9- All I Want

526 29 3
                                    

RAMBUT Afra disisir perlahan. Harini hari ketujuh setelah kematian arwah Amir. Hari ketujuh juga lah tangisan Afra tidak pernah berhenti. Runsing kepala Jibril dibuatnya. Mana taknya, Afra langsung taknak bercakap, taknak makan, taknak keluar rumah. Kesan kehilangan satu-satunya adik dia itu betul-betul berada di lubuk terdalam hatinya. Ditambah pula dengan kata-kata benci daripada ibu dan ayah kandungnya sendiri yang masih lagi menuduh mereka sampai ke hari ini.

Masa majlis pengebumian Amir haritu pun, dia diharamkan untuk hadir. Maka, sepatutnya hanya Jibril sahaja lah hadir tetapi lelaki itu tidak sanggup untuk meninggalkan isterinya yang sedang berada dalam emosi tidak stabil itu sendiri.

"Pretty princess nak makan apa harini? Sebelum kita ke kubur, kita pergi makan dulu boleh? I risau, dah berapa hari you tak makan, Naila. Kita pergi makan ya?". Lembut sahaja Jibril bertanya.

Saat ini, sesungguhnya Jibril dan keluarganya sahaja la yang ada buat Afra. Sentiasa ada untuk Afra.

Menjawab pertanyaan Jibril, Afra menggeleng lemah. Masih tersisa jejak air mata yang sudah kering di kedua belah pipinya. Orang kata, jangan meratapi pemergian yang sudah tiada kan? Di sini, Afra tidak meratap, Afra tidak menyalahkan takdir. Cuma saat ini Afra cukup menrindui Amir.

Kenapa?

Kerana kalau di saat Afra terlalu sedih seperti ini, semasa adanya arwah Amir dan sebelum Afra berkahwin, Amir lah yang akan berada di sisinya. Memujuk, membelikannya makanan. Salah satunya, saat apabila pertama kali dia tahu yang dia bakal dikahwinkan dengan Jibril. Masatu dia sedih sangat berfikir bahawa dia akan meninggalkan adiknya. Turned out, adik dia yang pergi dulu. Pergi selama-lamanya.

"Naila, jangan macam ni, please? I risaukan you ni".

"Taknak". Lemah sahaja dia menjawab.

"Nai--".

"DIAM LA JIBRIL! SAYA CAKAP, SAYA TAKNAK. SAYA TAKNAK LA. AWAK TAK FAHAM BAHASA KE?!". Mungkin serabut dengan pertanyaan Jibril, dia menengking suaminya itu.

"Faham, sayang. Maaf sebab bertanya banyak kali. Kita pergi melawat Amir ya?". Rambut Afra disanggul kemas dan disarungkan sehelai tudung shawl hitam. Bahagian bawahnya di pinkan dan kedua-dua belah yang panjang itu dinaikkan ke atas bahu Afra. Semua itu dilakukan oleh Jibril.

" Cantiknya isteri abang pakai tudung". Jibril mencium lembut dahi Afra. Terkesima Afra dibuatnya. Bukan disebabkan tindakan itu, namun disebabkan nama panggilan yang disebut. Tadi masa Jibril panggil dia 'sayang' pun dia agak terkejut.

"Macam bidadari. Cantik sangat". Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Afra.

"Abang nak bidadari abang ni tahu yang abang selalu ada untuk, Naila. My pretty princess. Walaupun mungkin Naila belum cintakan abang, abang akan setia untuk jaga Naila sampai akhir nafas abang, okay? Naila jangan pernah fikir yang Naila sendiri. Naila ada abang, Naila ada Allah. Faham, isteri abang?". Pipi wanita itu diusap penuh kasih sayang. Perasaan cinta belum ada, namun adakah mungkin kata sayang itu sudah wujud dalam hati seorang Edirne Jibril? Kalau macam tu, allhamdulillah kan?

Naila hanya berdiam diri. Tidak mengangguk, tidak berkata 'ya'. Hanya diam dan terpatung.

"Dah, abang nak tukar baju sekejap ya? Naila tunggu dekat situ ya?".

Diam lagi.

Seketika kemudian, Jibril keluar daripada walk-in wardrobe yang ada di dalam bilik itu dan kembali duduk di hadapan Afra. Cuma yang dia pelik, tudung tadi sudah tercabut daripada kepalanya.

" Haih, kenapa sayang cabut ni? Kan abang cakap Naila cantik pakai ni tadi?".

"Naila tak suka". Yayy! Ini suara Afra. Dan dia turut membahasakan dirinya dengan 'nama baru' itu. Naila. Nama keduanya. Kerana sekarang, dia cukup tak suka dengan nama Afra.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now