BAB 30

400 28 1
                                    

BAB 30

"Ya Encik Qaizer. Ada apa?" terus Aafiya menyoal sambil kaki sedang memanjat tangga menuju ke bilik.

"Dah sampai?"

"Dah! Tengah panjat tangga," jawab Aafiya malas nak bergaduh. Nampaknya dia kena biasakan diri dengan perangai Qaizer yang satu ini. Sebelum keluar pejabat dah telefon. Sampai rumah pun telefon lagi. Alahai! Ingatkan benda-benda macam ni orang lain saja yang perlu hadap. Dia tak! Nampaknya harapannya benar-benar tinggal harapan.

"Dah makan?"

"Encik Qaizer, dah pukul sepuluh malam. I tak makan malam. Bukan ke you dah tanya ke tadi? Sebelum I balik?"

"Oh! I dah tanya ye? Sorry,"

"Ada apa-apa lagi Encik Qaizer?" Aafiya tolak daun pintu. Lempar briefcase atas sofa yang ada dalam bilik. Kemudian berjalan menuju ke katil. Rebahkan badan ke situ. Penat! Lepas balik makan dengan Qaizer tadi dia terpaksa keluar lagi. Jumpa pelanggan yang kononnya ada urusan mustahak nak dibincangkan. Dia yang memikirkan hak pelanggan, tidak menyoal banyak. Ikut saja kemahuan mereka selagi mampu.

"You," seru Qaizer di sebelah sana.

"Iya?"

"I rindu,"

"Adeh! You ni kan...memang mulut manis kan. Lama-lama boleh cair I tau," jujur Aafiya menjawab. Sekarang pun makin lama makin hilang beku di hatinya. Lagipun sekarang otak dia pula yang tengah beku sebab tak mampu nak susun atau cipta ayat yang tak bagi Qaizer syok sendiri.

"Memang itupun yang I harapkan. Nanti lepas ni...bila I cakap I rindu, you akan balas...I miss you too atau I pun rindukan you juga," kedengaran Qaizer ketawa kecil di sebelah sana.

"Errmm...apa-apa sajalah Encik Qaizer," Aafiya dah semakin malas nak melayan. Kelopak mata semakin memberat. Qaizer belum menunjukkan tanda-tanda mahu memutuskan talian. Akhirnya dia terlelap. Tak tahu berapa lama, bila dia tersedar semula. Dia sedikit terkejut. Telefon bimbit masih melekat di telinga, langsung tak bergerak memandangkan dia statik tidur mengiring agaknya.

Aafiya pegang telefon bimbit. Pandang skrin. Hah! Tak putuskan talian lagi. Dia intai jam di dinding bilik. Dekat setengah jam jugalah dia tertidur. Dia tekapkan telefon bimbit ke telinga semula. Diam. Tak dengar apa-apa.

"You?" Aafiya cuba menduga. Entah-entah mamat ni pun dah tidur. Tapi sengaja tak putuskan talian. Bengong!

"Ya...I ada, sayang. Dah bangun?"

"You ni gila ye? Tak ada kerja lain nak buat?" Aafiya dah naik geram. Habis tu apa yang Qaizer buat dalam masa setengah jam tadi. Aduyai lelaki ni!

"Eh...I teman you tidur. Kira kerja juga la tu. Lagipun I tengah drive sayang...tak sampai rumah pun lagi. Tadi masa I call you...I baru keluar dari office."

Dah dua kali malam ni Aafiya dengar Qaizer panggil dia sayang. Hati mahu melarang tapi tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. Sungguh! Otak dia benar-benar dah blank.

"Dah! Dah! I nak mandi. I nak tidur. Badan I penat sangat,"

"Sila...sila,"

"Ok! Bye!"

"Eh...kejap. I nak tanya sesuatu?"

"Apa lagi Encik Qaizer?" Aafiya tahan sabar. Qaizer tak tahu ke kalau dia penat, mood dia pun tak berapa nak elok juga. Ada yang kena jerkah karang.

"You tidur berdengkur ek?" kedengaran suara Qaizer mengekek ketawa di sebelah sana. Dia di sini...diam tak kata apa. Tahan geram. Sungguh, tiba-tiba dia lapar. Rasa nak makan orang!

"Good night sayang. Oh! Serius...I tak sabar nak dengar dengkuran you tu setiap malam. I rasa benda tu akan jadi good night song buat I nanti," sekali lagi telinga Aafiya dapat menangkap suara Qaizer sedang ketawa. Kali ni agak kuat. Oh! Sukanya hati dia...dia tak tahu ke sebelah sini dah rasa macam nak terbakar!

"Qaizer! I hate you!" Aafiya terus matikan talian. Ya Allah! Menyampah gila dia dengan lelaki ni! Kalau Qaizer depan dia, sumpah dia bagi flying kick! Biar badan Qaizer melayang melekat kat dinding! Hoh! Boleh kena stroke layan Qaizer lama-lama.

"Yeah! I memang tidur berdengkur! So what!" kata Aafiya walaupun dia tahu dia bercakap sorang-sorang.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now