50- Edirne Jibril (END)

1K 33 23
                                    

"DENGAN kuasa yang diberikan mahkamah kepada saya, Edirne Jibril bin Hayat terbukti bersalah atas kes pembunuhan Amir Shazwan Qhalid bin Shamsuddin dan tertuduh akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati".

Tang!
Tang!
Tang!

Bunyi ketukan tukul kayu itu bergema di seluruh ruangan mahkamah itu menandakan yang keputusan yang dibacakan oleh sang hakim ialah keputusan yang terakhir. Keputusan muktamad. Tiada siapa yang mampu membantah.

"Kak El...". Seru Afra.

"Kak El, hakim tu salah kan? Dia tersalah cakap kan?". Air matanya sudah mulai jatuh bercucuran di kedua belah pipinya. Hidungnya sudah mulai memerah. Bengkak di bawah matanya dan belum hilang akibat menangis kelmarin, bakal ditambah lagi selepas mendengar keputusan yang mengejutkan ini.

" Hakim tu... tak silap Afra. Hakim tu tak silap". Elicia menjelaskan segalanya dengan suaranya yang bergetar.

"TAK! HAKIM TU SILAP! SUAMI AFRA TAK BOLEH MATI! EMIIR! EMIIR CAKAP YANG JIBRIL AKAN KELUAR NANTI! JIBRIL PUN DAH JANJI DENGAN AFRA!!". Wanita itu mengamuk di dalam ruang mahkamah itu. Dia berlari keluar daripada 'kandang' saksi dan berlari ke arah Jibril yang sudah ingin dibawa pergi oleh beberapa pegawai polis itu.

" Abang! Abang tak boleh tinggalkan Naila! Abang dah janji dengan Naila! ABANG DAH JANJI!". Afra kemudiannya menepis kedua-dua pegawai polis itu ke tepi lalu memeluk erat tubuh suaminya. Lelaki itu tersenyum manis. Wajahnya kelihatan tenang saja. Seolah-olah, dia memang sudah bersedia menerima hukuman ini. Dia sudah...

... tahu.

" Abang minta maaf sebab dah mungkir janji dengan Naila. Naila jaga Luth baik-baik ya? Abang sayang Naila. Abang sayang Luth. Maafkan segala salah silap abang, ya sayang? I love you with all of my heart, pretty princess". Jibril dengan penuh ketenangan, mencium lembut dahi Afra. Cukup lama.

"Abang... Abang tak boleh tinggalkan Naila...". Makin kuat tangisan Afra. Bergema di ruangan yang sedang senyap sunyi itu. Pelukannya di badan Jibril semakin kuat, seolah tidak mahu melepaskan insan itu.

"Naila jangan nangis. It hurts me". Masih lagi dengan suara dan riak wajah tenangnya, Jibril berkata. Tanganya naik mengusap bahagian pinggang Afra. Berharap agar cara ini dapat memindahkan kekuatannya kepada wanita itu.

"Abang... Jangan pergi. Abang dah janji. Abang dah janji dengan Naila. Abang dah janji dengan Luth".

Hadir Emiir dan Elicia di samping Afra untuk melepaskan wanita itu daripada terus memeluk Jibril.

"Afra, dah la ya? Kita balik, okay?". Pujuk Elicia dengan penuh kelembutan.

"Taknak! Nanti Jibril pergi! Afra nak tunggu Jibril!". Mukanya dilekapkan ke dada si suami. Habis basah teruk baju berwarna jingga yang dipakai oleh Jibril itu.

"Take a good care of her and Luth for me, Emiir". Jibril berkata sebelum tangannya sendiri meleraikan pelukan Afra membuatkan wanita itu mendongakkan kepalanya untuk memandang wajah Jibril.

Kemudian, Jibril menyambung bicaranya,

"Dengan bersaksikan semua orang dalam ruangan ini, saya Edirne Jibril bin Hayat ceraikan isteri tercinta saya Afra Naila Qhadija binti Shamsuddin dengan talak satu". Seumpama batu yang menghempap hatinya, kata-kata itu membuatkan Afra terdiam. Tangis nya berhenti. Wajah Jibril dipandang, barulah mata biru itu menitis beberapa permatanya.

Tangan Jibril naik menyentuh lembut pipi Afra buat kali terakhir sebelum dia berlalu pergi, dibawa oleh kedua polis yang sedari tadi sedang menunggunya.

"Maafkan abang, Naila". Ucapan sayu itu membuatkan Afra jatuh melurut ke lantai bilik mahkamah itu. Tangisannya semakin kuat sehingga terhenjut-henjut bahunya. Raungannya boleh dikatakan seperti raungan yang paling menyakitkan sepanjang hidupnya. Tangannya ditumbukkan ke lantai sampai memerah dibuatnya.

Emiir, Elicia dan yang lain tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka hanya mampu mendengar raungan dan tangisan yang cukup menyedihkan itu. Tangisan seorang isteri yang baru sahaja diceraikan oleh suaminya setelah tahu bahawa suaminya bakal dihukum gantung.

Tiba-tiba ada suatu ayat yang dituturkan oleh Jibril ke telinga Emiir sebulan yang lepas; menerjah pemikiran Emiir secara tiba-tiba,

"Kalau kau tak jumpa Cik Jururawat kau tu... Kau kahwin dengan Afra boleh? Lepas habis idah dia nanti, kau kahwin dengan dia ya? Kau kena jaga dia sebaik yang mungkin. And you will be a good dad for Luth. Ini amanah aku untuk kau. Tolong ya, Em?".

Itu ialah amanah terakhir Jibril buat Emiir.

Emiir yang sedang memandang sayu ke arah Afra itu mulai buntu.

'Maafkan aku, Ed. Sampai bila-bila pun aku takkan mampu untuk tunaikan permintaan kau tu. Takde tempat untuk aku dalam hati Afra. Hanya kau Ed. Hanya kau yang ada di sana'. Bicaranya sendiri.

TAMAT
10.MEI.2023

🐛

Allhamdulillah, tamat lah sudah karya saya yang bertajuk NAILA ini. Saya berharap agar readers semua berpuas hati lah ya dengan penulisan saya pada kali ini? Kalau tak puas hati, boleh pm tepi atau tulis dekat ruangan komen tau!
Saya minta maaf jika karya saya pada kali ini nampak macam mengarut or gaya penulisan saya dah agak hambar (saya perasan hal tu).

Doakan saya juga yang bakal mengambil keputusan SPM tidak lama lagi. Insyaallah, kalau ada masa... Saya akan tulis cerita baru dan publishkan untuk sayang-sayang ku semua <3

Dengan ini, saya menutup kisah cinta Afra Naila Qhadija dan Edirne Jibril.
One of the saddest love story I've ever written.

Sampai jumpa!

[BOOK 1] NAILA ||©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang