25- Alive

452 26 3
                                    

KREKK...

Bunyi pintu bilik kerjanya dibuka itu hanya dibiarkan sahaja. Dia tahu gerangan yang menolak buka pintu itu ialah isteri kecilnya. Sudah diagak yang Afra tidak akan boleh tidur kalau Jibril tiada. Wanita itu akan sukar untuk lena. She needs Jibril.

Angkat sahaja kepala, tahu-tahu figura Afra sudah berdiri di hadapan meja kerjanya dengan tangannya yang memeluk bantal golek bersarung ungu lembut itu dengan mata yang masih kuyu dan mengantuk. Terkejut mak kau! Ingatkan hantu comel mana lah tadi yang muncul secepat ini di hadapan lelaki itu.

"Sayang? Sleepwalking ke?". Soal Jibril perlahan. Namun, Afra tidak menjawab sebaliknya perempuan itu hanya mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan sehingga jatuh ke lantai terus bantal golek yang dipeluknya tadi.

"Okay, she's sleepwalking". Ujar Jibril sendiri.

"Come here, Naila". Jibril menepuk-nepuk pehanya untuk menyuruh Afra yang masih tidak sedar itu untuk duduk di atas ribanya dan meneruskan tidur lenanya.

Memang itu pun yang dilakukan oleh Afra. Laju sahaja wanita itu meluru ke arah Jibril dan naik ke atas kedua belah peha lelaki itu. Kakinya dilingkarkan ke pinggang Jibril begitu juga tangannya yang memeluk leher lelaki itu. Kepala diselesakan di atas dada bidang Jibril yang tidak dibaluti sebarang fabrik itu.

Sempat Afra menggesel-geselkan hidungnya yang berasa sedikit tidak selesa itu.

"Selamat malam, Naila. Abang minta maaf untuk harini. Abang bukan taknak jujur, cuma abang risau. Abang risau kalau pihak atasan gantung kerja abang. Then-".

"Jadi awak lebih pentingkan kerja awak daripada perkahwinan ni, Jibril? Awak memang langsung tak sayang kan saya kan? Betul lah kata ibu. Awak benci saya. Takde orang pernah sayang saya. Termasuk awak kan?". Afra berkata-kata dengan suara yang cukup lemah di balik dada Jibril.

" Naila... ".

" Saya tak tidur. Saya fikir awak akan jelaskan semuanya kalau saya pura-pura sleepwalking. Saya ingat awak akan cakap yang awak sayangkan saya. Saya-". Kata-kata Afra terhenti sendiri dengan tangisan perlahannya. Sungguh dia penat. Dia penat dengan dunia. Salahkah kalau dia meminta untuk mati sahaja?

" Saya kecewa dengan awak, Jibril". Afra mengangkat wajahnya yang sudah sembap itu lalu turun daripada pangkuan Jibril. Berlari keluar daripada bilik itu entah hendak pergi ke mana.

"Naila! Naila!". Terpekik suara Jibril memanggil nama isterinya itu.

"Afra Naila Qhadija!!!". Sedikit pun Afra tidak berpaling membuatkan Jibril mendengus kasar.

Lelaki itu mencapai telefon yang berada di atas meja kerjanya lalu menekan nombor Imran.

"Hello?".

"Imran... Im...". Jibril jatuh melorot ke lantai. Sungguh dia tidak kuat. Dia takut. Segala hal yang melibatkan isterinya akan membuatkan dia lemah. Ya, panggil sahaja dia lelaki lemah. Dia terlalu sayangkan isterinya. Afra Naila Qhadija.

"Ed, kenapa? Kenapa kau ni?".

"Naila... Naila lari, Im. Tolong aku, Im".

🐛

will be mentioning about suic*de.
skip if you feel uncomfortable

KAKI wanita itu dihayun-hayunkan ke depan dan ke belakang. Udara yang dihirup daripada atas itu terasa sungguh segar. Seolah-olah setiap hirupan itu membuatkan dia melupakan segalanya. Baju tidur yang dipakainya berterbangan ditiup angin. Dia berasa... tenang.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now