39

2.6K 87 3
                                    

Zakri lega apabila terlihat kereta Volvo merah Hanis terletak di perkarangan rumah Malik. Zakri melangkah masuk ke dalam rumah setelah membuka kunci rumah. 

" Sayang!!! " 

Zakri betul-betul terkejut apabila Hanis elok terkulai lemah di atas lantai. Zakri segera mendapatkan Hanis. Dipegangnya pipi yang berbekas merah akibat ditampar olehnya tadi. Zakri menggegarkan sedikit badan Hanis. Mengejutkan Hanis. 

" Hanis, bangun sayang " Zakri menggegarkan badan Hanis lagi. Zakri tidak tunggu lama lagi, terus mencempung Hanis dibawa masuk ke dalam keretanya. Zakri menutup dan mengunci pintu rumah Malik sebelum laju memecut menuju ke hospital. 

Hanis dibawa masuk ke kecemasan. Zakri meraup wajah dan meramas rambutnya ganas. 

" Sayang, abang minta maaf, sayang " bergetar suara Zakri. Doanya pada Hanis tak putus-putus. Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anak yang berada dalam kandungannya. 


-----------------


Perlahan-lahan Hanis membuka matanya. Hanis cuba melihat sekeliling. Pandangannya kabur. Matanya dikedipkan beberapa kali untuk mengembalikan pandangan jelas. 

" Sayang " 

Hanis menarik tangannya dari diggenggam oleh satu tangan kasar. 

" Saya dekat mana? " soal Hanis sambil tangannya memicit pelipis. 

" Hospital " jawab Zakri sepatah. Hanis langsung tidak memandang Zakri. 

" Sayang, awak okay ke? " soal Zakri. Tangannya mengusap perlahan peha Hanis. Hanis menolak tangannya dari mendekati Hanis. Hanis cuma mengangguk. 

" Saya okay " 

Zakri terdiam. Tak tahu nak kata apa. Hanis melihat ke meja sebelah. Ada sebotol air mineral kecil. Hanis mengambilnya lalu diteguk sedikit. 

" Sayang, saya minta maaf " ucap Zakri perlahan. Terserlah wajah bersalah pada mukanya. 

" Maaf. Saya susahkan awak. Takpelah, awak balik. Saya boleh jaga diri saya sendiri " 

Zakri memejamkan matanya sekejap sebelum kembali membuka matanya memandang wajah Hanis. Tangannya laju menangkap tangan Hanis lalu digenggamnya. 

" Takkan saya nak balik? Isteri saya dekat sini, saya kena lah jaga " kata Zakri. Hanis ukir senyum sinis. 

" Saya kan perempuan hina. Tak layak jadi isteri awak " 

" Saya tak pernah cakap awak perempuan hina "

" Awak dah lempang saya kan? Itu dah bermaksud, awak bela ibu. Sekaligus awak bersetuju dengan apa yang ibu cakap pasal saya. Saya memang perempuan hina " 

Zakri menarik nafas dalam. 

" Saya tak bermaksud macam tu. Saya betul-betul minta maaf. Saya sendiri tak sangka, tangan saya hinggap pada pipi awak "

Hanis menundukkan wajahnya. Menahan air mata dari keluar tetapi air matanya tidak segan mahu mengalir. 

" Sayang, saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya dah kasari awak " Zakri memegang pipi Hanis yang berbekas itu. Mengusap perlahan. Dia menarik Hanis ke dalam pelukannya. 

" Saya tak boleh terima, awak tuduh ibu saya macam tu. Saya tak boleh nak percaya. Dan kata-kata awak yang melampau, naikkan amarah saya. Saya minta maaf, sayang " perlahan Zakri mengusap kepala Hanis. 

" Awak kata, awak percayakan saya. Awak sentiasa sokong saya. Tapi.... " 

" Sebab yang awak tuduh tu, ibu saya, Hanis. Saya susah nak percaya " 

WASIATWhere stories live. Discover now