5- Not Ready At All

583 26 3
                                    

AFRA menjengulkan kepalanya melalui celah bukaan pintu bilik kerja Jibril. Niatnya mahu memberitahu sesuatu kepada Jibril tetapi suaminya itu kelihatan seperti sedikit sibuk pada malam ini. Yelah, esok kan kolej dah nak buka balik.

"Jiji...". Perlahan sahaja dia menyeru nama panggilan Jibril itu. Sebenarnya, dia agak takut untuk menganggu Jibril ketika ini memandangkan muka dia nampak serius sangat! Takut!

"Hm?". Jibril langsung memfokuskan pandangannya ke arah Afra, matanya sedari tadi hanya melekat dekat skrin laptop itu. Jari pula tak berhenti menaip sesuatu. Taip apa pun tak tahu.

"I masuk boleh?".

"Hm". Sepatah aje dia jawab.

Perlahan-lahan Afra berjalan masuk dan melabuhkan punggungnya di atas sofa yang ada di dalam bilik kerja yang tersangat lah kemas dan tersusun itu. Semuanya disusun dan dihias sendiri oleh Jibril.

Jari jemarinya dimain-mainkan. Gementar menguasai diri. Takut pun ada. Dia sebenarnya tak tahu nak tanya Jibril macam mana.

"You nak cakap apa, Naila?". Tanya Jibril, memecah kesunyian.

"Nanti kan... You kan baru pindah kolej I kan? Bagi lah klu sikit you mengajar fakulti mana". Gementar punya pasal, sampai habis basah tangan Afra sebab berpeluh.

"Tak boleh". Sekali dengan gelengan, kau! Punya lah payah dia nak bagitahu.

"Erm, takpela". Afra sudah ingin beruar-uar untuk keluar dari bilik itu apabila langkahnya terhenti semula. Ada satu lagi soalan sebenarnya yang dia nak tanya.

"One more thing, Jiji. I nak keluar esok. Pergi pantai dengan Amir. You izinkan tak?".

"Tengok cuaca, kalau cuaca elok, I izinkan". Jibril sebenarnya agak merisaui Afra. Cuaca sekarang ni tak menentu, hujan pastu panas pastu hujan. Jadi, dia bimbang kalau esok hujan lepastu Afra pula mahu ke pantai. Bahaya la. Suami mana yang tak risaukan isteri dia kan?

"I nak pergi berkelah esok dengan Amir and ibu. You taknak ikut?". Afra melangkahkan kakinya semakin mendekati kedudukan Jibril.

"Taknak. I tak suka berkelah dekat pantai. Habis berpasir seluar I nanti".

"Okay la kalau macam tu. Terima kasih tau. I masuk tidur dulu, you jangan tidur lewat sangat. I minta maaf tau untuk salah silap I harini. Salam?". Dia pergi ke sisi Jibril dan tangannya dihulur. Rutinnya sejak beberapa hari yang lalu.

Baru lah Jibril mulai fokus kepada isteri kecilnya itu. Setiap kali Afra berkata sedekimian, setiap kali tu la dia akan berasa lembut hati. He feels like he wanna cherish his little wife a lot.

Jibril tersenyum kecil sebelum membalas, "I maafkan. You pergi lah tidur dulu, nanti I masuk. Don't miss me". Dan mengakhiri kata-katanya dengan sebuah kenyitan.

"Takde masa I nak rindu you". Sempat lagi Afra melontarkan jelingan tajam kepada Jibril. Poyo betul lah jantan ni, nak kenyit-kenyit mata pula! Ingat dia handsome sangat ke? Tapi, memang handsome pun. Kalau botak tengah, takde la pulak Afra nak kahwin dengan si dia ni.

"Aip, tadi baru je minta maaf".

"Ish! I tidur dulu la. Byebye, see you never!".

🐛

"SELAMAT pagi, teman-teman ku sekalian. Macam mana perasaan anda masih ada berbaki satu sem lagi bersama saya? Adakah puan-puan gembira? Hehehehe". Afra gelak jahat seraya memautkan kedua lengannya ke atas bahu Ana dan Alia. Teman sejati berbeza umur. Ni kes kena repeat sem ni sebenarnya. Sebab tu boleh end up berkawan dengan Afra ni.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now