BAB 62

367 27 0
                                    

BAB 62

Sudah seminggu perkara itu terjadi. Tan Sri Omar sebenarnya perhatikan anak dia dalam diam. Selepas peristiwa itu rasanya nama Qaizer terus hilang dari bibir anak perempuannya. Aafiya pun nampak tenang. Pergi balik kerja seperti selalu. Cuma dua hari yang lalu dia tiba-tiba tengok tangan kanan anaknya itu berbalut. Dan hari ini, tiba-tiba ada wakil dari syarikat permotoran hantar motosikal berkuasa tinggi ke rumah.

"Fiya."

"Ya, daddy," Aafiya menyahut. Tangan sedang membetulkan jaket yang tersarung di badan.

"Sini sekejap...ada benda yang daddy nak cakap sikit," Tan Sri Omar meletakkan surat khabar yang dibelek ke atas meja. Mata memerhati langkah anak perempuannya yang semakin mendekat.

"Nak cakap apa?" dahi Aafiya berkerut. Dalam hati berharap sangat ianya tidak ada kena mengena dengan Qaizer. Dia dah malas sebenarnya. Dah tawar hati. Sekali dia sudah mengalah, rendahkan ego tapi langsung tidak dilayan oleh Qaizer buat dia serik. Geram campur marah. Sakit hati tak payah cerita. Rasa lebih sakit dari tamparan Qaizer pada malam itu.

"Duduk dulu," Tan Sri Omar menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

"Fiya tak boleh lama ni daddy...dah janji dengan kawan nak jumpa. Kejap lagi dia datang ambil Fiya," Aafiya menjeling jam di pergelangan tangan. Dia labuhkan duduk tapi jauh dari kerusi daddynya. Hati kuat mengatakan dia akan 'tewas' kalau daddy dia dah buka sesi luah perasaan sedangkan perkara itulah yang cuba dia elakkan.

"Ni...daddy nak tanya...motor kat luar tu? Fiya beli bila?"

"Oh! Baru je...tiba-tiba rasa gian nak bawak motor besar balik," Aafiya senyum. Alasan tak kukuh. Dia tahu daddy dia takkan puas hati punya.

Kedengaran Tan Sri Omar mengeluh. Wajah anak dia ditenung lama-lama. Ingin mencari sesuatu dari raut wajah tenang itu. Ini sebenarnya yang dia bimbangkan. Aafiya jarang sangat kongsikan masalahnya kecuali masalah yang berkaitan dengan adik-adiknya. Kalau melibatkan hati, melibatkan perasaan sendiri, anak perempuannya itu lebih gemar berdiam diri. Jarang sangat dia dapat memujuk Aafiya untuk kongsikan masalah itu dengannya.

"Ada apa-apa yang tak kena ke daddy?" soal Aafiya.

"Sejak bila Fiya rasa nak menunggang balik ni? Bukan ke Fiya dah janji dengan daddy nak tinggalkan dunia tu semua? Kenapa tiba-tiba? Sebab Qaizer?" duga Tan Sri Omar.

"Daddy...sebab kenapa Fiya beli motor tu dan nak menunggang balik...itu Fiya tak ada jawapan yang pasti. Tapi kalau daddy kata Fiya buat semua tu disebabkan Qaizer, no! Bukan sebab dia. Tak ada kena mengena pun dengan dia sebenarnya. Entahlah...tiba-tiba Fiya rasa Fiya nak buat sesuatu sebelum...sebelum...

"Sebelum apa?"

"Tak tahu...tapi daddy percayalah benda ni memang tak ada kaitan langsung pun dengan Qaizer. Ini pasal Fiya sendiri. Fiya yang nak. Fiya yang teringin."

"Betul? Habis tu, hal Fiya dengan Qaizer, takkan habis macam tu je?" sejujurnya inilah yang cuba Tan Sri Omar bincagkan dengan Aafiya.

"Betul la...daddy, anak daddy ni dah dewasa la. Fiya bukan budak-budak ataupun remaja yang suka buat benda yang bukan-bukan semata-mata nak lepaskan geram. Pasal Fiya dengan Qaizer tu...rasanya dah habis la kut. Lagipun Fiya tahu dalam hal tu, bukan Qaizer yang salah tapi Fiya. Kalau sesiapa yang ada kat tempat dia saat tu pun mungkin akan buat apa yang Qaizer buat. Cuma...Fiya nak minta maaf dengan daddy, dengan mama, sebab Fiya, daddy dengan mama kena tanggung malu. Hal kahwin tu pun dah heboh kan, tapi alih-alih tak jadi. Fiya minta maaf daddy," Aafiya meraup wajahnya perlahan. Sedaya-upaya cuba mengawal emosi sendiri. Ini yang dia malas nak ungkit. Sebab hati dia sendiri yang terluka.

"Qaizer ada datang jumpa daddy."

"Oh? Ye ke? Untuk apa?" Aafiya buat-buat tenang.

"Sama macam Fiya...datang minta maaf dengan daddy. Minta maaf di atas ketelanjuran sebab mengasari anak kesayangan daddy."

"Lepas tu?" berdebar pula tiba-tiba. Jangan cakap daddy tiba-tiba nak suruh dia sambung semula rancangan dia dengan Qaizer. Demi Allah, buat masa sekarang dia tak boleh. Di masa depan pun dia tak mampu nak tabur janji. Peristiwa malam itu telah menyedarkan dia dalam banyak perkara. Perkara yang selama ini mungkin dianggap remeh olehnya.

"Dia kata...dia nak baiki semula apa yang dia dah rosakkan."

"Habis tu?" Sungguh! Berdebar sungguh dah ni. Tak tipu. Janganlah daddy guna kuasa veto dia tu!

"Daddy cakap dalam hal ni daddy dah tak boleh nak masuk campur. Apa yang dia buat malam tu, memang melukakan banyak hati terutama hati anak kesayangan daddy ni. Tapi daddy beritahu dia, daddy tak halang kalau dia nak pujuk Fiya, nak pujuk adik-adik dan nak pujuk mama sekalipun. Mama tu pun daddy tengok sampai sekarang masih marahkan Qaizer. Marah sungguh dia bila ada orang lain berkasar dengan anak perempuan dia ni," Tan Sri Omar senyum. Entahlah. Dia sendiri tak tahu kenapa mudah sangat untuk dia terima kata maaf dari Qaizer. Mungkin disebabkan dia lelaki, tidak mudah mengikut perasaan. Mampu berfikiran rasional. Malah hubungannya dengan Datuk Baharom pun masih baik seperti selalu. Masing-masing dah saling bermaafan. Tak menunggu lama. Keesokkan harinya juga mereka berdua bertemu mata, selesaikan apa yang sepatutnya dan Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar.

"Daddy dah maafkan Qaizer?" tanya Aafiya. Untuk ini, hatinya memerlukan jawapan yang pasti. Dia sendiri tak tahu kenapa.

"Daddy dah maafkan dia...macam Fiya beritahu daddy tadi. Kalau sesiapapun kat tempat Qaizer pada malam tu, mungkin akan buat perkara yang sama, bukan?"

Lega! Ya! Aafiya rasa lega mendengar jawapan daddynya. Alhamdulillah. Dia pun sama. Sebenarnya dia dah maafkan Qaizer untuk malam itu. Dia tak kisahlah siapa puncanya, tapi malam itu memang dia yang salah. Tapi untuk menerima Qaizer semula, dia tak boleh. Memang tak boleh. Untuk memberikan sebab dan alasan, dia sendiri pun susah nak terangkan.

"Ok la tu...lagipun Fiya tak nak panjangkan benda ni. Nanti Fiya nak jumpa dengan ibu dan ayah Qaizer. Minta maaf sebab dah malukan mereka. Mereka tentu lagi malu kan daddy? Fiya dah malukan mereka depan keluarga mereka sendiri. Kalau fikir secara logik, Fiya memang tak layakpun jadi menantu mereka...anak daddy ni tak layak...

"Sayang...daddy tak nak dengar lagi Fiya rendahkan diri Fiya sendiri. Ya...anak daddy memang kasar malam tu, tapi daddy tahu mesti ada sebab yang kukuh kenapa Fiya jadi macam tu kan? Fiya sendiri pun tak mengharapkan benda macam tu terjadi. Semua tu dah ditakdirkan, Fiya. Dan Fiya tahu tak...tiba-tiba malam ni daddy rasa bangga sangat sebab anak daddy ni dah dewasa, dah matang. Alhamdulillah. Cuma satu saja yang daddy harapkan daripada Fiya..."

"Apa dia daddy?"

"Fikir dalam-dalam. Jangan mudah buat keputusan. Kadang-kadang untuk mengejar sesuatu keindahan dalam hidup kita bukan perkara yang mudah, tapi benda yang tak mudah tulah yang akan menjadi 'bahan perasa' untuk pastikan rasa 'indah' yang kita perolehi kelak lebih indah dari biasa. Betul tak?"

Fiya angguk. Dia faham dan dia tahu apa yang cuba daddynya sampaikan. Tapi untuk meletakkan harapan yang tinggi, dia dah takut. Dia tak berani!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now