28- Bahagia

367 22 0
                                    

"AFRA macam mana? Dah sihat sikit? Doktor cakap apa, sayang? Mama risau sebenarnya ni". Soalan demi soalan dilontarkan oleh Puan Aliyah. Dia begitu risau sejurus sahaja mendapat berita yang menantunya yang seorang ini dimasukkan ke hospital. Niatnya ingin datang melawat malam tadi tetapi ditegah oleh Encik Hayat. Katanya, Afra perlukan rehat yang cukup. Akhirnya, Puan Aliyah akur dan sampai di hospital pada pukul 8.00 pagi tadi.

"Macam ni la, ma. Afra daripada semalam, makan lepastu tidur. Lepastu makan balik then tidur balik. Afra bosan la, mama". Afra memegang tangan Puan Aliyah yang sedang duduk di sisinya itu. Encik Hayat kelihatan sedang duduk di atas sofa yang terletak berdekatan dengan tingkap bilik tersebut.

"Ish, duduk hospital memang la bosan. Siapa suruh Afra nakal sangat". Puan Aliyah berseloroh seraya ketawa kecil.

"Afra nak balik dengan mama and papa nanti boleh?". Pujuk Afra. Dia nak balik cepat-cepat walhal tarikh keluarnya adalah pada esok hari. Bosan lah katakan. Dekat hospital, boleh buat ape je kan?

"Eh, mana boleh Kak Afra. Nanti Abang Ed marah la". Eka tampil melarang kerana tadinya sebelum Jibril keluar untuk menyelesaikan hal kolejnya, dia sudah berpesan kepada keluarganya agar tidak membawa Afra keluar daripada wad itu. Dalam erti kata lain, tak boleh balik awal.

"Ala... Boleh lah. Abang Ed marah sikit je kan? Kan Ekal kan?". Kalini Afra cuba untuk mendapat sokongan Ekal pula. Remaja lelaki itu kelihatan sedang berkerut-kerut dahinya. Entah mahu bersetuju ataupun tidak dengan kata-kata kakak iparnya itu.

"No, no, no. Nanti kalau akak sakit lagi, Ekal yang kena marah. Ala, Kak Afra duduk jela dalam wad ni. Lagi sehariiiii je. Lepastu kita balik rumah mama. Baru lah boleh akak spend time dengan Ekal. Kan mama kan?". Lengan Puan Aliyah dipeluk oleh remaja lelaki itu.

" Betul lah tu apa yang Ekal cakap, Afra. Kamu tu belum sihat sepenuhnya lagi. Nanti Ed marah dekat kitorang semua sebab culik isteri dia". Puan Aliyah ketawa lagi. Tangannya setia mengusap lembut tangan kiri Afra. Wanita itu perlukan kasih sayangnya.

"Ala mama ni... Taknak backup Afra langsung kan?". Afra mencebik. Tubuhnya dipeluk. Acah-acah nak merajuk lah tu.

"Lain kali mama backup Afra. Kalini tak boleh, mama takut Ed marah. Jangan lah merajuk dengan mama ye, sayang?". Puan Aliyah mencubit lembut pipi Afra yang menggemaskan itu. Geram dengan menantunya yang terlebih comel ini!

"Yela yela, Afra tak merajuk. Tapi Afra ada permintaan untuk mama, papa, Eka dan Ekal tunaikan hehehehe". Afra tersenyum 'jahat'.

"Aik, papa sekali kena?". Encik Hayat yang sedari tadi hanya menjadi pendengar itu, lantas bersuara mempertahankan dirinya yang dianggap tidak bersalah itu.

"Yela, papa sekali".

"Permintaan apetu, akak?". Tanya Eka bersemangat.

"Afra nak.... makan kimchi stew boleh? Dah lama Afra rasa nak makan... Eka masakkan untuk akak boleh?".

"Kak, setakat kimchi stew tu... Bermangkuk-mangkuk lah Eka boleh masak. No hal lah kak. Nanti ni Eka balik, Eka suruh papa singgah pasaraya kejap, lepastu mama kena teman Eka beli barang...". Jarinya ditundingkan ke arah Puan Aliyah.

"Yelah, sayang".

"Aku... Aku kena buat apa?". Soal Ekal seolah tidak puas hati. Dia juga ingin contribute dalam 'aktiviti' menunaikan permintaan kakak iparnya ini.

"Kau tolong pegang bakul nanti, boleh?".

"Hm, boleh lah daripada takde kerja kan?". Berserah sahaja Ekal dibuatnya. Mana taknya, kerja pegang bakul tu ialah kerja paling senang baginya. Macam tak buat apa-apa pun ada.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now