28

2.5K 116 2
                                    

" Lagipun, I rasa you bakal jadi madu yang baik untuk I " Intan tersenyum gedik sebelum kakinya terpelecok di anak tangga. Dia menarik sekali tangan Hanis yang dipeluknya namun Hanis lebih cepat memegang pemegang tangga dan menahan dirinya membiarkan Intan jatuh sendiri.

" Arghhh " Intan menjerit sedikit. Semua memandang ke arah mereka berdua di tangga.

" Sayang! " Zakri segera berlari mendapatkan Hanis. Dia melihat Hanis yang masih berpaut pada pemegang.

" Eh Ya Allah! Intan! Ya Allah! Hanis! Hanis tolak Intan ke? " marah Syuhada kepada Hanis lalu segera berlari mendapatkan Intan. Intan mengaduh sakit.

" Tak! Hanis cuma nak turun tangga, Intan yang pegang tangan Hanis. Lepastu dia terpelecok. Hanis sempat tahan dekat pemegang tangga ni " jawab Hanis menerangkan.

" Ibu, Hanis tak tolak pun. Along nampak tadi " Zakri menyokong Hanis. Dia memaut bahu Hanis. Langsung tidak kisah akan si Intan.

" Ish tengok budak ni dah sakit kaki. Along, bawa dia pergi hospital. X-ray ke apa takut patah kaki ni " balas Syuhada. Risau sungguh dengan minah tu.

" Hanis, kau okay tak? " soal Fattah dari bawah. Dia juga mendekati kawasan tangga. Hanis cuma mengangguk. Fattah melihat satu badan Hanis, nampaknya Hanis baik-baik sahaja. 

" Saya minta maaf, Intan " ucap Hanis.

" Takpe takpe. Sikit je ni " balas Intan dengan suara gedik. Zakri sudah membuat muka menyampah. Hanis mahu tergelak melihat Zakri. Syuhada sudah menjeling si Hanis.

" Dah minta maaf tu, buat salah lah tu " sinis Syuhada memerli. Dia menyuruh Zakri mengangkat Intan untuk dibawa ke hospital.

" Kalau macam tu rasanya takde apa-apa. Terseliuh je tu. Kalau patah tu, dah tak boleh nak bercakap dah. Sapu minyak, urut urut sikit okay lah tu. Jangan banyak bergerak " balas Rizwan dari bawah. Syuhada memandang Rizwan tidak puas hati.

" Ni anak orang tau. Apa-apa jadi dekat dia, cik Syu nak jawab apa dengan mak pak dia? " soal Syuhada geram. Risau akan keadaan Intan.

" Ari, kau tolong tengokkan kaki dia. " arah Rizwan. Ariana membasuh tangan dan segera meminta kotak first aid. Zakri mengambil kotak first aid lalu diberikan kepada Ariana. Ariana dan Hanis membantu memapah Intan dibawa ke sofa untuk dirawat oleh Ariana.

" Ish pergi masak sana. Jangan sibuk duduk sini " marah Syuhada kepada Hanis. Hanis akur dan menunduk berjalan ke dapur menyambung untuk masak ayam masak merah. Tadi dia tinggalkan ayam yang sudah siap digoreng biar sejuk dahulu sementara dia naik untuk solat.

" Eh, kau sedap sedap je nak marah anak aku ye Syu. Hanis bukan sengaja. Lagipun Intan yang paut tangan Hanis. Bukan salah Hanis sorang. Dia pun cuai, turun tangga kena hati-hati Intan " tegur Hawa. Ariana yang sedang mengurut kaki Intan memandang sahaja wajah Syuhada yang sedang memutarkan bebola matanya.

Zakri mendekati Hanis yang sedang menumis bahan. Dia memeluk pinggang Hanis dari belakang.

" Okay tak? Tangan sakit ke? " soal Zakri. Risau pula lengan Hanis yang ditembak kelmarin sakit semula. Hanis menggeleng. Zakri mendekatkan bibirnya di telinga Hanis yang bersalut tudung itu.

" Saya minta maaf bagi pihak ibu " ucap Zakri berbisik. Hanis memusingkan kepala memandang suami. Hanis tersenyum lalu mencuit hidung Zakri.

" Saya tak ambil hati pun " jawab Hanis perlahan. Zakri mengusap lengan Hanis. Dia tahu Hanis simpan perasaan tersebut. Dia pun kecil hati juga pada ibunya yang cuma menuduh Hanis.

" Argh! Ish sakitlah! "

" Auch! "

Fattah bergegas bangun dan melihat keadaan antara Intan dan Ariana. Ariana sedang memegang matanya yang perit akibat ditendang oleh Intan. Syuhada juga terkejut apabila Intan menendang mata Ariana.

WASIATWhere stories live. Discover now