6

3K 127 8
                                    

Apabila turun ke bawah, semua berbual dengan Zakri. Hanis hanya senyap termenung sambil sesekali mulutnya menghirup air teh yang dibancuhkan oleh Puan Hawa.

Hanis melihat sekelilingnya. Pada saat itu, dia merasakan sangat jauh dalam keluarga itu. Tiada siapa faham akan keadaan dan situasinya kini. Semuanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku tanpa memikirkan perasaannya. Namun seperti biasa, Hanis cuma mampu pendam perasaannya.

Hanis memutarkan bebola matanya. Zakri memandang ke arah Hanis. Hanis hanya senyap di hujung sofa dan menghirup air teh.

" Saya minta diri duduk dekat sana ye. Maaf, tuan " ucap Zakri.

" Kenapa panggil tuan lagi? Abah je. Time kerja baru panggil tuan. Awak selalu nampak Hanis panggil saya tuan hanya waktu bekerja sahaja kan " balas Malik. Dia sambung berbual dengan adiknya, Rahim.

Zakri tersenyum dan duduk di sebelah Hanis.

" Assalamualaikum " ucap Zakri di telinga Hanis.

" Waalaikumussalam " jawab Hanis malas. Kenapalah mamat ni tiba-tiba duduk sebelah dia ni.

" Kenapa awak duduk sorang-sorang dekat sini? Berbual lah dengan yang lain " soal Zakri.

" Malas lah " jawab Hanis. Dia memang malas untuk bergaul tapi dia merasa bosan pula.

" Telefon awak mana? " soal Zakri. Pelik, Hanis tidak main telefonnya pula.

" Kat atas tengah charge " jawab Hanis.

" Tak boring ke? " soal Zakri. Dia hanya melihat wajah Hanis. Hanis pula tidak memandangnya dan sekadar merenung ke lantai.

" Boring la jugak " jawab Hanis perlahan. Zakri mengeluarkan telefonnya dari poket lalu diberikan kepada Hanis.

" Kenapa? " soal Hanis. Tangannya mengambil iphone XR milik Zakri itu.

" Awak boring kan? Tolong balas semua mesej saya yang ucap tahniah tu " kata Zakri selamba. Melopong mulut Hanis memandang Zakri tidak percaya.

" Eh, awak ingat saya ni PA awak ke? " soal Hanis geram. Namun tangannya masih membuka telefon Zakri itu.

" 0000 " Zakri memberitahu passwordnya kepada Hanis. Mata Hanis terbeliak. Password telefon Zakri dan Hanis sama. Kemudian dia memandang wallpaper telefon itu. Tersangatlah basic. 

" Banyaknya " kata Hanis terkejut. Beratus juga mesej mengucapkan tahniah. Itu baru personal, dalam group tak perlu cakap. Dah beribu. Zakri pula banyak group whatsappnya.

" Saya kan famous " balas Zakri selamba. Hanis membuat muka menyampah.

" Jom duduk luar " ajak Zakri. Hanis menyoal kenapa.

" Dating " selamba Zakri menjawab lalu menarik tangan Hanis.

" Oi nak pergi mana? " soal Rizwan. Belum sempat Hanis nak jawab, Zakri sudah menjawabkan.

" Jangan sibuk " balas Zakri. Hanis tercengang. Lagi pula Rizwan. Hanis membiarkan Zakri menarik tangannya keluar dari rumah. Mereka duduk di kerusi taman mini yang dihias oleh Puan Hawa. Di hadapan taman mini itu terdapat kolam ikan dan air terjun kecil.

" Besar rumah awak " kata Zakri. Hanis mengangguk.

" Rumah komander. Bukan rumah saya. Saya menumpang je " jawab Hanis berseloroh.

" Komander tu bapa awak kan? Dari kecil kan awak tinggal sini " balas Zakri. Hanis mengangguk. Rumah keluarganya itu memang besar.

Rumah banglo dua tingkat itu sudah seperti rumah agam. Terdapat kolam renang, taman mini dan mini golf di laman rumah. Tempat letak kereta juga besar. Malik memiliki empat buah kereta. Toyota Vellfire, Mercedez S-Class Saloon, Honda Accord dan Proton Perdana berserta dua buah motor, Yamaha Y15zr dan Honda Dash.

WASIATWhere stories live. Discover now