61

3.1K 123 0
                                    

" I'm here, sayang "

Semua mata memandang gerangan yang baru muncul di pintu. Hanis mengangkat muka memandang suaminya. Zakri kini berada di sampingnya. Joshua memberi ruang kepada Zakri untuk mendekati Hanis.

Zakri membuka helmet combatnya lalu diberikan kepada Fattah yang berada di belakangnya. Zakri terus memeluk Hanis dan mengucup lembut ubun Hanis.

" Shhh, saya ada kat sini. Abang ada " pujuk Zakri lembut. Hanis memeluk Zakri erat. 

" Breath properly. In, Out. In, Out " Zakri membimbing Hanis untuk bernafas. Perlahan-lahan Hanis mengikutinya. Dan nafas kembali mendapat nafasnya semula. 

" You did great, sayang " sekali lagi Zakri memuji Hanis. Hanis menekapkan mukanya pada dada Zakri yang berbaju kombat. Zakri membalas pelukannya sambil tangannya mengusap lembut lengan Hanis. 

Semua senyap. Cuma memerhatikan sahaja suami isteri itu. 

Hanis kemudiannya mengambil tangan Zakri yang masih bersarungkan sarung tangan. Hanis membawa tangan Zakri ke dahinya terlebih dahulu sebelum menciumnya. 

" Terima kasih sebab selalu ada dengan saya " ucap Hanis perlahan. Zakri ukir senyum. 

" Saya ada dengan awak, shh " pujuk Zakri lembut. Semua menahan air mata dari mengalir. Fattah menarik nafasnya dalam. Fattah, saksi kepada semua bukti cinta Zakri kepada Hanis. Dia lah yang menjadi posmen, dia lah yang menjadi penonton, dia juga yang menjadi stage crew, dia jugalah yang menjadi pembantu. 

Fattah buat semua itu kerana dia sayangkan Zakri. Satu-satunya orang yang tak pernah tinggalkannya. Dari sejak dia bertemu Zakri semasa sekolah dulu sehinggalah sekarang. Zakri sentiasa berada dengannya. Sentiasa menyokongnya. Sentiasa menjadi tulang belakangnya. Zakri tahu semua susah senangnya. Zakri yang sentiasa ada buatnya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi Zakri sekiranya suatu hari lelaki itu meminta tolong padanya. 

Zakri memandang kepada Joshua dan beberapa jururawat yang berada di situ. Mereka memahami dan segera keluar meninggalkan keluarga Malik sahaja berada di situ. 

" Hanis " 

Hanis memejamkan matanya. Tak mahu memandang suara tua yang memanggilnya. Hanis menahan sabarnya. 

" Abah minta maaf " ucap Malik perlahan. Hanis masih senyap. 

" Abah buat semua tu untuk kebaikan Hanis juga " 

Kini mata Hanis mencerlung memandang Malik. 

" Baik? Kebaikan apa?! Maruah Hanis, nama baik Hanis, semua orang pijak-pijak! " 

Malik berdiri dan melangkah mendekati Hanis. Malik sudah sedarkan diri dua hari selepas dia dimasukkan ke ICU kelmarin. Dia sudah beransur pulih. 

" Abah terpaksa Hanis " ucap Malik perlahan. Zakri menggenggam kuat tangan Hanis. 

" Terpaksa macam mana sekalipun, jangan sentuh maruah Hanis!!! " jerkah Hanis kuat. Semua terdiam. 

" Abah siapa nak hina Hanis sampai macam tu sekali?!! Is that what a father should do?!!

Rizwan melangkah mendekati Hanis dan cuba menenangkannya tetapi Zakri menahannya. Biarkan Hanis melepaskan semua amarahnya. 

" Kalau macam tu cara abah buat Hanis, jangan berani gelarkan diri tu abah Hanis!! I did not deserve a dad who gamble his own daughter!

" Hanis, jangan melampau! " Rizwan menaikkan tangannya untuk melempang Hanis tetapi sempat ditahan dirinya sendiri. Mata Zakri tajam memandang Rizwan. Fattah menarik Rizwan ke belakang beberapa tapak supaya dijauhkan Rizwan dari Hanis. 

WASIATWhere stories live. Discover now