48

2.6K 99 3
                                    

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik pejabat Hanis diketuk dari luar. Hanis membenarkan orang itu masuk dan melangkah lah Leftenan Fattah ke dalam pejabat Hanis itu.

" Ye, Jebat " tegur Hanis yang sedang menaip sesuatu di komputer. Fattah sedikit terkejut apabila Zakri juga berada di situ sedang bersandar di meja belakang Hanis sambil tangan memegang beberapa helai kertas.

" Maaf, puan. Saya mengganggu tuan dan puan ke? " soal Fattah.

" Ye. Sebab saya dengan Tuan Zakri sedang urus scheduling operasi. Awak ada perkara penting nak bincang dengan saya ke? " balas Hanis langsung tidak memandang Fattah. Matanya kekal memandang skrin komputer sambil tangan menekan-nekan papan kekunci.

" Maaf, puan. Saya cuma nak berbincang tentang hal peribadi. Saya mohon untuk keluar dulu. Tuan, puan " Fattah menabik hormat kepada mereka berdua sebelum berjalan menuju ke pintu.

" 4:30 petang. Shooting range. Sharp. Dan Kapten Zakri akan teman saya "

Fattah terhenti. Berpusing memandang mereka berdua semula.

" Baik, puan. Terima kasih, puan " ucap Fattah sebelum keluar dari pejabat Hanis.

Zakri memandang sahaja Hanis yang sedang menaip itu.

" Next? " soal Hanis kepada Zakri.

" Are you sure you okay, dear? " soal Zakri sebaliknya. Hanis memandang Zakri. Menganggukkan kepalanya.

" Next " pinta Hanis. Zakri melepaskan keluhan.

" Arrange detach team dengan 10 PARA dan PASKAU "

Hanis menyambung menaip semula.

" Sayang, saya balik lambat sikit harini. Diaorang ajak main bola pula petang ni " beritahu Zakri sesudah Hanis habis menaip. Zakri juga sedang membantu Hanis mengemas kertas-kertas di atas meja.

" Lah. Saya baru nak ajak awak pergi cari barang baby "

Zakri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Erm, tak apalah. Lain kali lah jawabnya " balas Hanis.

" Okay okay sayang. It's okay. Harini abang cancel je lah game bola tu. Esok-esok ada lagi. Kita pergi cari barang baby "

" Tak apalah. Kesian pula. Dah berapa kali awak delay nak game dengan diorang "

Zakri mendekati Hanis lalu duduk di atas meja Hanis.

" Game bola tu boleh je bila-bila. Barang baby ni penting. Kot kot esok lusa awak beranak. Ha kan susah satu benda pun tak ada " terang Zakri. Hanis membuat muka.

" Awak naik apa harini? " soal Zakri.

" Honda abang " jawab Hanis.

" Okay. Saya drive awak balik. Motor tinggal sini jelah. Esok kita pergi sama-sama " Hanis mengangguk sahaja. Zakri kemudiannya meminta diri untuk kembali ke pejabatnya.


------------------


" Tuan, Puan " Fattah menabik hormat kepada Zakri dan Hanis.

" Kau nak bincang apa? " soal Hanis. Langsung tiada senyum terukir di wajahnya.

" Aku nak minta maaf " ucap Fattah berterus terang. Tiada guna nak panjang lebar masalah.

" Kau ada buat salah apa dengan aku? " soal Hanis. Fattah menunduk memandang tanah.

" Aku nak minta maaf bagi pihak Ariana. Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Tiba-tiba je dia berubah jadi macam tu "

Hanis memandang ke langit.

WASIATWhere stories live. Discover now