7- Beach & You

587 26 0
                                    

KERETA dipandu sederhana perlahan oleh Jibril. Bukannya tidak mahu ditambah kelajuan, namun dia mementingkan pretty princess yang dia bawa ni. Sebab tadinya dah kena bebel. Puas dijeling oleh Afra, akhirnya Jibril terpaksa akur. Kalau tidak nanti, Afra merajuk 18 000 tahun.

Ni kalau Afra takde ni, mahunya dia pecut macam tengah bawa F1. Nama je kerja berpendidikan tinggi tapi kalau dah bawa kereta tu, macam orang takde ilmu pun ada. Oops! Maap bang jago, terkutuk awak pulaknya.

"You pakai segak-segak ni... nak pergi mana?". Afra menilik setiap satu bersatu pakaian yang dipilih sendiri oleh Jibril itu. Sehelai tshirt polo berwarna hitam, white slack and his silver Fossil.

Jibril diam.

Haih, ini pelik ni?

"Edirne Jibril, saya tanya awak ni. Awak nak pergi mana?". Afra bertanya sekali lagi. Geram la dengan Jibril ni, orang tanya taknak jawab!

Ingatkan nak dibuka la mulut tu kan... alih-alih dia diam lagi. Eh apa dia ingat Afra ni patung cendana ke? Tahu la isteri ni cantik, tak payah la buat tak dengar macam tu. Satgi Allah hilangkan nikmat pendengaran tu kan, baru tahu.

"Are you cheating on me?". Amek kau! Dah mula dah perangai setiap wanita di atas muka bumi ini. Apedie? Ha namanya O.V.E.R.T.H.I.N.K.I.N.G. Afra sekarang sedang meruncingkan matanya, menatap Jibril sambil bertanyakan soalan maut itu. Ya, Afra sedang mengalami sindrom itu.

Dengar sahaja soalan itu keluar daripada mulut isteri kecilnya, baru lah Jibril mengalihkan pandangannya sekilas ke arah Afra. Sekilas je la. Kang kalau pandang 20 minit kang, terbabas kereta kawan tu.

"Kenapa? You rasa I handsome ke harini?". Tanpa disangka oleh sesiapa pun even makcik sebelah rumah dia sekalipun, Jibril mengambil tangan isterinya. Dia genggam lalu bersama-sama dengan tangannya mengawal handgear kereta itu.

Giliran Afra pula terdiam.

"Hm? Tell me. Atau you jealous? You takut I keluar dengan perempuan lain ya?". Tangan kanan Afra yang digenggam itu diusap perlahan membuatkan Afra betul-betul menjadi patung cendana dengan situ.

"Jangan risau, Naila. I don't do cheating. Im loyal even this marriage isn't what I actually want but trust me, Im loyal". Dia ulang ayat Afra.

'This marriage isn't what I actually want'.

Jibril ulang ayat yang pernah Naila ucapkan di malam pertama selepas selesai akad nikah mereka. Kan dah kata, Jibril ni akan ingat setiap bait bicara isterinya itu.

"... even if you tak cintakan I and I tak cintakan you sekalipun, Jibril you ni ialah seseorang yang setia. Do you get it pretty princess?". Kata-kata dia... Kata-kata Jibril sebetulnya menyentuh hati Afra. Ini bukanlah luahan perasaan cinta, namun dia tersentuh. Dia suka dengan kata-kata Jibril yang satu ini. Pure.

" Pretty princess? Faham tak?". Afra angguk sekali namun Jibril tidak sempat melihatnya, membuatkan si suami bertanyakan soalan yang sama buat kali kedua dengan struktur yang agak berbeza,

"My pretty princess? Kenapa diam ni? You marah ke? Ala, I nak pergi brunch ajela dengan Danish, Zhariff and Imran. Tak boleh ke? Kalau tak boleh, I ikut you pergi berkelah dengan Amir". KENAPA JIBRIL JADI BAIK SANGAT HARINI? ISH! TAK JADI AFRA NAK MERAJUK.

"Pergi la".

"Sure? You don't seems to be okay with it".

"Mestilah tak okay, you reject I untuk mereka bertiga kut...". Perlahan sahaja Afra menuturkan kata-kata tu. Berharap la yang Jibril si telinga lintah ni tak dengar. Haih... bagai tikus membaiki labu sahaja usaha Afra itu.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now