27- Sunflower

413 20 0
                                    

"AWAK buat apa kat sini?". Soal Imran kepada figura yang sudah berdiri selama lebih daripada 3 minit di sampingnya itu. Pelik juga dia, macam mana perempuan ni boleh muncul secara tiba-tiba dekat tepi dia ni. Dah la dia sedang berada di hospital menemani Jibril yang sekarang ini sedang melawat Afra di dalam wad sana. Macam mana perempuan ni tahu yang dia sedang berada di sini?

"Saya risaukan awak". Perlahan sahaja wanita itu menjawab. Tertunduk kepalanya. Malu + malu + takut dengan Imran.

"Bercakap tu kalau tengok saya boleh tak? Suara awak dah la perlahan". Tegur Imran, lembut. Tak boleh kasar-kasar. Buah hatinya ini suka merajuk + menangis. Perempuan kan hati tisu. Betul tak? Eh jap, buah hati?

"Saya cuma risaukan awak. Saya tengok status WhatsApp awak tadi. Awak ada dekat hospital. Saya cepat-cepat la datang ke sini. Saya ingatkan awak sakit". Terang wanita itu panjang tanpa gagap sedikitpun. Wajahnya diangkat sedikit untuk bertentang mata dengan Imran.

"It is currently 3 am and you're driving alone, Mariam? Sekalipun awak risaukan saya, fikir lah keselamatan awak dulu". Suara Imran semakin tegas. Dia bukan marah, dia cuma nak nasihatkan Mariam. Dia tak nak wanita itu bahayakan diri sendiri hanya kerana dia.

"Lagipun awak buat apa tak tidur lagi?".

"Saya... Saya tak boleh tidur. Awak jangan lah marah saya, Imran. Saya datang dengan adik lelaki saya la". Matanya menahan daripada mengalirkan airnya. Kan dah kata, Mariam ni manja. Pantang di marah sedikit. Anak perempuan bongsu lah katakan.

"Selalu nangis". Ucap Imran dengan wajah mendatarnya. Sehelai tisu dihulurkan buat gadis kesayangan.

"Saya tak apa-apa la. Awak tak payah risau. Saya teman Ed je. Isteri dia masuk hospital".

Cemas Mariam dibuatnya apabila kata-kata Imran itu menyapa gegendang telinga.

"Afra masuk hospital? Kenapa dengan dia?". Soal, Mariam. Cukup merisaui wanita yang baru sahaja menjadi kawannya beberapa hari atau minggu lepas itu.

Soalan itu tidak dijawab malah Imran tetap berdiam diri sehingga berkerut dahi Mariam. Yela, orang tanya elok-elok, taknak jawab. Orang tengah risau ni tau! Boleh pula dia buat tak tahu pula. Hempuk kepala ni kang. Nasib baik lah sayang.

"Orang tanya, taknak jawab pula". Mariam mengomel perlahan. Berharap agar Imran tidak dengar tapi dalam masa yang sama dengar. Ha, faham tak? Complicated kan perempuan ni? Memang pun.

"Awak balik ya, Mariam? Nanti keluarga awak risau". Ujar Imran secara tiba-tiba. Ini bukan keluarga dia je yang risau ni, Imran pun risau hehehe. Takut juga dia jikalau terjadi apa-apa kepada anak dara orang ni. Dah la wanita itu datang ke hospital yang agak jauh daripada rumahnya ini kerana lelaki itu.

"Awak taknak saya teman awak?".

"Takpe".

"Betul ni?". Soal Mariam lagi untuk kepastian terakhirnya.

"Iya, Mariam. Awak balik dulu. Nanti tengahari sikit boleh datang lagi, melawat Afra. Nanti keluarga Jibril nak datang pula". Jelas Imran. Bukan niatnya ingin menghalau.

"Okay lah kalau macam tu. Awak pun nanti balik tau. Jumpa awak tengahari nanti". Mariam tersenyum manis segaris untuk lelaki itu.

"Hm".

"Assalamualaikum, Imran".

"Waalaikumussalam".

Imran kemudiannya menghantar pemergian wanita itu dengan ekor matanya sahaja. Dalam hati sudah seperti mahu melompat-lompat apabila melihat betapa cantiknya buat hatinya itu. Pukul 3 pagi pun boleh cantik macam tu. Haih... Hati seorang Ali Imran sesungguhnya tidak kuat!

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now