59

2.6K 94 0
                                    

" Hanis, nak balik dah? " soal Puan Bazirah, isteri kepada Pak Adam Bilal. Hanis cuma senyum dan mengangguk. 

" Balik naik apa ni? Tadi datang naik apa? " soal Puan Bazirah lagi. 

" Naik motor " 

" Ohh, nak Paan temankan ke? " 

Kini Hanis menggeleng. 

" Tak apalah. Dia pun penat tu. Boleh je balik sorang " balas Hanis. Puan Bazirah akur sahaja. Lagipun memang boleh nampak yang Farhan itu kepenatan. Hanis terus menyalamnya sebelum melangkah menuju ke motor. 

Enjin motor dihidupkan dan Hanis memanjat motornya. Kemudian memecut motornya kembali pulang ke rumah Haji Derawi. Dia terpaksa lalu jalan jauh kerana ada pokok tumbang siang tadi akibat ribut petir. 

Semasa memandu melintasi ladang kelapa sawit, Hanis melihat ke cermin sisi. Ada sebuah kereta seakan mengekorinya sedari tadi. Hanis melajukan lagi pemanduannya sehinggalah kereta tersebut memecut juga dan semakin menghimpitnya ke tepi. Motor yang dipandu oleh Hanis yang berbaju kurung terhuyung hayang. Lama sedikit, dia terjatuh ke tepi ladang kelapa sawit itu. 

Pemandu kereta tersebut berpakaian baju serba hitam dari atas hingga ke bawah. Pemandu tersebut cuba mendekati Hanis. Terus tangan pemandu kereta tersebut melelar tangannya. Hanis menepis dan menolak kuat. Dengan kain baju kurungnya.

Lelaki itu merengus kasar lalu membaling sesuatu yang keras tepat mengenai kepala Hanis. Kepala batu Hanis berpinar. Tangan dibawa ke kepala yang bertudung memegang sekejap menahan sakit.

Lelaki tersebut kemudiannya membawa kain sapu tangan dan menekup mulut dan hidung Hanis. Hanis meronta-ronta meminta dilepaskan sehingga akhirnya dia terkulai tidak sedarkan diri.

Adam membuka topinya. Dia menghidu bau badan Hanis. Kemudian dia mencempung badan Hanis dibawa masuk ke dalam kereta. Kereta bergerak laju menuju ke sebuah rumah sewa di hujung kampung.

Hanis dibawa masuk ke dalam rumah sewa tersebut. Dibaringkan di atas sofa yang tersedia di ruang tamu rumah sewa tersebut.

Perlahan-lahan Hanis membuka matanya. Dia perasan tangan dan kakinya diikat. Hanis melihat lelaki yang menculiknya itu tidak berbaju dan sekadar berseluar. Boleh dilihat dari belakang ada kesan parut pada badannya. Panjang.

" Kau dah sedar? " soalnya. Hanis cuba untuk membangunkan dirinya.

" Kau nak apa dari aku? " soal Hanis garang. Lelaki itu ketawa sinis.

" Leftenan Hanis, you know me well right? "

Lelaki itu berpusing menghadap Hanis dan mata Hanis membulat besar. Terkejut.

" Leftenan Adam? " soal Hanis sungguh terkejut. Adam senyum sinis. Kaki diatur langkah mendekati Hanis. Hanis bergerak ke belakang sedikit dan akhirnya belakang badannya bercium dengan permukaan sofa.

Adam menurunkan wajahnya dan menghidu bau Hanis. Hanis menghantukkan kepalanya pada kepala Adam dan lelaki itu terjerit sikit tanda sakit.

" Arghhhhhh!!!!! " Hanis menjerit kuat. Tanda meminta tolong.

" Diam lah sial! " Adam terus mencekik kuat leher Hanis. Direntapnya tudung bawal yang dipakai Hanis dan dicampak jauh mendedahkan rambut Hanis.

Adam kemudiannya terus mencium leher Hanis rakus. Tangan Hanis dibelakang meronta ronta meminta untuk dilepaskan. Terus Hanis menggigit telinga Adam. Sehingga berdarah. Betapa kuatnya gigitan Hanis.

Adam terus menampar pipi Hanis kuat. Terteleng kepala Hanis ke tepi. Mata Hanis kembali kabur dan kepalanya pening.

" Sakit lah bodoh! " Adam memegang telinga sakit. Dia mendengus kasar dan terus mencapai baju kurung Hanis untuk ditarik ke atas sebelum pintu rumah kayu tersebut ditendang kasar oleh seseorang.

WASIATDonde viven las historias. Descúbrelo ahora