BAB 87

369 19 0
                                    

BAB 87

Aafiya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan dia saat dia terima panggilan tersebut. Tetapi apabila melihat Qaizer yang masih mampu duduk dan tersenyum pandang dia, terus rasa bimbang itu hilang. Datang pula rasa geram. Dah kenapa dengan dia ni? Bukan ke Qaizer jenis lelaki yang sentiasa tenang ke? Tak mudah menggelabah dan sentiasa 'smart' dalam menguruskan sesuatu. Kalau tak, dia takkan mampu gantikan ayah dia uruskan syarikat besar gedabak tu.

"Jangan bimbang sayang...I ok je. Semalam satu hari I tak makan sebab tu I tumbang," Qaizer senyum. Mengharapkan gadis yang sedang berdiri agak jauh dari katil itu turut membalas senyumannya.

"Tahu...saya tahu Encik Qaizer ok. Kalau Encik Qaizer tak ok pun saya akan pastikan perkahwinan kita tu tetap berjalan seperti yang dijadualkan. Kalau nak akad nikah kat sini pun saya tak kisah," selamba Aafiya tuturkan kata-kata itu. Ayat yang tersusun macam orang yang dah tak sabar nak kahwin, tapi nada yang menyapa telinga dingin semacam.

"What happened to you?" Qaizer panas tiba-tiba. Dia ingatkan dalam keadaan terlantar macam ni Aafiya tunjukkan sikit belas kasihannya. Namun ternyata dia silap. Muka beku Aafiya kali ini benar-benar buat hati dia terguris.

"Tak ada apa. Saya macam selalu. Seperti dulu. Tak ada berubah kat mana-mana."

"No! Aafiya yang I kenal bukan macam ni. Tak ada perasaan macam ni. Hati beku you tu buat I sedih tahu tak. Besar sangat ke dosa I sampai macam ni sekali layanan you pada I?" Qaizer semakin beremosi. Aduh! Dalam keadaan dia yang masih lemah, cepat pula hati dia terusik.

"Ye ke? Encik Qaizer rasa Encik Qaizer dah benar-benar kenal saya ke sebelum ni? Oh! Kalau dikira, ditambah, ditolak, tak termasuk tiga bulan Encik Qaizer hilangkan diri. Rasanya tempoh Encik Qaizer lari lagi lama sebenarnya kalau nak dibandingkan tempoh hubungan kita," Aafiya tarik nafas dalam-dalam. Cuba cekalkan hati. Dia tak boleh tewas sekarang. Hanya berbaki tiga hari saja lagi sebelum dia sah bergelar isteri kepada lelaki itu.

"See...you memang tak boleh nak maafkan I lagi. Kalau macam ni la...I tak rasa kita boleh teruskan semua ni...sebab....

"You! Sekali lagi kalau you tinggalkan I, kali ni I akan pastikan you bayar untuk setiap saat diri you jauh dari I! Faham!" Aafiya tiba-tiba memotong sebelum sempat Qaizer menghabiskan kata-katanya.

Qaizer melongo. Macam tak percaya dengan apa yang dia dengar. Kata ganti nama berubah lagi. Aih! Suka sangat ubah-ubah. Mula-mula gaduh dulu, ber'aku' 'kau'. Lepas tu, bila dia balik dari Abu Dhabi, kata ganti nama dah bertukar jadi 'saya' awak' pula. Lagi geram bila dia dipanggil dengan panggilan encik. Eh! Tapi tadi, Aafiya kembali dengan kata ganti nama yang dulu. Ayat kedengaran keras tapi dia suka walaupun sebenarnya dia tak faham sangat dengan amaran Aafiya tu. Adeh! Boleh gila sungguh ni nak tunggu lagi tiga hari.

"You!" Panggil Aafiya perlahan.

"What?" Qaizer tetap berjauh hati. Malas-malas dia balas pandangan Aafiya.

"I nak you bertahan sikit saja lagi. Boleh kan?" Dada Aafiya tiba-tiba terasa padat. Lemas. Rasa nak nangis.

"I cintakan you Aafiya...bukan setakat tiga hari, kalau ditakdirkan tiga tahun lagi pun, I tetap akan bertahan. I takkan berhenti selagi you tak jadi isteri I. I nak you. I tak nak orang lain. I nak you yang jadi wife I. I nak you yang sentiasa ada dengan I sampai I tua. Dan I nak you yang jadi ibu kepada anak-anak I. I tak peduli you nak kata I terdesak ke, I ni tak tahu malu ke. I dah tak nak ambik kisah semua tu dah. I cuma nak you yang jadi pendamping I, kalau boleh sampai syurga. Insya-Allah!"

Aafiya tahan diri daripada menangis. Semakin dia mendengar kata-kata yang terbit daripada bibir Qaizer, makin menambahkan sebak di dada.

"I'm sorry! But I have to. Tapi I nak you tahu I pun cintakan you. Sanggup tunggu you dan I pun tak nak orang lain selain you!' luah Aafiya walaupun sekadar dalam hati.

"Good! So sila jangan buat kerja bodoh lagi dengan tak makan! I kalau boleh, tak nak la gambar kahwin kita nanti berlatar belakangkan dinding hospital ni!" Aihh! Dalam hati bukan main lembut. Bila dah keluar suara, dengan sendiri suara dia bertukar kasar. Kau ni memang gila la Aafiya! Hati Aafiya dah sumpah diri sendiri.

Qaizer diam. Malas dah nak bercakap banyak. Buat sakit hati je. Baik dia diam. Janji Aafiya masih tetap nak kahwin dengan dia.

"Dah! Jangan nak mengada lebih-lebih! I dah refer doktor dah pun. Drip you tu dah habis...tak payah berangan nak admit sangat! Jom balik!" ajak Aafiya kasar.

"You balik la...I boleh balik sendiri!" Qaizer palingkan wajah. Nak merajuk walaupun belum tentu Aafiya nak memujuk.

"Jangan nak mengada-ngada boleh tak? I hantar you balik!"

"I tak nak. I boleh balik sendiri!"

"Betul tak nak? I ingat...kalau I hantar you balik, I nak singgah rumah ummi sekejap. Masakkan bubur ayam untuk you sebelum I balik rumah. Tapi dah you tak nak..."

"Nak! I balik dengan you!" Qaizer tiba-tiba menggelabah. Gila tak nak! Boleh la dia lepaskan rindu walau sekejap. Aafiya pula sembunyi senyum. Bukan payah sangat pun nak pujuk Qaizer. Haha!

"Kejap! I panggilan doktor buang jarum kat tangan you tu!" Aafiya dah mula melangkah ke pintu. Kemudian dia toleh semula. Ada benda lain lagi yang dia nak pesan.

"And one more thing...lepas ni you kena pastikan diri you tu sihat, cukup tenaga, terutama pada hari perkahwinan kita! Paling penting pada malam pertama kita. Kalau tak...you memang akan menyesal!" Aafiya cepat-cepat keluar. Dalam hati dan menyumpah diri sendiri. Apa benda la yang dia bebelkan tadi. Ini kalau Qaizer salah faham dengan ayat dia tu, haru jadinya!

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now