34

2.6K 112 2
                                    

Ternganga mulut Zakri dan Hanis. Begitu juga Arif dan Nazman serta Aidan dan Saleha. Rizwan juga sekadar tersenyum sinis. Malik dan Hawa cuma tersenyum. 

" Kau biar betul? " soal Nazman terkejut. Tidak ada angin, tidak ada ribut. Tiba-tiba sahaja. 

" Yelah. Aku nak buat simple simple je. Takde adat segala. Terus official

" Ariana? " 

Melihatkan Ariana yang tidak menjawab, betullah tepatannya. 

" Tak payah majlis? " soal Malik pula. 

" Kalau belah Ariana nak buat majlis, saya tak kisah. Belah saya tak payahlah. Saya bukan ada saudara mara pun. Adik pun terlantar sakit dekat hospital. Yang penting akad je " tenang Fattah menjawab. 

" Eh Ariana kena buat. Dia tu cikgu. Kenalah buat. Fattah pun kalau boleh, buat. Bagi Ari tu jalan bawah pedang " balas Hawa pula. Fattah memandang Ariana sebelum tersenyum lebar. Mengangguk tanda setuju. Apa sahaja untuk wanita itu.

" Rizwan pula? Nak bawah pedang juga? " soal Malik pula kepada Hawa. Kini semua memandang Rizwan dengan wajah berkerut. Cuma Arif, Aidan dan Saleha sahaja yang tahu cerita sebenar tersenyum. Hanis dan Zakri pula bergerak ke dapur kerana masing-masing baru balik kerja. Lapar. Yang lain sudah mentelaah dulu di kantin tadi. 

" Rizwan nak kahwin juga? " soal Nazman terkejut. Tiba-tiba sahaja budak ini nak kahwin juga. Rizwan cuma membuat muka toya. Langsung tak ada rupa orang nak kahwin. Betul-betul ambil mudah. Ingat kahwin ni main-main ke? 

" Wan? Nak lalu pedang juga ke? " soal Malik lagi sekali. 

" Tak payah lah. Nikah je cukup " balas Rizwan. Malik mengangguk faham. Dah itu yang anak dia minta, ikutkan sahaja. 

" Aik? Taknak? Kata kahwin dengan doktor. Kena lah buat besar-besaran " balas Fattah pula. Arif sudah tersenyum kelat. Dengan doktor ye...

Rizwan sudah terfikir. Tiba-tiba sahaja dia tukar fikiran. 

" Abah, nak pedang. Buat istiadat semua. Buat grand macam akak punya kelmarin juga " kata Rizwan. Malik sudah pelik. Tiba-tiba sahaja tukar fikiran? Dah kenapa pula? 

" Ha yelah " balas Malik ikutkan sahaja. Lagi dia suka. 

Rizwan sudah tersenyum sinis. Ada sebab kenapa dia tukar fikiran. Ridian, Ridian. Kau ingat senang macam tu sahaja kau nak pijak maruah lelaki Leftenan Rizwan? 

Fattah berpandangan sesama Ariana. Berkerut kening melihatkan Rizwan. 

" Bila tarikh nikahnya, Fattah? " soal Hawa pula. Memecahkan hening suasana.

" Tak tahu lagi. Kalau boleh secepat mungkin. Sebab lagi beberapa bulan, Ariana nak ke Sabah. Ada pertukaran pelajar selama sebulan " jawab Fattah. 

" Kalau macam tu, saing Rizwan je lah. Hujung bulan ni " cadang Hawa lagi. Fattah mengangkat keningnya beberapa kali kepada Rizwan. 

" Aih Wan, kemain cepat " usik Nazman. Rizwan tersenyum sinis. Ariana mengangguk bersetuju juga. Sebenarnya Fattah telah berjumpa dengan orang tuanya di Muar dan mereka juga bersetuju. 

Uwek! 

Mereka yang berada di ruang tamu terus memandang Hanis dan Zakri yang sudah berada di sinki. Hanis sedang memuntahkan semua isi perutnya. Baru masuk sekejap, dah keluar balik. Zakri menepuk-nepuk sedikit belakang badan Hanis yang beruniform kerja berwarna hijau itu. 

Selesai itu, Hanis memicit sedikit pelipisnya. Dia dipapah oleh Zakri untuk duduk semula di meja makan. 

" Taknaklah. Takde selera " kata Hanis. Zakri mengangguk faham. Dia meminta diri untuk membawa Hanis naik ke atas. Biarkan Hanis berehat. Hari ini satu hari di pejabat, Hanis ditimbuni dengan kertas kerja dan mesyuarat. Pening kepala.

WASIATWhere stories live. Discover now