16

2.7K 101 3
                                    

" Zack " panggil Hanis.

" Ye sayang? " balas Zakri.

" Saya ada belikan hadiah untuk ibu dengan adik. Saya tak sempat nak bagi " beritahu Hanis.

" Belum bagi, awak dah pengsan. Macam mana tu? " balas Zakri sengaja mengusik. Hanis menggaru kepalanya.

" Dear, cuba cerita betul-betul. Apa yang jadi sebenarnya? Macam mana awak boleh tiba-tiba jadi macam ni? Nak kata awak ada masalah apa-apa, awak anggota tentera. Dan saya tak rasa awak buat semua benda tu " soal Zakri sambil memegang tangan Hanis.

" Saya pun tak tahu. Saya... "

Belum sempat Hanis menghabiskan ayatnya, beberapa pegawai tentera masuk ke dalam bilik tersebut. Leftenan Kolonel Izzat, Mejar Hassan, Kapten Arif dan Kapten Faris serta beberapa pegawai lain.

" Kapten Zakri, Kapten Hanis. Izinkan kami membuat rakaman untuk siasatan kes ni " pinta Mejar Hassan. Zakri mengangguk membenarkan. Hanis pula terkebil-kebil tidak faham namun Zakri berbisik menerangkan sedikit kepadanya. Hanis kemudiannya mengangguk. Otak masih loading.

" Kapten Hanis, boleh jelaskan apa-apa sahaja yang awak ingat semasa kejadian ni berlaku " pinta Leftenan Kolonel Izzat.

" Saya tak pasti apa punca saya jadi macam ni. Saya balik rumah dari berbelanja barang dan saya masuk ke bilik. Lepas je saya tutup pintu, tiba-tiba saya rasa makin gelap je pandangan dan terus saya tak nampak apa-apa. Saya rasa mungkin saya dah tak sedarkan diri "

Semua mendengar dengan teliti apa yang Hanis katakan. Recorder juga ada merakam wajah Hanis menjelaskan perkara tersebut.

" Saya ada juga perasan, masa saya tengah drive on the way balik ke rumah saya, saya rasa pening dan mual-mual "

" Kapten Hanis, ujian substances menunjukkan keputusan kehadiran potassium dalam badan awak " beritahu Leftenan Kolonel Izzat.

Hanis jelas terkejut. Dia langsung tidak mengambil apa-apa ubat ataupun dadah. Dia sangat sihat dan sekiranya dia mengambil dadah sekalipun, dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Tidak mungkin dia akan berbuat begitu.

Hanis cuba mengingati segala perkara yang berlaku hari itu dari pagi.

" Baru saya ingat. Semasa di mall, lepas sahaja saya selesai beli barangan yang saya cari, saya nak cari mama dan mak mentua saya. Saya nak call mama saya tapi masa saya tengok telefon tu, ada seorang perempuan terlanggar saya dan masa dia langgar tu, dapat rasa saya macam kena cucuk di bahagian berdekatan bahu "

Pemberitahuan itu membuatkan Zakri terkejut. Wajahnya sudah bertukar garang.

Kapten Faris mengeluarkan kanta pembesar dan meminta Zakri untuk memeriksa kawasan lengan yang dicucuk seperti yang dinyatakan Hanis. Zakri melihatnya dan ternyata betul. Ada kesan cucukan di situ.

" Kami syak, awak mungkin diserang menggunakan potassium. Kapten Hanis, perkara macam ni boleh berlaku lagi. Tolong berjaga-jaga. Untuk follow up siasatan, kami akan hubungi atau melawat awak lagi. Tolong jaga diri baik-baik " kata Leftenan Kolonel Izzat. Hanis mengangguk faham. Semua pegawai itu mengucapkan selamat pengantin baru kepada Hanis dan Zakri sebelum mereka keluar.

" Awak, kes macam ni besar ke? " soal Hanis tidak faham.

" Ye, ini boleh termasuk dalam kes percubaan membunuh anggota tentera " kata Zakri.

" Tapi kan masa jadi tu diluar waktu bekerja " balas Hanis. Zakri tidak menjawab. Belum sampai masa untuk Hanis tahu. Tetapi dia akan berjanji dengan diri sendiri untuk menjaga Hanis sebaik mungkin yang dia boleh.

WASIATDove le storie prendono vita. Scoprilo ora