16- Hurt & Love

463 28 0
                                    

"ED taknak tinggalkan Afra dekat sini ke? Buat teman mama. Mama sunyi la". Pinta Puan Aliyah tatkala mereka berdua sedang bersantai di ruang tamu rumah orang tua Jibril itu.

"Bukan Ed taknak mama. Satu, Afra dah nak masuk universiti balik minggu depan. Yela, dah nak dekat 3 minggu Afra miss kelas sebab penyakit dia kan. Kedua, Afra taknak duduk rumah mama. Mama jangan ingat Afra tak sudi pula, menantu mama tu takut mama tak selesa". Panjang lebar Jibril menerangkan perkara itu kepada ibu kandungnya itu.

"Tak selesa apanya Ed? Mama lagi suka adalah kalau Afra duduk sini. Mama bukan apa, mama kesiankan dia. Ed faham kan?". Puan Aliyah menepuk perlahan bahu Jibril. Dia nak Jibril faham, dia betul-betul nak Afra tinggal bersamanya.

"Dia takut takde orang boleh handle dia kalau dia buat sesuatu yang luar jangkaan. Dia takut penyakit dia susahkan mama. At least kalau dia duduk dekat rumah sendiri, dia susahkan diri dia je. Lepas Ed balik, Ed boleh terus uruskan dia. Lagipun, rumah Ed lagi dekat dengan kolej. Lagi cepat Ed boleh balik. Ed--".

" Ed tak percaya kan mama?". Potong Puan Aliyah.

" Bukan macam tu ma, tapi Afra. After what has been happened throughout this 3 weeks, she seems to trust noone who said that will give her so much love kecuali Ed. Orang lain tak nampak tapi Ed rasa yang Afra takut kalau-kalau orang sekeliling dia kecewakan dia, hina dia, salahkan dia, again, just like her family did to her. Afra trauma". Jibril perjelaskan keadaan Afra dengan lebih terperinci. Dia bimbang jikalau Puan Aliyah salah faham. Kang tak pasal-pasal mereka dicop anak menantu derhaka nanti.

"Hm, yela... Mama faham. Tapi kalau nanti Afra setuju, tinggalkanlah dia dekat sini tau, Ed. Mama sayang sangat dengan dia tu".

"Okay, mama. Eh, ni Ed naik dulu ya? Takut Afra terjaga, cari Ed nanti". Jibril menamatkan perbualan mereka anak beranak yang sudah agak lama berlangsung dengan meminta izin untuk menjenguk Afra yang sedang tertidur lena di tingkat atas.

"Yela, Ed. Sayang sangat dengan bini dia tu". Mama tersenyum senget. Mama pun nampak Jibril yang kau suka dekat Afra, kau je taknak mengaku. Heh!

"Mama...". Ni mesti kes malu diusik ibu sendiri ni.

Puan Aliyah tergelak kecil sebelum mulai berpesan sesuatu yang hampir sahaja dia lupa sebentar tadi,

"Eh, lupa mama nak tanya".

"Ya, mama. Nak tanya apa?".

"Masih takde lagi ke perasaan cinta untuk Afra tu dalam hati Ed?". Puan Aliyah tersenyum kecil.

Soalan itu membuatkan Jibril terdiam.

"It has been almost 2 months Edirne Jibril. Takkan takde langsung? Mama tengok pun Ed dah better dengan Afra semenjak pemergian arwah Amir ni. Don't you develop any feeling towards your wife other than pity?". Soal Puan Aliyah terus terang. Dia tak suka belok-belok ni.

" Ed tak tahu mama. Ed tak tahu. I couldn't describe my real feeling towards her. Sayang tu ada. Cinta? Ed belum pasti". Tertunduk Jibril menjawab.

Puan Aliyah bangun dan berjalan mendekati Jibril. Tangan kasar lelaki itu diambil dan diusap perlahan.

"Its okay, Ed. Learn to love her. Kalau suatu hari nanti, Ed dah cintakan dia dan dia dah cintakan Ed... mama nak pesan, don't hurt her like the others had done to her because you have given Afra her new world masatu. Boleh janji dengan mama?". Inilah pesan yang ingin disampaikan. Tertangguh dengan banyak soalan pula tadi.

" I promise, mama".

🐛

"NAILA...". Rambut wanita yang sedang tertidur itu diusapnya.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now