11

2.8K 110 3
                                    

" Siapa Kapten Arif? " soal Hanis. Zakri tersentak sedikit namun segera mengawal ekspresi mukanya.

" Ah. Kapten Arif. Pegawai baru dari Kem Iskandar, Mersing. Dia transfer ke sini juga " balas Zakri menjawab.

" Oh. Takde apa. Kenapa saya tak tahu apa-apa? " soal Hanis. Zakri sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Dia tumpang garaj kereta saya tau masalahnya " sambung Hanis lagi.

" Takpelah. Awak kan cuti sekarang ni.Dia tumpanglah sekejap. Nanti-nanti diorang buatkan lah garaj untuk Kapten Arif tu " jawab Zakri cuba menyedapkan hati Hanis.

" Tapi abah yang bagi arahan untuk letak kereta dia di situ. Awak pun tahu kan? Abah mana pernah masuk campur hal-hal remeh macam ni? " soal Hanis pelik.

" Mungkin masa lapor diri tu, Kapten Arif ada tanya abah hal tu. Tu yang abah suruh agaknya " jawab Zakri. Hanis masih lagi pelik dan runsing namun dia sekadar mengangguk faham dan bergerak menuju ke ruang tamu mencari Dian.

" Dian " panggil Hanis.

" Ye kak? " balas Dian.

" Kereta dah siap. 2 ribu setengah. Kereta tu Danny letak garaj office kem. Nanti pergi ambil dengan akak " beritahu Hanis.

" Okey. Terima kasih kak " jawab Dian.

" Takpelah. Biar aku hantar Dian " kata Rizwan tiba-tiba mencelah.

" Eh takpelah. Biar aku hantar " jawab Hanis.

" Erm saya pergi dengan kak Hanis je lah " jawab Dian.

" Takpe. Saya memang sekali nak balik kem " balas Rizwan. Dia terus menuju ke luar untuk menghidupkan enjin keretanya. Dian menarik nafasnya dalam.

" Awak, tolong cakap dengan Wan, biar saya hantar Dian " bisik Hanis kepada Zakri.

" Eh biarlah dia nak hantar. Awak juga cakap tadi biar diorang uruskan hal dorang sendiri " jawab Zakri juga berbisik.

" Saya nak pergi kem " pinta Hanis.

" Buat apa? " soal Zakri.

" Saya nak tengok Kapten Arif tu " kata Hanis.

" Ya Allah. Nak buat apa tengok orang? Tak payah duk tengok orang lah. Biar Wan hantar. Awak tolong saya kemas rumah " balas Zakri tegas.

" Awak ingat saya bibik awak ke? " soal Hanis geram. Zakri tersengih.

" Saya nak spend time dengan isteri saya. Tak boleh ke? " balas Zakri kemudian berpaling kepada Dian dan Rizwan.

" Wan pergi lah hantar Dian. Lepastu balik terus " kata Zakri.

" Baik tuan " jawab Rizwan mengangguk.

" Kak, Dian balik dulu " Dian bersalaman dengan Hanis.

" Hati-hati " pesan Hanis. Dian mengangguk dan berjalan keluar dari rumah masuk ke dalam kereta Rizwan.

Zakri menyambung semula kerjanya setelah melihat kereta Rizwan hilang dari pandangannya. Hanis sekadar memerhati dari pintu rumah. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. Namun Hanis lihat bukan telefonnya. Ianya telefon Zakri.

Hanis mendekati telefon Zakri dan melihat nama pemanggil.

Intan Amira

Hanis melihat banyak kali juga pemanggil itu menelefon kerana tertulis di situ ada 6 missed call darinya.

Hanis mendekati Zakri yang sedang menyusun peralatan-peralatan di stor bawah tangga.

" Telefon awak berbunyi tadi. Ada orang call " kata Hanis.

WASIATWhere stories live. Discover now