65

3.1K 118 0
                                    

Pang!!

Terteleng ke kiri kepala Hanis. Kedengaran suara Adam tergelak kuat. 

" Kau cabar aku?! Mana anak kau, sial!!! " tengking Adam kuat. Hanis tidak memberi apa-apa reaksi. Sebaliknya cuma merenung tajam mata psiko Adam. 

" Aku dah menyampah dengan kau!! " terus Adam menarik Hanis dengan kasar lalu ditekupnya mulut Hanis. 

" Erm! Erm!! Erm! " Hanis meronta meminta dilepaskan. Pistol diacukan tepat kepala Hanis. 

" Aku kena tuntut apa yang telah dijanjikan. Bapak kau, dah bagi kau dekat aku. Aku dah pernah buat deal, kalau kau bagi anak kau, aku takkan kacau kau. Tapi kau ni memang tak nyawa. " kata-kata Adam itu hanya didengari oleh Hanis. Adam mencekik leher Hanis kuat menggunakan lengan sasanya sambil menarik Hanis menuju ke kereta. 

Hanis masih meronta cuba untuk melepaskan diri tetapi Adam menarik Hanis kasar sebelum membuka pintu kereta. Namun semasa Adam leka sekejap, Hanis menendang Adam menggunakan tumitnya. Di celah kelengkang Adam. Adam mengerang kesakitan. 

Percayalah, tempat kelemahan lelaki itu sahaja. Hanis terjatuh ke atas jalan tar. Terbatuk-batuk menahan perit akibat dicekik. Membataskan segala pergerakannya. 

" Kurang ajar!! " Adam mengangkat tangannya untuk mencederakan Hanis tetapi,

Bangg!

Adam ditembak tepat di bahu kanannya oleh Zakri. Zakri terus berlari keluar cuba mendapatkan isterinya tetapi Adam yang sedang menggelegak darahnya terus menumbuk Zakri kuat. 

" Sial! Macam mana kau boleh ada dekat sini?! " Adam menyumpah seranah si Zakri. Zakri terus menyerang Adam. Menghentakkan pistolnya pada leher Adam tetapi Adam sempat mengelak.  Mereka berdua berlaga kekuatan.

" Hanis! Kau memang tak guna! Aku dah pesan datang sorang lah, sial! " maki Adam lagi. 

" Believe it or not. She is my teammates. She being here, under my command! " Zakri menjawabkan bagi pihak Hanis. Hanis masih lagi menahan perit di kerongkongnya. Sempat pula pakej muntah di situ. Tetapi Hanis segera bangun dan cuba melarikan diri. 

Zakri dan Adam kini sedang bertumbuk. Adam menghentakkan tengkuk Zakri. Zakri kemudian terus menyerang Adam dan bergelut dengannya. Kemudian dengan segera memberikan head lock sekaligus dengan pakej arm bar. 

Sedang Hanis berlari untuk menuju ke kawasan yang diarahkan oleh Zakri dalam strategi hari ini, tiba-tiba 

" Arghh!! "

" Hanis! "

" Zack! "

Zakri ditikam oleh Adam menggunakan dagger di bahagian perut. Zakri menahan sakitnya lalu dengan segera mencabut dagger itu dari perutnya sebelum menerkam si Adam. Ditikamnya Adam pula.

" Arghhh!! " Kini Adam pula yang menjerit kuat.

Hanis terjatuh rebah ke atas jalan tar. Kepalanya mengeluarkan cecair merah yang pekat. Banyak. 

" Casper, Snoppy, help Helang. Kentang, Judo. Help Leo, now! Jebat, stay in position. Shoot to kill if you must "

Mendengarkan arahan daripada Arif, dengan segera Leftenan Muhammad dan Sarjan Iqram berlari mendapatkan Hanis yang terkulai lemah. Tetapi mereka ditahan oleh seorang lelaki yang sedang memegang sebatang besi. Leftenan Muhammad terus berlawan dengan lelaki tersebut manakala Sarjan Iqram segera mendapatkan Hanis.

" Zaquan...." itulah ayat terakhir yang keluar daripada mulut Hanis sebelum memejamkan mata tidak sedarkan diri. 

Bayonet yang ditikam oleh Zakri diputarkan. Adam menjerit kuat sebelum kakinya lemah dan terkulai jatuh ke belakang. Dan tepat itu juga,

WASIATWhere stories live. Discover now