17- Angry

448 19 0
                                    

"OKAY class, I just want to inform dekat you all yang I akan buat kuiz minggu depan. Markah kuiz ini will be included as your final year examination's mark. So, be prepare walapun I tahu yang you all akan sibuk dengan minggu sukan minggu depan kan? I tak kira. Kuiz tetap kuiz. Hari apa? Let it be a secret".

Mendengar sahaja ucapan daripada Jibril itu, semua ahli dewan kuliah itu mengeluh berat. Ada yang sampai tak cukup nafas mengeluhnya. Betapa tak gemarnya mereka dengan kuiz-kuiz seperti ini. Ugh!

"Kenapa la dalam banyak-banyak hari, hari ni la dia decided untuk ruined kan mood aku eeeee!". Alia ketap gigi, geram dengan tingkah Jibril yang satu ini. Selalu sahaja bagi kejutan untuk pelajar-pelajarnya. Nasib baik la mereka tiada komplikasi jantung.

Ana di sebelahnya hanya mampu berserah, menilik kuku dan mengeluh lagi dan lagi.

" Aku dah la salah satu penganjur sukaneka minggu depan. Banyak kerja nak kena buat. Sir Ed pula tetiba je nak buat kuiz. Macam takde minggu lain!". Luah Alia lagi. Dalam banyak-banyak orang, dia la yang paling tidak berpuas hati. Jamin 100%.

"Lek arh, Lia. Afra okay je. Kan?". Ana menyentuh-nyentuh bahu Afra apabila melihat wanita itu kaku sedari tadi di kerusi tempat duduknya. Wajahnya tak kelihatan kerana ditutupi oleh hood hoodie yang ditarik penuh ke atas kepalanya yang tertunduk itu.

"Kau okay ke, Ra?". Alia menutup cermin kecil yang digunakan untuk menilik wajahnya tadi dan berpaling ke arah Afra yang duduk di tengah-tengah antara mereka bertiga itu. Bahu Afra digoncang perlahan apabila rakannya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.

" Weh, Ana. Kawan kau ni...okay ke tak?". Alia berbisik kepada Ana. Risau jika lecturer di pentas mengajar mendengar ucapan mereka.

"Entah. Pagi tadi dia kurang bercakap. Badan pun nampak lemah je. Aku--". Belum sempat Ana menghabiskan bicaranya, mereka berdua berpandangan sesama sendiri apabila mendengar bunyi yang asing di kalangan ahli dewan yang bising itu. Bunyinya seperti...

Tap...

Tap...

Tap...

Macam ada sesuatu yang menitis. Daripada hidung Af--

"Astagfirullah! Darah, Na! Darah!". Alia menjerit bagai nak runtuh atap dewan itu apabila melihat titisan darah terkeluar daripada lubang hidung Afra dan jatuh ke meja.

Terus Ana bertindak cepat dengan cuba untuk mengejutkan gadis yang ternyata sudah pengsan itu lalu mengangkat wajahnya. Semua ahli dewan itu kininya fokus memerhati ke arah mereka bertiga. Jibril yang semakin menghampiri itu sudah tidak senang duduk. Dia tahu yang isterinya itu nampak tidak sihat sahaja pagi tadi. Sudah dia berpesan agar tidak perlu wanita itu untuk hadir ke kelas, namun Afra berdegil.

"What happened?". Jibril melutut di hadapan tempat duduk Afra dan cuba untuk melihat wajah wanitanya itu. Ternyata, sungguh pucat.

"Afra pengsan. Kitorang ingat dia tidur tadi, tiba-tiba ada darah banyak sangat keluar daripada hidung dia". Sudah seperti mahu menangis Ana di situ.

"Kita bawa dia ke klinik kolej dulu". Dengan tak semena-mena, Jibril terus menyeluk lengannya ke bawah lipatan lutut dan bahagian belakang badan Afra lalu mencempung gadis itu untuk ke klinik kolej yang jaraknya agak jauh daripada dewan kuliah ini.

🐛

MATANYA dikelipkan berkali-kali. Tangan diletakkan ke atas dahi, mengurut kawasan itu. Sungguh kepalanya berasa berdenyut-denyut seperti baru dihempap dengan batu ketika ini.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now