8

3.1K 111 6
                                    

Hanis yang sedang membasuh pinggan itu ditegur oleh Hawa.

" Hanis, pergilah buka hadiah-hadiah tu " kata Puan Hawa. Hanis sekadar mengangguk dan hanya senyap. Selesai membasuh pinggan, Hanis menuju ke ruang tamu. Zakri, Malik dan Rizwan sedang berbual di meja taman mini.

Hanis duduk mengambil beberapa hadiah. Dia ambil sikit dulu. Dia duduk di hadapan tv dan membuka satu persatu hadiah dengan senyap.

Puan Hawa yang membawa dulang air buat suami dan anaknya menggeleng kepala perlahan. Dia berjalan keluar menuju ke taman mini untuk menghidangkan air. 

" Zakri, pergilah masuk dalam. Tengok Hanis tu. Senyap senyap dia buka hadiah sorang-sorang " kata Puan Hawa sambil meletakkan dulang air ke atas meja kopi.

" Baik mama " jawab Zakri lalu meminta diri masuk ke dalam sambil tangannya membawa dua buah cawan air kopi. Zakri melihat isterinya yang sedang membuka hadiah.

" Sayang " panggil Zakri. Hanis mengerutkan keningnya sambil melihat Zakri. Tangan Zakri menghulurkan cawan air kopi kepadanya. Hanis mengambil lalu diletak tepi. Zakri duduk di sebelahnya.

" Air fryer " kata Zakri sambil membelek air fryer pemberian tetamu yang hadir pada hari majlis. Hadiah mereka berganda-ganda kerana majlis diadakan selama tiga hari dan tetamu jemputan juga ramai yang hadir. Pada hari nikah juga, ada tetamu yang hadir membawa hadiah.

" Awak ambillah lagi hadiah tu " kata Hanis. Langsung tidak memandang Zakri. Zakri bangun dan mengambil lagi beberapa hadiah dan dibawa ke tempat Hanis duduk. Zakri kemudian duduk di sebelah Hanis semula membantu membuka hadiah.

Banyak yang memberi hadiah seperti peralatan elektrik. Namun ada juga yang memberi voucher perlancongan dan sebagainya. 

" Nah, dari Fattah " Hanis menghulurkan sebuah kotak hadiah yang berbalut dengan pembalut berwarna biru gelap kepada Zakri. Zakri melihat kad yang dilekatkan di situ. Tertulis 

 Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia. Code name : Jebat 

Zakri membuka balutan hadiah tersebut dan sedikit terkejut melihat apa yang berada di dalamnya. Hanis menjeling melihat hadiah yang diterima oleh Zakri daripada Leftenan Fattah.

" Awak dengan Fattah mesti memang rapat gila kan? " kata Hanis yang tergelak melihat hadiah tersebut. 

" Kenapa? " soal Zakri. 

" Yelah. Sampai dia tahu saiz awak " jawab Hanis selamba. 

" Kau memang babi lah Megat " kata Zakri perlahan dengan nada geram. Tunggulah dia masuk kerja nanti, mahu sahaja ditembak mati mamat tu. Zakri memasukkan ke dalam beg kertas dan menolak tepi beberapa kotak boxer pemberian Fattah itu.

Hanis menggeleng kepala perlahan. Bukan dia tidak tahu, Fattah memang sengaja memberikan itu kepada Zakri. Sebenarnya Fattah memberikan dua jenis hadiah. Hadiah pertama telah dibukanya tadi. Jadi apabila melihat hadiah kedua, dia berasa pelik dan diberikan kepada Zakri.  

" Nah " tiba-tiba Zakri meletakkan sesuatu di pehanya. Hanis melihat pehanya yang terdapat segugus kunci. 

" Apa ni? " soal Hanis lalu mengambil kunci tersebut.

" Kunci rumah " kata Zakri. Baru Hanis teringat pagi tadi Hawa memberitahunya bahawa Zakri ada membeli rumah. 

" Kenapa bagi pada saya? Awak pakai kunci apa? " soal Hanis. 

" Saya ada kunci juga. Tu kan rumah kita. Takkan awak nak tunggu saya balik setiap hari baru awak boleh buka pintu rumah. Saya kadang-kadang balik lambat, kadang-kadang tak balik rumah langsung. Awak pun faham kerja saya macam mana " terang Zakri.

WASIATWhere stories live. Discover now