30- Pinky Promise

330 21 0
                                    

SENYAP sunyi kawasan ruang tamu di rumah mereka itu. Tiada seorang pun antara mereka berdua mahu memulakan percakapan. Seorang tengah menatap kosong skrin televisyen yang sedang menyiarkan filem aksi itu, seorang lain tengah tatap skrin telefon. Bukannya tidak mahu berbicara, tapi masing-masing terasa sedikit janggal. Entah kenapa.

Mata lelaki itu dialihkan daripada skrin telefon pada akhirnya dan difokuskan kepada isterinya yang kelihatan seperti sedang termenung itu.

"Sayang?".

"Hm?". Afra menjawab perlahan sapaan suaminya itu.

"Abang ada kursus minggu depan. Sayang nak ikut tak?". Ini yang Jibril tertunggu-tunggu nak bagitahu ni. Niatnya nak bagitahu hal ini kepada Afra secepat mungkin; selepas dia dimaklumkan oleh pihak kolej seminggu lepas... Namun ketika itu, Afra masih lagi berapa di hospital.

" Kursus? Dekat mana?". Soal Afra seakan tertarik. Wajahnya masih lagi kelihatan mendatar.

"Kedah. Sayang ikut eh? Nanti boleh kita balik rumah tok wan sekali. Kesian tok wan, tak pernah lagi dia tengok cucu menantu dia yang comel kiut miut ni". Jibril menggunakan frasa yang selalu sahaja Afra gunakan dahulu. 'Kiut miut'. Bagi yang tak tahu, 'kiut miut' tu maksudnya seakan akan dengan 'teramat comel'.

"Tengok lah macam mana nanti". Ujar Afra, malas. Dia sebenarnya tengah ketiadaan mood untuk bersembang sekarang ni. Fikirannya sibuk menerawang ke arah lain. Pelbagai perkara yang difikirnya.Oleh itu, dia hanya berdiam diri sedari tadi.

"Ikut ya, sayang? Please, please...". Jibril mengubah kedudukannya dengan duduk secara bersila di atas sofa itu, menghadap ke arah isterinya. Kedua tangan Afra digenggamnya. Masih dalam usaha untuk memujuk wanita yang agak keras kepala itu.

Afra pula kelihatan sedang berfikir buat beberapa ketika sebelum dia akhirnya mulai bersuara lagi,

"Tapi abang kena janji something dengan Naila".

"Apedie tu, sayang? Abang akan tunaikan kalau abang mampu, Insyaallah. Jangan yang mengarut sudah. Tapi kan, kalau nak suruh abang kahwin lagi satu pun boleh". Jibril berseloroh hanya untuk mendapatkan jelingan maut tahap 10 daripada Afra.

'Okay, tak lawak'. Tawa kecilnya terhenti serta-merta.

"Ish, malas lah macam ni! Abang pergi Kedah sorang-sorang!". Terus wanita itu mencebikkan mukanya, tangan ditarik menjauh daripada pegangan Jibril. Nak merajuk! Siapa suruh buat 'lawak' macam tu? Ingat kelakar ke?

"Alamak, maaf sayang. Mulut abang ni terlepas. Bukan abang yang nak cakap". Kedua ulas bibirnya itu ditepuk-tepuk perlahan. Tanda menyesali percakapannya yang boleh diagak tidak berakal itu. Haih, nama sahaja pensyarah. Suka sangat bergurau benda-benda bod--.

"Dah la!".

"Abang minta maaf, okay sayang? You can proceed now, apa yang abang kena janjikan tu?". Soal Jibril.

Sempat Afra menjeling Jibril sekilas sebelum menyambung kata-katanya yang terjeda sebentar tadi,

"Naila nak abang janji yang abang tak boleh bawa Naila ke pantai atau benarkan sesiapa sahaja bawa Naila ke pantai. Basically, Naila taknak pergi pantai. Naila benci. Abang boleh janji?". Trauma. Dia trauma dengan segala perkara yang telah terjadi lebih kurang sebulan lepas. Dia taknak kejadian itu berulang dengan mengambil nyawa orang tersayangnya yang lain ataupun nyawanya sendiri. Dia takut. The trauma is haunting her.

"Abang janji". Faham dengan permintaan Afra itu, Jibril mengangguk sembari menghulurkan jari kelinkingnya untuk dipautkan bersama jari terkecil isterinya.

Afra lalu memautkan jarinya bersama dengan jari lelaki itu.

🐛

"JIBRIL...".

[BOOK 1] NAILA ||©Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ