20

3.4K 111 2
                                    

Untuk menunaikan solat maghrib, mereka pulang semula ke resort. Zakri menunggu Hanis yang sedang mandi. Zakri sekadar berseluar sahaja tidak berbaju. Dia buka bajunya tadi kerana panas.

Selesai mandi, Hanis memakai shower coat yang disediakan oleh pihak resort tersebut. Mendengarkan Hanis yang sudah selesai mandi, Zakri berjalan masuk ke dalam bilik mandi. Bilik mandi tersebut tidak berkunci. Hanis sedang memakai skin carenya. Zakri mendekatinya dan menghidu belakang leher Hanis.

" Awak! Saya dah ambil wudhu lah! " marah Hanis. Zakri ketawa dan membuat tidak kisah.

Zakri mengucup pipi Hanis dan memeluk Hanis.

" Wanginya " puji Zakri. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri melalui cermin.

" Dahlah pergi mandi. Nak solat ni " kata Hanis. Zakri ketawa dan melepaskan pelukan. Dia berjalan masuk ke dalam kawasan shower.

Hanis pula kembali mengambil wudhu. Selesai mengambil wudhu, dia mencari pakaiannya untuk dipakai. Terus dia menyarung telekung dan menunggu Zakri. Selesai Zakri siap mandi dan berwudhu, Zakri pakai t-shirt dan seluarnya.

Mereka solat bersama-sama. Usai solat, Zakri membantu melipatkan sejadah. Hanis memang membawa sejadah lebih. Di resort tersebut juga menyediakan sejadah.

Hanis pula melipat telekungnya. Zakri membuka baju t-shirtnya dahulu sebelum terbaring di atas katil. Dia mengambil telefonnya dan menelefon Arif.

" Assalamualaikum "

" Waalaikumussalam. Ye Kapten Zakri "

" Dia macam mana? "

" Baru je balik kem tadi. Siasatan still ongoing. Rizwan punya X-Ray scan pun takde apa-apa masalah. Alhamdulillah lah adik ipar kau tu badan besi "

" Siasatan dapat apa-apa hint? "

" Setakat ni kita masih tak pasti Tengku Firdaus ada contact dengan mana-mana gangster. Tapi siasatan masih berjalan. Jangan risau "

" Kau sebut je nama aku. Cakap siasatan tu arahan aku. Laju lah tu nanti "

" Takpayah sebut nama kau pun takpe. Diorang sendiri tahu Rizwan tu adik siapa. Anak siapa. Adik ipar siapa "

Zakri tergelak.

" Yelah, apa apa hal, bagitahu aku "

" Okay. Selamat berbulan madu "

" Terima kasih. Assalamualaikum "

Panggilan ditamatkan.

" Siasatan apa? " soal Hanis lalu duduk di sebelah kepala Zakri.

" Ada pegawai injured " jawab Zakri. Hanis hanya mengangguk faham. Malas mahu bertanya lebih. Zakri kemudiannya bergolek dan menyembamkan mukanya di peha Hanis. Dia memeluk Hanis.

" Awak ni manja lah " kata Hanis. Dia membiarkan sahaja Zakri begitu.

" You are my dear. Saya manja dengan awak je " jawab Zakri lalu mencium perut Hanis. Hanis mengusap perutnya malu.

WASIATWhere stories live. Discover now