BAB 61

441 25 3
                                    

BAB 61

"Oii! Kau nak buat apa?" Nah! Ambik kau! Kang dah keluar perkataan 'kau' dari mulut dia. Aafiya tarik Haziq yang sedang menangis ke dalam pelukannya. Terus dia melutut sambil membelek-belek wajah dan badan Haziq. Bukan dia tak nampak Humaira angkat tangan nak pukul adik dia tadi. Entah-entah sebelum dia ke sini, dah banyak kali perempuan gila ni sakitkan Haziq.

"Haziq ok, sayang? Sakit kat mana-mana tak?" soal Aafiya cemas. Dia pandang keliling. Sunyi la pula kat sini. Ruang istirehat yang mewah itu terus diperhati. Dia sendiri pun belum pernah menjejakkan kaki sehingga ke sini. Agak tersorok sedikit. Mungkin ini ruangan peribadi untuk Qaizer dengan keluarganya sahaja.

"Haziq tak sengaja...Haziq nak pegang je...Haziq tak sengaja," itu saja kata-kata yang keluar dari bibir anak kecil itu. Haziq yang petah bercakap dan tidak pelat buat butir bicaranya kedengaran begitu jelas. Pantas mata Aafiya sekali lagi meliar memandang sekeliling. Mencari apa yang menjadi punca Haziq ungkapkan kata-kata tersebut.

"Kau nak buat apa tadi huh? Tahulah kau bencikan aku pun, tapi jangan jadikan adik aku mangsa marah kau pulak!" Aafiya sebenarnya dah tak mampu nak berlembut dengan Humaira. Dah lama dia pendam. Rasanya malam ini dia bakal meletup. Ada yang nak rasa penumbuk sulong dia! Muka je cantik, bertudung litup, nampak sopan, tapi perangai macam syaitan! Nak saja dia ungkap kata-kata itu tapi dia tahan.

"Lain kali kalau dah tahu adik kau tu anak terbuang...hidup merempat, tolong jaga dia sikit! Kau tengok apa yang dia dah buat! Kau ingat benda ni murah ke?" replika kapal layar yang sudah tidak cukup sifat itu ditayangkan ke muka Aafiya. Nah! Wajah sebenar Humaira dah jelas kelihatan. Dah tak lembut macam selalu. Split personaliti sungguh perempuan ni. Menakutkan!

"Alaaa...replika je pun! Aku boleh beli sepuluh la kalau kau nak suruh ganti sangat! Tapi mulut puaka kau tu tolong jaga sikit!" Woh! Serius dia panas gila! Tolonglah, Aafiya berharap sangat akan muncul penyelamat sebelum tahap kesabaran dia yang dah menipis ni hilang terus. Kalau tak kena penumbuk, sah-sah Humaira bakal kena penampar!

"Hei...kau tahu tak semua ni barang-barang kesayangan ayah aku! Adik kau tu dah patahkan salah-satu barang kesayangan ayah aku tahu!" Humaira tak mahu kalah. Dasar perempuan kasar. Macam manalah Qaizer boleh jatuh cinta dengan perempuan kasar macam ni.

"Adik aku ni masih budak kut! Apa yang dia tahu? Yang kau ni terlebih emosi dah kenapa? Aku rasa ayah tak kisah pun dengan semua ni! Kau tu je yang terover!" Aafiya angkat Haziq. Didokongnya anak kecil itu untuk berlalu dari situ. Lebih baik dia pergi. Itu jalan paling selamat buat masa ini. Dia takut dia bakal hilang kewarasan sama seperti Humaira.

"Huh! Baik sangatlah kau bawa budak tu pergi...anak merempat macam tu memang tak sesuai pun kat sini! Dasar tak dapat didikan mak bapak...tak hairanlah kalau perangai macam tu! Dipelihara pula oleh perempuan kasar macam kau! Memang perangai tak semenggah la! Suka merosakkan harta-benda orang!"

Zaapp! Pantas Aafiya menghentikan langkahnya. Haziq yang sudah hilang tangisannya diletakkan ke bawah. Dia pusing badan dan kembali melangkah mendapatkan Humaira.

"Kau cakap apa tadi?" Sungguh! Dada rasa macam dah terbakar. Telinga sakit mendengar bicara Humaira yang berbaur hinaan. Hina dia tak apa! Dia masih boleh terima. Tapi kalau hina anak-anak yatim seperti Haziq, sumpah memang perempuan ni nak makan penampar!

"Betul la apa aku cakap! Dia tu memang anak yang merempat kan? Sama la macam abang-abang dengan kakak-kakak dia, tak ada mak bapak tapi kau yang pergi kutip! Budak merempat baru nak merasa hidup mewah memang macam tu pun kan!"

"Hei!"Aafiya angkat tangan.

"Aafiya!" jeritan asing itu menghentikan perlakuan Aafiya. Hampir-hampir saja tangannya mendarat ke pipi Humaira. Tinggal beberapa inci saja lagi. Sumpah! Kalau tak kerana suara itu, sudah pasti pipi Humaira perit kena penampar dari tangan dia.

ZER & FIYA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now