BAB 49

347 20 0
                                    

BAB 49

"Humaira tu...

"Adik I," pantas Qaizer memotong. Tidak mahu Aafiya salah faham dengan aksi Humaira yang sedikit menjengkelkan sebentar tadi.

"Adik? Bukan ke Fawwaz sorang je adik you?" Keliru juga dia tadi bila Datin Farida kenalkan Humaira sebagai anak dia. Dia yang tak tahu apa-apa hanya mampu senyum dan mengangguk mengiyakan. Namun perasaan yang muncul dalam hati sedikit aneh melihat kemesraan Humaira dengan Qaizer. Di meja makan sedaya-upaya Humaira cuba membuktikan dia tahu segala-galanya tentang Qaizer. Apa makanan kegemaran lelaki itu, apa yang lelaki itu suka dan tidak suka sewaktu makan. Malah pertama kali juga Aafiya tahu, yang Qaizer hanya akan minum selepas selesai makan. Oh! Patut la. Memang dia ada nampak Qaizer sebegitu setelah beberapa kali mereka makan bersama.

"Adik beradik susuan," jawapan seterusnya dari Qaizer buatkan mulut Aafiya sedikit terbuka. Bukan dia tak faham maksud di sebalik adik beradik susuan tu tetapi dia sedikit musykil bila Qaizer langsung tidak menyebut perihal Humaira.

"Kenapa you tak pernah sebut ya pasal dia sebelum ni?"

"I ada nak beritahu...tapi you yang tak nak tahu. Ingat lagi tak perempuan yang ada dengan I...yang you marah I jangan berkasar dengan perempuan tu?" Walaupun hakikatnya Qaizer sangat tidak selesa membincangkan soal Humaira tetapi dia terpaksa gagahi demi Aafiya. Tak nak bakal isteri dia salah faham.

"Oh! Patutlah tadi...I rasa macam pernah jumpa je Humaira tu."

"Boleh I tahu macam mana dia boleh jadi adik-beradik susuan dengan you?" tanya Aafiya nak tahu lanjut. Macam payah pula dia nak buat tak tahu. Sebab dia rasa pelik dan dia yakin sangat ada sesuatu yang terjadi tapi mungkin terlalu peribadi untuk Qaizer kongsikan dengan dia buat masa sekarang.

"Errm...macam mana I nak bertahu you ya. Arwah ibu dan papa Aira kawan baik ummi. Ummi beritahu I...ibu Aira meninggal masa Aira dilahirkan. Masa tu ummi masih menyusukan I, dalam masa yang sama Aira pula tak nak minum susu formula, jadi ummi ambil keputusan untuk susukan Aira sehingga umur Aira dua tahun. Sepanjang masa tu kami dibesarkan bersama-sama. Papa Aira pun selalu tinggalkan Aira kat rumah ni kalau dia ada kerja luar. Kesimpulannya memang hubungan kami rapat daripada kecil sampailah dewasa. Bila papa Aira meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya, Aira terus tinggal kat sini dengan family I," terang Qaizer panjang lebar. Aafiya angguk mengerti. Lega sikit. Haila! Kenapa dia boleh rasa begini ya? Jatuh cinta sungguh la ni ya?

"You jelous ya sayang?" Qaizer senyum penuh makna. Tadi, ketat jugalah muka Aafiya melihat kemesraan Humaira yang tidak bertempat tu. Dalam rasa risau takut Aafiya cemburu, dia tetap rasa gembira melihat reaksi Aafiya yang begitu. Kata orang, cemburu tu tandanya sayang. Dan dia dah tahu Aafiya memang dah mula sayangkan dia. Tapi payah sangat nak mengaku. Tak apa. Janji dia yakin akan perasaannya terhadap Aafiya.

"You rasa-rasa?" Soal Aafiya semula. Sebab dia tahu Qaizer tahu tapi masih nak menguji dia. Cemburu sikit-sikit tak salah kut. Tapi tak adalah nak simpan dalam hati. Lagipun lain macam benar cara Humaira bermanja dengan Qaizer.

"Oh! Yang tu kena tunggu dulu, sayang...tunggu halal baru boleh rasa-rasa."

Serentak dengan tumbukan halus Aafiya dah berlabuh di bahu kiri Qaizer sehingga lelaki itu mengaduh sakit sebelum melepaskan tawa kecil.

"Tak ada kaitan la you ni! Ishhh...dia ni kan!" Aafiya dah tarik muka. Otak Qaizer ni rasanya dah boleh servis. Bersihkan apa yang patut. Dah la bergurau tak kira tempat. Depan ummi dan ayah dia pun sempat dia susun ayat 'romeo' dia tu. Masa tu dia yang segan tak mampu nak buat apa-apa. Sabar sajalah. Kalaulah mereka berdua saja, dah lama dia pukul Qaizer seperti yang selalu dia buat kalau Qaizer sedikit melampaui batas.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now