27

2.7K 102 1
                                    

Hanis segera membuka pintu dan menyalam tangan si suami. Meluru encik suami masuk dan mengimbas satu badan isteri. 

" Kenapa? Awak tak sihat ke? " soal Zakri risau lalu melihat seluruh tubuh Hanis. Siap meletakkan tangannya di dahi Hanis merasa suhu badan isteri. Tak panas tapi tetap risau juga. 

" Jom masuk dulu " ajak Hanis. Zakri mengiyakan sahaja lalu mengikutinya masuk. 

" Pergi mandi dulu, solat. Lepastu turun makan " kata Hanis. Zakri mula tidak sabar dan berdegil. Memaksa Hanis memberitahu apa masalahnya. 

" Pergi dulu buat apa saya suruh. Lepastu baru saya bagitahu " pujuk Hanis. Zakri mengeluh kecil lalu segera membuat apa yang disuruh. 

Selesai makan, Zakri dengan sabar menunggu Hanis selesai membasuh pinggan. Sebaik sahaja Hanis menutup pili air, Zakri terus mencempung Hanis dibawa ke sofa di ruang tamu. Tak menyabar betul singa seorang ini. 

" Okay, apa masalah dia? Awak sakit apa-apa ke? You are on your death bed or what? " soal Zakri risau. Ternganga mulut Hanis mendengarnya. Nak sangat ke dia mati? Hanis tidak menjawab lalu mengambil sehelai sampul surat dari atas meja lalu dihulurkan kepada Zakri. Zakri membuka sampul surat tersebut dan ditarik keluar dua keping gambar bersama sehelai kertas.

Terkejut Zakri melihat gambar tersebut. Perlahan-lahan bibirnya mengoyak senyum. 

" Saya ingat kenapa lah. Ya Allah. Berderau darah saya sepanjang dekat office tadi " kata Zakri  menarik nafas lega. Tangannya perlahan-lahan diletakkan di atas perut isteri. 

" Rupanya anak abi ni nak bagi salam " kata Zakri tersenyum. Dia mengucup dahi Hanis. Hanis tersenyum. 

" Terima kasih " ucap Zakri tersenyum bersama-sama Hanis. 

" Patutlah selera awak lain macam sekarang " kata Hanis mencuit telinga singa. Zakri tergelak. Dia pun pelik. Patutnya Hanis yang banyak makan, ini terbalik. 

" Tadi sebelum balik pun saya makan banyak, ni balik makan lagi " tergelak teringatkan seleranya yang macam orang kebulur sejak akhir-akhir ni. Pembawakan rasanya itu.

" Padanlah Megat dengan Arif ucap tahniah pada saya " kata Zakri. Berkerut kening Hanis. 

" Arif? Macam mana dia tahu? " soal Hanis. 

" Dia kan dah pernah kahwin. Mungkin tahu dan bersedia. Maklumlah dia lebih makan garam kan " jawab Zakri. Hanis mengangguk dan kemudian dia tergelak kecil. 

" Fattah tadi, bukan main gelabahnya bila nampak saya muntah time balik tadi " cerita Hanis. Zakri tergelak. 

" Fattah? Dia gelabah kenapa? " soal Zakri ingin tahu. Boleh dibuat bahan ni. 

" Saya nak muntah, Danny tolong papah saya pergi toilet. Fattah nak papah tapi dia kelam kabut. Dengar je saya muntah, terus dia gelabah. Macam cacing panas tu. Gelabah tak tentu arah. Haih Fattah, Fattah. " cerita Hanis sambil menggelengkan kepalanya. Kelakar pula bila ingat cerita tadi. Zakri gelak besar. 

" Megat Abdul Fattah ni memang, berlagak macho je lebih. Padahal dia yang gelabah dulu " balas Zakri. Hanis tersenyum. 

" Jom naik tidur " bisik Zakri. Hanis memandang Zakri atas bawah lalu mengangguk. Mereka naik ke atas untuk masuk berehat. 

Keesokan harinya, Zakri cuti untuk menemani Hanis. Mereka tak jadi pulang ke Bangi kerana tadi Badrul sudah menelefon Zakri mengatakan dia dan Syuhada yang akan ke Sungai Besi. Mendengarkan berita kehamilan Hanis, semua teruja. Hawa dari pagi sudah berada di rumah mereka menemani Hanis. Gembira mendengar berita gembira yang disampaikan oleh Hanis semalam. 

WASIATWhere stories live. Discover now