43

2.3K 96 0
                                    

Mana abah ni? Hampir setengah jam dia tunggu. Abah bukannya jenis lambat. Abah sentiasa tepati masa. Semalam dia sudah berjanji dengan Hanis untuk berjumpa di markas GAPU pada pukul 10. Kini jarum jam sudah menunjukkan pukul 10:35. Abah masih tiada dalam pandangannya. Panggilan pun tiada. 

Sepanjang dia menunggu, ramai skuad semboyan menegur dan memberi hormat kepadanya. Tetapi tetap tiada bayangan Malik. 

" Kapten Hanis Amirah " 

Hanis terus berpusing. Suara Adam begitu dekat dengan telinganya. 

" Woops lagi sikit nak jatuh " Adam cuba menyambut Hanis yang hampir jatuh. Hanis menepis tangan Adam yang memegangnya. 

" Lah aku tolong kau dari nak jatuh je. Relax la " kata Adam lagi. Hanis merengus geram. Adam mendekati Hanis. 

" Komander mana? " soal Hanis tidak puas hati. Adam cuma tersenyum sinis dan memandang Hanis dari atas hingga ke bawah. 

" Untung Zack kan? Hari-hari dapat tengok pemandangan seksi kau. Dapat peluk, cium, hidu bau wangi kau. Erm aku teringin lah benda tu " 

" Abah aku mana? " semakin keras suara Hanis. 

" Kenapa lah kau lari dari aku dulu? Kalau tak, dah selamat dah anak dalam perut kau ni, anak aku kan? " 

Pangg!!

Bisa pipi Adam ditampar kuat oleh Hanis. Adam merengus geram. Terus dicekiknya leher Hanis. 

" Kau memang tak sedar untung kan? Kau tak nampak lagi ke macam mana sayangnya aku pada kau!! " tengking Adam kuat. Hanis mengerang sakit sebelum pandangan matanya mula kabur. 


-----------------


" Kau nampak Hanis? " soal Zakri kepada Arif. Arif menggeleng. 

" Kenapa? Dia takde dalam office ke? " soal Arif pula. 

" Dia kata nak jumpa komander dekat markas GAPU pukul 10 tadi. Ni dah pukul 4 lebih. Tak balik-balik lagi. Mana dia pergi pulak ni? " terang Zakri sambil mengeluarkan telefonnya. Menelefon Hanis tetapi panggilan tiada jawapan. Hanya peti suara. 

" Komander ada dekat office? " soal Zakri kepada Arif lagi setelah 4 kali menelefon Hanis tidak dapat. Arif menggeleng juga lagi. Dia betul-betul tak tahu. Dia pun sama dengan Zakri pergi latihan komando. Ni pun baru dapat rehat sekejap. 

" Aduh, mana pula pergi dia ni? " keluh Zakri menelefon lagi. 

" Aku pergi markas GAPU kejap. Kau tolong cover aku sekejap " kata Zakri lalu mencapai kunci motornya. Memecut laju menuju ke Markas GAPU. 


-----------------


Jam menunjukkan pukul 6:58 petang. Hanis masih belum pulang. Zakri mundar mandir di depan pagar rumahnya. Sudah ke berapa ratus kali menelefon si Hanis. Tetap masuk ke peti suara. 

Zakri meraup wajahnya. Mahu mencari si isteri, tak tahu di mana mahu mula. Puas dia pusing keseluruhan kawasan Sungai Besi. Seluruh kawasan kem Sungai Besi. Dari Hospital hingga ke Tadika, sekolah, bomba, balai polis. Semua dia cari namun Hanis tetap tiada di mana-mana lokasi yang dicarinya. 

Tangan menekan lagi skrin telefon untuk menelefon lagi si isteri. Mahu connect GPS, telefon Hanis dimatikan. 

Dan saat itulah, kereta Volvo S60 merah milik Hanis tiba di perkarangan rumah. Jantung Zakri bagai mahu luluh. Hanis berjalan laju keluar dari kereta terus masuk ke dalam rumah. Langsung tidak menegur mahupun memandang Zakri. 

WASIATWhere stories live. Discover now