21

2.8K 93 2
                                    

" Err, Zack. Ni Farhan. Anak Pak Adam Bilal. Orang kampung panggil dia Paan. Paan, ni suami kakak aku. Zakri " Rizwan mengenalkan mereka berdua apabila suasana tiba-tiba kekok.

Zakri kemudiannya tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Disambut baik oleh Farhan dan mereka berdua bertukar salam.

" Eh Mirah. Kau tak bagi tahu pun kau dah kahwin kan? Tahu-tahu je Tok Derawi panggil katanya buat kenduri kahwin kau " tegur Farhan ramah. Hanis tersenyum dan menunduk. Suasana senyap seketika apabila Hanis tidak menjawab.

Tiba-tiba, kesunyian pecah apabila telefon Zakri berbunyi lagi tanda ada panggilan masuk. Zakri melihat nama pemanggilnya sebelum dia menarik nafas panjang.

" Sayang, saya jawab call kejap " pinta Zakri. Hanis mengangguk sebelum Zakri tersenyum kepadanya dan turun dari motor bergerak menuju ke tepi padang untuk menjawab panggilan.

" Wan, jomlah bola " ajak Farhan. Rizwan berfikir seketika. Apabila beberapa budak memanggilnya, Rizwan bersetuju. Rizwan agak terkenal juga di kampung itu kerana skill bermain bolanya. 

Tinggallah Hanis bersama Farhan. Suasana agak kekok antara mereka berdua. Farhan kemudiannya mula membelek motor Rizwan.

" Wahh, ni motor Rizwan? Fuhh gempak " kata Farhan cuba memecah sunyi.

" Dia memang suka motor ribut macam ni dari dulu lagi " jawab Hanis. Farhan tersenyum lalu memanjat motor Rizwan.

" Kau bahagia dengan dia? " soal Farhan tiba-tiba. Hanis mengambil masa yang lama untuk menjawab.

" Kenapa kau tanya? " soal Hanis semula. Farhan tersenyum dan menunduk.

" Takkan aku nak biar je tengok kalau kau tak bahagia dengan dia " balas Farhan tergelak kecil. Hanis diam sahaja. Farhan menarik nafas dalam sebelum memandang Hanis. 

" Kau pernah bahagia dengan aku dan kebahagiaan kau musnah sebab aku. Aku tak sanggup nak biar kau terus tak bahagia " perlahan Farhan berkata. 

" Kau tak payah risau. Aku bahagia dengan dia. Dia mampu untuk buat aku bahagia. Lebih mampu dari apa yang kau expect " jawab Hanis. Farhan tersenyum lagi dan mengangguk kecil. 

" Suami kau kerja apa? " soal Farhan.

" Tentera " jawab Hanis mudah. Farhan mengangguk faham. Hanis dikelilingi oleh komuniti tentera dan dirinya sendiri juga tentera. Sudah pasti boleh dapat jodoh tentera juga. 

" Amirah, kau masih berdendam aku ke? " soal Farhan.

" Paan, cerita kita 7 tahun dah berlalu. Aku dengan kau dah tak ada apa-apa kan? " balas Hanis. Farhan mengangkat tangan tanda mengalah.

" Okay, aku minta maaf. Aku takde niat pun... "

" Hanis " tegur Zakri tiba-tiba memotong ayat Farhan. Hanis tersenyum kepada Zakri.

" Siapa call? " soal Hanis. Zakri mendekatkan mulutnya kepada telinga Hanis yang dilitupi tudung sarung.

" Alpha Two " bisik Zakri kepada Hanis. Terbeliak mata Hanis. Zakri kemudiannya bergerak untuk memanjat motor tetapi Hanis sempat menahan lengannya.

" Kenapa? " soal Hanis ingin tahu. Zakri tidak menjawab dan sekadar membuat muka seposen. Hanis mengerutkan keningnya dan Zakri tertawa kecil.

" Takde apa lah. Diorang tanya pasal training je. Jangan risau, Hanis Amirah " balas Zakri. Hanis tersenyum dan kemudian menahan mukanya kerana mereka sedang diperhatikan oleh Farhan.

" Rizwan main bola ke? " soal Zakri teruja melihat ramai remaja dan lelaki di kampung itu bermain bola bersama-sama dan kelihatan Rizwan sedang mengelecek bola. Hanis mengangguk.

WASIATحيث تعيش القصص. اكتشف الآن