18- Pretty Good

430 22 0
                                    

8.45 pm

"Ini ubat baru. Preskripsi dia sama sahaja. Puan Afra hanya perlu mengambil ubat ini 2 kali sehari, setiap kali selepas makan. Jangan tinggal. Kalau dah habis, boleh datang dan beli di farmasi klinik ini lagi ya?". Ujar doktor berkaca mata yang memakai tanda nama 'Shahmi' itu.

" Okay... ". Perlahan sahaja Afra menjawab.

"Kalau macam tu, you're good to go now. Apa-apa perkembangan atau appointment yang akan datang, saya akan bagitahu kemudian melalui suami Puan Afra".

"Terima kasih, doktor".

"Sama-sama. Boleh tolong saya panggil kan pesakit seterusnya untuk masuk?". Dr Shahmi meminta tolong dan Afra hanya akur. Takkan nak cakap tak boleh pulak kan? Itu sombong namanya.

Afra melangkah keluar daripada bilik doktor itu lalu dengan serta-merta matanya tertancap ke arah seorang wanita yang sedang bersandar lemah pada dinding hospital itu. Mukanya pucat dan tampak tidak bermaya, mungkin sedang demam. Langkah diatur lagi untuk mendekati si pesakit yang satu itu.

Afra lalu berhenti betul-betul di tepi wanita berbaju kemeja merah jambu bersama jeans biru itu.

"Cik... atau Puan...". Panggil Afra perlahan sambil tangannya menyentuh-nyentuh bahu wanita yang sedang terlelap itu. Tidur-tidur ayam orang kata.

"Hm?".

"Cik atau puan ni pesakit Dr Shahmi ke?". Dengar sahaja nama doktor itu terkeluar daripada mulut Afra, terus segar bugar jadinya wanita itu. Matanya yang kuyu tadi tampak bersinar. Aik?

"Ya, saya". Wanita itu tersenyum manis. Okay, ini pelik. Tadi nampak macam tak larat. Hm...

"Dr Shahmi suruh masuk".

"Oh ye ke? Terima kasih tolong panggilkan saya cik...". Wanita itu terjeda sebentar.

"Panggil je Afra". Tangan Afra dihulur untuk menyalami wanita comel itu. Kalau Afra dah comel, wanita itu sama comel dengan Afra. Ketinggian pun hampir sama. Cuma wanita itu memakai tudung.

"Saya Sofeah. Ayesha Sofeah".

"Nice to meet you". Dah nama pun mesra alam, senang sahaja Afra 'membuat' kawan baru. Kalau yang bukan jenis mesra alam, mahunya dia tak nak tolong tunaikan permintaan doktor handsome itu tadi. Shh, jangan bagitahu Jibril yang Afra puji Dr Shahmi, handsome.

"You too. Saya pergi dulu ya? Thanks again".

"Your welcome". Afra tersenyum sekilas sebelum mengambil tempat duduk di sebelah tempat duduk Sofeah tadi. Dia memerhatikan figura itu pergi masuk ke dalam bilik Dr Shahmi sampailah...

"Mimi!". Mahunya bergegar klinik itu mendengar suara yang dipercayai suara Sofeah itu memanggil nama manja yang mungkin milik Dr Shahmi? Aik... Ini dah jadi makin pelik. Apa hubungan Dr Shahmi dengan Sofeah tadi tu?

Yang sibuk lebih hal orang tu kenapa? Sudah, cut cut. No more gossiping others' people life.

Afra menggoyang-goyangkan kakinya sambil duduk di bangku besi itu. Agak bosan menunggu Jibril. Padahal dia baru duduk di situ tak sampai 5 minit pun. Itulah, tak menyabar.

Telefonnya dikeluarkan dan butang 'on' ditekan. Dia cuba untuk menghilangkan bosannya. Habis semua media sosial dibuka. Semua permainan video dimainkan. Tiada satu pun yang memenuhi ruang kosongnya tika itu.

Semakin lama, semakin lama masa berlalu. Sudah hampir 15 minit Afra menunggu kehadiran Jibril. Katanya nak datang pukul 9.10. Sekarang dah pukul 9.25. Lama kut Afra tunggu walaupun baru sahaja 15 minit. Dah nak naik kejung dah jari dia menekan-nekan skrin telefon ini. Dan yang peliknya, Jibril tak pernah lewat.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now