26- Help

404 26 1
                                    

MEREKA berdua serta-merta berpaling ke arah depan apabila mendengar pintu kereta yang ditutup dengan agak kasar itu. Mengamuk ke mamat tu? Pandang je sekilas gerangan yang seolah sedang berserabut yang baru sahaja keluar daripada kereta itu, terus Afra memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Naila...". Seru lelaki itu lemah. Dia telah memandu selama 2 jam untuk mencari di mana kedudukan wanita itu dan Imran menelefonnya 5 minit lepas yang menyatakan Afra sedang berada di atas jambatan bersama seorang bermuda.

"Cik Afra, suami Cik Afra dah sampai". Aidan memanggil lembut nama wanita yang seolah-olah sedang berselindung di balik bahunya yang agak lebar itu.

"Saya takut. Plus, saya masih marahkan dia". Bisik Afra kembali. Tidak mahu suaminya yang sedang bercekak pinggang di hadapan Aidan itu untuk mendengari bicaranya bersama lelaki itu.

"Why don't you talk to him first? Dia tunggu Cik Afra ni. Kesian dia, malam ni sejuk tau". Pujuk Aidan lagi membuatkan Afra mengangkat mukanya, memandang wajah Jibril dalam kegelapan malam itu. Jelas kelihatan wajah lelaki itu seperti sedang merisauinya separuh mati. Mukanya memerah. Matanya hampir sahaja berair.

"Naila sayang, Naila buat apa kat sini".

"Naila nak mati". Terus sahaja Afra menjawab tanpa bertapis.

"Kalau sebab siang tadi buatkan sayang fikir macam ni--".

"No! It is not about siang tadi! Tapi Naila penat. Abang faham tak, Naila penat! Naila sangat penat bila semua orang salahkan Naila atas kematian Amir. Naila penat setiap kali Naila fikir yang takde orang ikhlas sayangkan Naila. Naila penat bila ibu ayah asyik mesej dan kutuk-kutuk Naila. Abang ingat Naila tak penat ke ha?! NAILA PENAT! NAILA PENAT!". Afra menjerit histeris secara tiba-tiba seraya berdiri berhadapan dengan Jibril. Aidan yang masih duduk di tepi jalan itu hanya mampu untuk berdiri dan mulai menghampiri motosikalnya.

Diam. Beberapa minit mereka berdiam diri setelah mendengar luahan hati Afra itu. Tiada apa yang mampu diucapkan. Hanya esakan kecil Afra yang kedengaran.

" Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf". Jibril jatuh melutut di hadapan isterinya. Kepalanya didongakkan untuk memandang wajah Afra yang hanya disinari cahaya lampu jalan yang malap itu.

"I wanna end all of this. Ibu ayah dah tak mengaku Naila ni anak diorang. Dan abang... Abang... Siang tadi... Abang pun taknak mengaku kan yang Naila ni isteri abang? Teruk sangat ke Naila ni di mata semua orang? Naila bukan penyebab Amir mati! Bukan Naila! BUKAN NAILA! BUKAN!". Kedua tangan Afra naik menggenggam telinganya sendiri. Sempat juga dia memukul-mukul bahagian tepi kepalanya itu. Agak kuat sehingga terteleng kepalanya ke tepi.

" Naila tolong jangan... Jangan buat macam ni sayang". Jibril cuba untuk menghalang. Namun, makin kuat pula hentakan Afra ke atas dirinya itu. Rambutnya juga ditarik-tarik menyebabkan beberapa helai daripada tercabut habis.

Aidan hanya mampu menjadi pemerhati. Dia tak tahu apa yang dilalui dan dialami oleh mereka berdua. Jadi, dia taknak masuk campur.

Helmetnya dipakai dan dia naik ke atas motosikal birunya itu untuk pergi tetapi sempat tindakannya itu ditahan oleh Imran yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. Di sisinya.

"Tunggu. Her husband wanna have a talk with you later". Arah Imran. Suaranya mendatar.

"Tapi...".

"Stay".

"Bukan salah aku! Bukan aku! Bukan aku yang bunuh Amir!". Afra terus terusan menjerit di jalan yang sunyi itu. Perlahan-lahan Jibril menghampirinya dan memeluk kemas badan itu.

"Lepas! Lepas lah Jibril! Le... Pas...". Afra meronta-ronta di dalam pelukan suaminya itu.

"Jibril... Lepas...". Dada Jibril dipukul kuat oleh Afra. Makin lama makin kuat sehingga dia sendiri terpaksa berhenti dek kerana keletihan.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now