorang Aafiya sukakan seorang Qaizer?" dia ulang soalan tapi dalam versi yang berbeza. Mungkin lebih sesuai daripada soalan pertama yang mungkin kedengaran terlampau berterus-terang.

"I suka you, what. Kalau I tak suka, I takkan keluar lunch dengan you Encik Qaizer. Oh, sebenarnya I takkan layan you pun. Tadi masa you datang office I, I akan cipta apa saja alasan untuk pastikan you pergi dari situ,"

"So you suka I?" dia dah teruja.

"Jangan buat muka teruja tu sangat. Suka tak semestinya green pas untuk you bawa hubungan kita ke fasa yang seterusnya," dah kena setepek! Jujur sungguh la perempuan ni. Kejujuran yang buat dia pula yang tahan geram dan sakit hati. Sabar lagi Qaizer.

"Jadi hubungan kita sekarang ni di fasa mana wahai Cik Aafiya?" dia paksa diri untuk senyum selebar-lebarnya.

"Kawan. Maybe. I don't know. Sebab tu I pernah beritahu you. Kalau you ni bukan calon daddy untuk jadi suami I, I rasa kita dua boleh rapat. Tapi bila you pegang status bakal suami I yang kononnya you bangga-banggakan sangat tu, I dengar suara you pun I malas tau," setepek lagi. Direct. Sangat direct. Berdesing telinga.

"Masalanya I ni memang calon suami you. You kena terima hakikat tu. Sebab I takkan ubah hakikat tu walaupun sedikit. You nak atau tak nak, you tetap kena terima. Faham tak my future wife?" suaranya sedikit meninggi daripada kebiasaan saat itu. Sangat tegas juga. Berangin tiba-tiba. Tak tahulah kenapa.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now