42- Liar

400 24 0
                                    

AFRA sedang duduk bersabar pada dinding hospital itu. Lututnya dipeluk, badannya digoyang-goyangkan ke hadapan dan ke belakang beberapa kali. Sesekali kepalanya terhantuk ke dinding itu. Rasa sakit yang menerpa tidak dikisahkan. Batu yang menghempap hatinya dek kerana rasa bersalah ini lebih sakit.

'Kau memang pembunuh Afra!'.
'Dasar perempuan malang!'.

"Argh!!". Afra menjerit seperti orang tidak waras di lobi hospital itu lalu dengan lebih laju menggoyangkan badannya dan menghentakkan kepalanya ke dinding putih sehingga sedikit cecair pekat merah mengalir; menuruni dinding itu sehingga ke lantai.

"YA ALLAH AFRA!". Puan Aliyah yang baru sahaja tiba di hadapannya itu terus terduduk dan membawa badan wanita itu ke dalam pelukannya.

"Afra minta maaf, mama. Semua ni salah Afra...". Berkali-kali Afra memohon maaf kepada Puan Aliyah. Baginya, kepergian Eka adalah seratus peratus kesalahannya. Memang patut jika dia hendak digelar pembunuh pada ketika ini.

Ya. Eka Farhana dinyatakan sudah meninggal dunia 30 minit selepas mayatnya ditemui oleh pihak keselamatan dan dibawa ke hospital. Ternyata, pihak polis menyatakan bahawa jaket keselamatan yang dipakai oleh Eka tidak diikat dengan kemas. Mungkin sahaja gadis itu tidak perasan ketika dia menanggalkan semula jaket itu selepas Emiir memakaikan kepadanya tadi.

"Tak... Ni bukan salah Afra... Afra jangan cakap macam ni sayang...". Puan Aliyah terus terusan memeluk dan mengusap lembut rambut wanita itu.

"Ini dah takdir Eka, sayang. Mama tak salahkan Afra. Afra jangan salahkan diri sendiri sayang. Ini bukan salah Afra". Walaupun Puan Aliyah sendiri begitu sedih akan kepergian anaknya, namun dia tetap perlu redha. Dia yakin Allah sudah menentukan segalanya. Selepas dia mengetahui tentang berita ini 1 jam yang lalu, sempat juga menangis tidak berhenti. Sehinggalah Puan Aliyah yang sudah ingin pulang itu ternampak Afra yang sedang menyakiti dirinya sendiri di lobi hospital ini. Terus dia bergegas ke arah gadis itu.

Yang Puan Aliyah tahu, sudah 5 jam Afra berada di hospital ini. Sejak daripada mayat Eka dibawa ke hospital sehingga kini.

Encik Hayat sedang menguruskan hal dengan hospital berkaitan kematian anak bongsunya itu manakal Emiir dan Ekal sedang menjemput Jibril di lapangan terbang.

"Mama, Afra minta maaf...". Tangisan Afra terus kedengaran bergema di situ. Kebanyakan mata memandang ke arah mereka.

"Bukan salah Afra sayang. Bukan salah Afra". How kind is Puan Aliyah, right? She just lost her daughter but still proceed to comfort Afra knowing that she has a trauma of this kind of tragedy and mental illness. Afra needed comfort and Puan Aliyah gave it.

"AFRA NAILA QHADIJA! KAU BANGUN SEKARANG!". Tengkingan itu melawan segala kekuatan bunyi suara tangisannya. Dan dia tahu milik siapa suara itu. Membuatkan Afra semakin mengemaskan pelukannya terhadap Puan Aliyah.

"EH KAU BANGUN LAH PEREMPUAN!". Tengkingan itu umpama belati yang menikam jantung nya, sekali; tetapi begitu dalam. Suara yang penuh dengan amarah. Suara yang sebelum ini selalu penuh dengan kelembutan dan mampu memberikannya kekuatan.

Suara Jibril...

Sampai sahaja di hadapan Afra dan Puan Aliyah, terus Jibril berkata.

"Mama, tepi. Ed nak bercakap dengan perempuan tak guna ni". Jibril mencapai tangan ibu kandungnya sebelum menyuruh Puan Aliyah untuk duduk di kerusi di ruangan itu. Maka terlepaslah pelukan dua wanita itu.

"KAU BANGUN LAH PEREMPUAN!". Tengking Jibril sekali lagi sambil tangannya menarik kasar lengan Afra sehingga terbangun wanita itu.

"Kau pandang mata aku sekarang!". Takut-takut sahaja Afra menaikkan kepalanya untuk memandang Jibril yang sudah memerah mukanya itu.

"Kau ni memang dasar perempuan malang kan?!". Betul-betul di hadapan muka Afra, Jibril menengkingnya. Membuatkan wanita itu menjatuhkan air matanya buat kesekian kali.

"Pembunuh!". Tangan Jibril naik untuk menampar wajah lesu itu tetapi terhenti. Dan apabila mata Afra dibuka, ada tangan lain yang menghalang Jibril daripada berbuat sebegitu rupa.

"Mama tak pernah ajar anak-anak mama untuk berkasar. Jangan biadap, Jibril!". Tangan Puan Aliyah. Wanita itu begitu kesal dengan tindakan dan kata-kata anaknya ketika itu.

Buat pertama kalinya dia menggunakan nama panggilan itu. 'Jibril'.

"Sekarang mama nak bela betina malang ni ke?!". Jibril melawan.

"Dia menantu mama! Isteri Jibril. Jibril sedar tak yang dia sakit. Jibril sedar tak?! Dan Afra bukan pembunuh! Doktor dah confirm kematian Eka adalah sebab kemalangan. Jangan nak fitnah Afra!". Puan Aliyah kembali melawan dan satu tamparan kasar hinggap di pipi lelaki itu. Terus diam.

Kemudian, tawa sinisnya kedengaran.

" Mama tampar Ed? Mama tampar Ed sebab perempuan ni?". Matanya beralih daripada memandang Puan Aliyah kepada wajah Afra.

"Kau suka lah kan?!". Afra ditengking sekali lagi. Sejurus itu rambutnya ditarik kuat oleh Jibril sehingga kepala perempuan itu tertelang ke tepi. Sakit kepala akibat dihentak ke dinding tadi ditambahkan dengan sakit ini. Tak sanggup untuk ditahan oleh Afra.

" EDIRNE JIBRIL!!!". Puan Aliyah bertempik.

"Jibril... Sakit...". Adu Afra.

"KAU DIAM! Mama jangan masuk campur!".

"LEPASKAN DIA JIBRIL!".

"Kau nak tahu sesuatu tak perempuan? Aku rasa memang patut pun ibu buang kau dulu? Kau. Memang. Malang". Satu persatu patah perkataannya ditekan. Tarikan kepada rambut Afra semakin dikuatkan. Sehinggalah...

"Get your hand off her, Ed". Suara dingin itu menyapa.

"Great. Now, kau pula nak backup dia?". Jibril berpaling ke arah lelaki itu.

"I said GET. YOUR. HAND. OFF. HER".

Dush!

Satu tumbukan dilayangkan oleh Emiir ke muka Jibril. Ya, di lobi hospital itu. Membuatkan terlepas lah pegangan Jibril ke rambut Afra itu. Terus badan Afra disambut oleh Puan Aliyah untuk ditenangkan.

"You wanna fight me over this unlucky bitch, Emiir?! This is how it goes now?!". Jerit Jibril, tidak puas hati.

"Perempuan yang kau panggil 'malang' tu isteri kau, Ed. Isteri kau!!!".

"Dia bunuh adik kau, Em! Dia bunuh Eka! Kau tak sedar lagi ke?! Kau masih nak bela dia?".

Dush!

Kerana geram dengan tuduhan tidak berasas yang dilontarkan oleh Jibril itu, hinggap satu lagi tumbukan oleh Emiir ke atas wajah lelaki yang sudah sedia terbaring di lantai itu.

" Sekali lagi aku dengar kau panggil dia dengan panggilan tu, you will be dead Jibril. You will be dead".

"Oh, wait... Are you in love with my wife right now? SEBAB TU KAU BERIA BACKUP DIA KAN?!". Tuduh Jibril lagi sambil tersenyum sinis.

"SHUT. THE. FUCK. UP!".

Baru sahaja Emiir ingin melayangkan tumbukan ketiganya,...

"Abang Emiir... Dah... Kesian suami Afra...". Suara Afra berkata perlahan. Dia sudah semakin tidak bermaya. Wajahnya pucat. Kepalanya semakin banyak mengalirkan darah.

🐛

Unedited.
Surprise surprise!

[BOOK 1] NAILA ||©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon