29

2.3K 104 2
                                    

Rizwan masih lagi termenung di luar rumah. Hanis dan Zakri keluar dan mendekatinya. Punggung dilabuhkan ke kerusi taman berhadapan Rizwan. Rizwan ukir senyum kepada mereka berdua. 

" Mama abah tidur dah? " soal Rizwan cuba memecah sunyi. Pasangan suami isteri itu mengangguk sahaja. 

" Yelah, dah pukul 1 pagi kan? " balas Rizwan. Kemudian suasana sunyi kembali. 

" Kak, Zack. Tahniah " ucap Rizwan. 

" Thanks " balas Hanis sepatah. Kemudian sunyi lagi. Kini Rizwan melepaskan keluhan berat. Kemudian dia capai tangan Hanis lalu disalamnya. 

" Kak, aku minta maaf " 

Hanis ukir senyum. 

" Sebab? " soalnya. 

" Sebab tak percaya kau. Sebab tuduh kau yang bukan-bukan. Sebab tak berada dengan kau masa kau tengah susah. Sebab semua salah aku yang kau rasa salah lah, semua aku minta maaf " Hanis tergelak besar. Ye, memang banyak salah kau dengan aku, dik.

" Ye. Aku maafkan. Biasalah, kita jadi buta sebab kita sayang dan cintakan seseorang. Cinta tu membutakan " balas Hanis. Lembut sahaja tangan mengusap tangan Rizwan. Rizwan angguk sahaja. 

" Kau dengan Dian memang dah official putus? " soal Zakri menyampuk. Rizwan angguk dengan bibirnya dijuihkan. 

" Dia dah nak kahwin dah pun " beritahu Rizwan. Hanis mengerutkan keningnya. Tak faham dan cuba mentafsir ayat Rizwan. Tadi kata dah putus, ni nak kahwin pula. Mana satu ni?

" Dia nak kahwin dengan Tengku Firdaus. Lusa " 

" Hah? " 

Melopong mulut Hanis tidak percaya. Zakri juga sedikit terkejut tetapi ekspresinya tetap tenang. Rizwan anggukkan kepalanya memberitahu bahawa ini perkara betul dan bukan main-main. 

" Cuba cerita betul-betul " pinta Hanis dengan kabut. Kenapa sampai kahwin dengan orang lain ni? 

Rizwan menarik nafas dalam sebelum melepaskannya kuat. Mengumpul kekuatan untuk bercerita. 


-------------------


Rizwan menarik sebuah kerusi dan duduk berhadapan dengan seorang gadis. Gadis itu sedari tadi tunduk sahaja memandang cawan airnya. Rizwan memetikkan jarinya di hadapan muka gadis tersebut.

" Kenapa ni? " soal Rizwan sedikit risau. Kot-kot ada apa-apa yang berlaku kepada gadis itu yang dia tak tahu. 

Lama gadis itu mendiamkan dirinya. Rizwan sudah menjadi cacing panas akibat risau gadis itu tidak bercakap sedari tadi. Namun, tak lama kemudian, air mata gadis itu perlahan-lahan mengalir. 

" Puteri Ridian, kenapa ni sayang? Something happened to you? " soal Rizwan risau. 

" Awak, saya minta maaf " ucap Dian perlahan. Rizwan tak faham. Nak minta maaf kenapa? 

" Saya minta maaf. Saya terpaksa batalkan pertunangan kita " 

Kini hampir gugur jantung Rizwan mendengarkan ayat itu. Rizwan duduk tegak memandang Dian. Dian juga memandang Rizwan dan mata mereka bersabung. 

" Saya akan kahwin dengan orang lain. Saya minta maaf. Ni, saya pulangkan cincin pada awak " Dian mencabut cincin pada jari manisnya lalu diberikan kepada Rizwan. Rizwan terpempan sendiri. Lama otaknya loading. 

" Tengku Firdaus? " soal Rizwan kemudiannya. Dian tunduk dan mengangguk perlahan. Rizwan tergelak kecil. Kedengaran sinis. 

" Okay, saya rasa dah tak ada apa lagi yang saya nak cakap pada awak. Saya terima kekalahan saya " kata Rizwan sebelum mula untuk berdiri. Dian menahannya. 

WASIATWhere stories live. Discover now