BAB 64

363 24 0
                                    

BAB 64

"Abang! Abang lari dari Aira ya? Tapi kenapa?" Humaira tarik lengan Qaizer. Menghentikan langkah lelaki itu. Dia sakit hati. Jiwanya memberontak apabila dengan jelas Qaizer sedang mengelak daripada bercakap mahupun bertembung dengan dia. Kenapa? Qaizer dah tahu perkara sebenar ke? Tak mungkin!

"Jangan muncul depan aku lagi boleh tak?" Qaizer merengus kasar. Pandang wajah Humaira dengan perasaan sebal. Hati dia kuat mengatakan Humaira yang mulakan pergaduhan itu. Humaira yang sengaja mencabar Aafiya. Tapi dia malas nak bertanya. Dia nak Humaira sendiri yang mengaku kesalahannya. Dia pula, dia lebih rela tak ada adik daripada ada adik yang sejak dulu tak habis-habis nak sakitkan hati dia.

"Tapi kenapa?" Humaira terjerit. Geram. Mendengar bicara kasar Qaizer pun dah buat hati dia sakit. Sejak bila Qaizer kasar sangat ni?

"Tanya diri kau sendiri! Kau nak bodohkan siapa sebenarnya ni?" sinis Qaizer menyoal. Sambung semula langkahnya menuju ke pintu gelongsor yang terbuka luas. Berpeluk tubuh di situ sambil menghirup udara segar. Cuba untuk melapangkan sedikit dadanya yang kian sesak.

"Abang cakap apa ni? Aira tak faham!" Humaira tak puas hati. Sekiranya benar rahsianya sudah terbongkar, dia nak Qaizer sendiri yang memberitahu. Dia tidak akan mengalah dengan mudah. Dah macam-macam cara dia fikir untuk pisahkan Qaizer dengan perempuan itu, sekarang ni impiannya sudah tercapai. Dia tahu dia tidak mungkin memiliki Qaizer, tapi dia juga akan pastikan tidak ada perempuan lain yang mampu memiliki lelaki itu. Ya! Dia memang gila. Dan dia tak kisah kalau orang lain pun nak kata dia gila.

"Aku bertahan dengan kau...aku diam...sebab aku hormatkan ummi. Aku nak jaga hati ummi. Aku tak nak ummi terluka kalau kau buat hal lagi. Tapi kau jangan ingat aku akan terus diam kalau perangai kau semakin melampau," Qaizer cuba mengawal itonasi suaranya. Tidak mahu perbualan mereka didengari oleh sesiapa. Walaupun orang gaji dalam rumah ini sekalipun. Nasib baik juga ummi tidak ada di rumah.

"Jadi abang nak salahkan Aira dengan apa yang jadi pada malam tu? Abang rasa Aira yang salah?"

"Tak! Malam tu aku mengaku aku yang salah. Aku yang bodoh percayakan kau bulat-bulat. Hati aku buta nak menilai mana yang betul dan mana yang salah. Sampaikan aku kehilangan satu-satunya perempuan yang paling aku cinta. Sekarang ni, dah puas hati kau?" bibir Qaizer sempat menguntum senyum walaupun perit di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia cuba berlagak biasa, dia cuba untuk tidak terlalu terkesan dengan apa yang terjadi, tapi ternyata dia gagal. Kenapa dia tak boleh setenang Aafiya? Kenapa dia tak boleh teruskan hidup seperti mana Aafiya lakukan? Melihat kerasnya hati seorang Aafiya, kadang-kadang buat dia rasa tercabar. Adakah dia seorang saja yang merasai kepedihan ini? Adakah hanya dia saja yang mencintai Aafiya sedangkan gadis itu sedikitpun tidak menyimpan perasaan terhadapnya. Dulu dia yakin Aafiya cintakan dia sebagaimana dia cintakan Aafiya.Walaupun tanpa ungkapan, hati dia kuat menyatakan mereka berkongsi rasa yang sama, tapi kini...semalam sudah membuktikan segala-galanya. Aafiya kejam! Tapi dia tahu dia memang layak untuk 'dizalimi' setelah apa yang dia lakukan terhadap Aafiya.

"Oh! Jadi betullah abang salahkan Aira,"

"Tak! Kan aku dah kata aku tak salahkan kau. Aku yang salah! Sekarang ni boleh tak kau jangan kacau aku?" soal Qaizer dengan jelingan yang tajam. Humaira yang berdiri di sebelahnya akhirnya terdiam. Gadis itu merengus kasar sebelum meninggalkan Qaizer sendirian. Gamaknya orang dalam rumah ni semua dah kena ubat guna-guna Aafiya!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now