6- CR

503 27 0
                                    

"HELLO, my name is Edirne Jibril and you can respectfully call me Sir Ed. Saya akan mengajar subjek chemistry awak untuk sem ini". Ambik kau. Betul lah apa yang diagak oleh semua orang, memang dia akan mengajar juga kelas budak bertiga tu. Masak lah Afra kalau macam ni. Saat tu juga Afra baru tahu yang Jibril mengajar subjek kimia.

"Dalam kelas saya, saya suka untuk terapkan 4 peraturan". Memang semua pensyarah dalam dunia nak kena cakap macam ni ke? Hampir semua lah kut. Bosan betul!

'Cliché betul'. Bicara Afra sendiri seraya memutarkan bebola matanya.

"Pertama, saya merupakan seseorang yang sangat-sangat cerewet. Kalau assignments yang saya bagi, awak semua siapkan tak ikut kriteria saya, out. Takkan dapat markah penuh or even markah yang baik. Jadi, sila tumpukan perhatian kepada kriteria-kriteria yang akan saya tetapkan pada masa saya akan bagi awak semua assignments nanti". Mengaku pun diri sendiri tu cerewet.

Satu dewan mengeluh apabila mendengar peraturan pertama yang sudah panjang lebar yang ditetapkan oleh Jibril.

"Payah la aku nak lulus ni". Ana mendengus.

"Repeat sem lagi lah nampaknya". Alia meletakkan tangan ke dahinya seolah-olah macam dia nak pengsan. Dramatik!

"Kedua. If you are late without any logical reasons, out. Saya tak akan bertoleransi. Peluang hanya ada dua kali. Kalau awak lambat buat kali ketiga, keluar. Tak payah belajar dengan saya lagi". Peraturan kedua ni macam seksaan pun ada. Lagi teruk daripada lain-lain pensyarah.

"Haduhh... annoying jugak eh Sir Ed ni". Alia mengeluh buat kali ke seratus ribu haritu. Padahal baru 10 minit memasuki kelas kimia ajaran Jibril. Dengar peraturan je, dah lelah.

"Ketiga, saya suka pada peningkatan. Katakan awak gagal kuiz saya yang pertama, kuiz kedua awak wajib lulus. Saya ulang, wajib". Ini peraturan paling teruk setakat ni. Apasal tegas sangat Jibril harini. Pagi-pagi dah merosak mood orang dengan peraturan-peraturan mengarut dia tu. Tak boleh brain betul lah!

Ada yang mengeluh entah berapa banyak kali dah, ada yang dah menggelongsor daripada kerusi yang diduduki, ada yang dah tidur sebab pasrah. Macam-macam lagi lah.

"Dan peraturan keempat. Ini yang paling penting. Siapa langgar walaupun sekali, get out from my class". Seram...

"Seramnya wey". Bisik Ana.

"Haah. Muka dia pun nampak garang". Sambung Alia pula. Afra hanya mendiamkan diri, menelan air liur perit sedari tadi.

"Jangan. Sentuh. Barang. Kepunyaan. Saya. I repeat, don't touch my belongings. Saya paling pantang ya yang ni. Contoh, kalau awak terlupa bawa laptop for your presentation, you cannot touch my laptop if you wanna borrow it. You may ask me to assist you. Saya ulang, jangan sentuh barang saya". Ini lebih kepada masalah peribadi ni. Semua orang berkerut dahi mendengar peraturan terakhir ini.

Sebenarnya, tu memang pantang larang terbesar dalam hidup Jibril. Bukan sebab apa-apa yang serius pun sebenarnya tapi memang dia tak suka. Dia takut barang-barang dia hilang or kedudukan dia berubah. Dia kan Mr. Perfect.

"Setakat ni faham peraturan-peraturan saya? Boleh ikut?". Tanya Jibril setelah habis nafas menyebutkan peraturan-peraturan buatannya.

"Faham sir!". Satu dewan menjawab kecuali Afra yang sibuk bermain dengan kukunya itu.

"Afra Naila Qhadija! Awak ingat awak tu pretty princess ke nak main-main kuku masa saya ada dekat depan ni?". Eh--Jibril nampak ke? Tajam betul mata helang dia.

Terus, dengan serta-merta Afra memandang lurus ke hadapan dan menurunkan tangannya ke bawah.

"Sorry sir".

[BOOK 1] NAILA ||©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang