53

2.7K 121 7
                                    

" What did she meant by awak jadi kambing hitam untuk saya? " perlahan Hanis menyoal. Dikerling sekejap Aysar yang masih tidur. Rasanya kalau gempa bumi pun, susah nak sedar anaknya ni.

Zakri senyap. Lidahnya kelu, tak mampu nak mengeluarkan kata-kata.

" Eh jawablah! " kini Hanis menolak Zakri ke belakang. Suaminya itu berundur ke belakang beberapa tapak. Terserlah wajah kebuntuan pada raut wajah lelaki itu.

" Okay. No answer? Abah! Haha Komander Malik. Your explanation, now! "

" Kak, benda boleh bincang baik-baik kan? " pujuk Rizwan. 

" Kau diamlah! " 

" Kau jangan nak kurang ajar dengan abah boleh? Abah tu abah kita. Bapa kau. Dengan Zack pun, kau jangan nak kurang ajar. Dia tu suami kau. Syurga kau ada dengan dia! " Rizwan memarahi kakaknya. Geram dengan tindakan kakaknya itu. 

" Wahhh kau nak ceramah aku? Mentang-mentanglah kau tu anak kesayangan Komander, anak lelaki kegemaran, kesayangan intan payung semua lah kan " Hanis seakan memerli adiknya itu. 

" Kau ni kenapa kak? Kau tak payah nak mengarut lah. Aku tegur-tegur kau bukan sebab aku anak kesayangan ke apa tapi sebab tindakan kau tu salah " 

" Heh! Kau pernah ada tak dekat tempat aku? Kau pernah rasa apa yang aku rasa? Eh selama ni orang tua ni tak pernah anggap aku macam anak! Aku rasa macam anak pungut, menumpang je dekat rumah besar tu! " 

" Hanis Amirah, jangan kurang ajar dengan orang, boleh tak? " keras suara Zakri menegur. 

" Okay. Now explain to me. Kenapa awak kambing hitam saya? " 

" Tak ada apa-apa, sayang. Ibu biasalah. Awak tahu kan perangai dia? " Zakri menipu. Berkali-kali juga memandang Malik yang seakan-akan kelu untuk berkata-kata. 

" Sebab saya tahu lah, saya tanya awak. Ibu takkan cakap kalau tak ada base rumour. Now, anybody. Explain to me!

Semua senyap. Tak mampu nak berkata-kata. Tiada siapa bersuara. 

" Mama, you know kan? Mama pun tahu apa yang jadi kan? Bagitahu Hanis ma. Please " rayu Hanis. Namun Hawa juga tak mampu nak bersuara. Kenyataan sebenar terlalu pahit untuk diterima Hanis. 

" Kenapa eh? Kenapa semua orang buat saya macam ni? " Hanis terus mengambil Aysar dari dalam babycot lalu melangkah naik ke atas. Menuju ke tingkat paling atas. 

" Ma, bah. Duduklah dulu. Rizwan, Hayfa. Saya naik sekejap tengok Hanis " Zakri meminta diri lalu melangkah naik ke atas juga mencari Hanis. Malik dan Hawa duduk di sofa di ruang tamu. 

" Bah, apa yang jadi ni? Kenapa Cik Syu tuduh kak Hanis macam tu? " soal Rizwan serius. 

" Sudahlah. Wan tak perlu tahu " balas Malik kasar. Keras sahaja suaranya. 

Zakri melangkah naik ke atas mencari isterinya. Kelihatan Hanis sedang termenung sambil mendukung anaknya di bahu. Termenung melihat pemandangan sekitar kawasan taman tersebut. 

" Dear " tegur Zakri lalu mengusap pipi anak lelakinya yang montel itu. Zakri mengambil Aysar dari dukungan Hanis. Hanis membiarkan sahaja Zakri mendukungnya. Kemudian Hanis berlalu meninggalkan Zakri. 

" Sayang " tahan Zakri. Hanis berhenti lalu memandang Zakri. 

" Stay with me

Hanis kembali mendekati Zakri. Mengusap perlahan lengan anaknya. 

" Awak dukunglah balik. Saya risau nak dukung lama-lama " Zakri memberikan semula Aysar kepada Hanis. Biarlah mak dia yang dukung. Zakri sebenarnya sedikit gerun nak dukung anak kecil lama-lama. 

WASIATWhere stories live. Discover now