15

3.2K 130 4
                                    

Usai bersarapan, Malik sudah bersiap dengan uniformnya untuk ke tempat kerja. Namun tiba-tiba dia mendapat panggilan. 

" Baiklah terima kasih " balas Malik sebelum panggilan ditamatkan. 

Seketika kemudian, Zakri pula mendapat panggilan. 

" Assalamualaikum " ucap Zakri sebaik sahaja mengangkat panggilan. Leftenan Kolonel Izzat yang menelefonnya. 

" Kapten Zakri, ada misi. Territory di pelabuhan. Kamu lapor diri pukul berapa? " 

" Team mana turun, tuan? " soal Zakri. Hanis memandang Zakri. Mesti Zakri dipanggil backup.

" Alpha One. Kami perlukan backup detach leader. Assault leader ialah Kapten Arif "  

" Detachment commander? " soal Zakri lagi. 

" Kolonel Rizal" 

Zakri melihat jamnya, jarum jam menunjukkan pukul 7:45 pagi. 

" Baik, tuan. Saya clock in base pukul 8 " jawab Zakri dan terus menamatkan panggilan.

" Saya kena panggil backup " beritahu Zakri sedikit berbisik kepada Hanis lalu berlari ke naik atas untuk menukar pakaian. Dia berselisih dengan Rizwan yang juga sudah siap beruniform celoreng. Rizwan terus menyalam Hawa dan terus bergerak membawa motornya menuju ke kem.

" Biasalah tu Hanis. Ibu pun kadang-kadang tak faham kerja dia macam mana. Tapi memang selalu macam tu je la " kata Syuhada. Hanis tersenyum. Dia tahu sangat akan situasi itu. 

" Zakri pergi saing dengan abang ke? Rizwan dah pergi dah tu " soal Hawa sambil menghulurkan stokin kepada Malik. 

" Tak boleh. Saya kena terus ke HQ ni. Zakri perlu lapor diri di kem dulu " jawab Malik. Zakri yang telah bersiap turun semula ke dapur untuk minum air. 

Kemudian dia keluar kembali untuk menghidupkan enjin kereta. Malik sudah terlebih dahulu bergerak menuju ke HQ. Badrul juga telah bergerak menuju ke tempat kerjanya di Bangi. Nasib baik jaraknya agak dekat. 

" Zakri, nak bekal? " soal Hawa. 

" Eh takpe. Tak sempat makan rasanya. Nanti saya makan dekat kantin je " jawab Zakri. 

Zakri keluar dari rumah untuk memakai kasut bootnya. Perlahan-lahan Hanis mendekati Zakri. 

" Hai " tegur Zakri sambil memakai kasut. 

" Lambat ke balik? " soal Hanis. Mengada. Bukannya dia tidak tahu pun berapa lama masa jangkaan masa untuk kerja tersebut. 

" Tengoklah. Kalau settle cepat, on time saya balik. Kalau lambat, wallahualam " jawab Zakri tersenyum. 

" Saya nak keluar sekejap lagi boleh? " soal Hanis. Zakri memandang Hanis. 

" Pergi mana? "

" Shopping "

" Cari apa? " 

" Cari baju sikit. Yelah, dulu pakai uniform je. Sekarang dah takde baju dah "

Lama Zakri berfikir samada mahu membenarkan atau tidak.  

" Pergi dengan ibu ngan mama " putus Zakri. 

" Saya pergi seorang jelah. Kesian lah dekat ibu mama nak jalan lama-lama " kata Hanis. 

" Ibu, mama " panggil Zakri. Hawa dan Syuhada serentak memandang Zakri. 

" Nanti, Hanis nak keluar. Ibu mama ikutlah " kata Zakri. Hawa dan Syuhada mengangguk. 

" Awak " tegur Hanis. Zakri tidak menjawab dan sekadar menghulurkan tangannya. Hanis menyambut dan menyalam serta mencium tangannya. 

" Ataupun awak nak tunggu saya balik? " soal Zakri. 

WASIATWhere stories live. Discover now