1

302 5 0
                                    

"YOU'VE been staring at the same page for the good 10 minutes, Firhan."

Firhan tersentak. Lipat maut dia menoleh ke arah pintu bilik. Terkedu dia dibuatnya tatkala pandangannya bertembung dengan pandangan redup Fatima yang selesa bersandar di birai pintu bilik tidurnya.

"Sejak bila you tercegat dekat situ?" soal Firhan, berusaha untuk menutup kegugupan yang entah kenapa bertandang. Dia terasa seperti tertangkap semasa melakukan kesalahan besar.

"In the last 10 minutes," jawab Fatima seraya membuka langkah untuk masuk ke dalam bilik Firhan. Duduknya dilabuhkan di atas katil Firhan. "You menungkan apa?" soalnya sambil menjungkit kening.

"Huh? Tak ada apa la." Sepantas kilat Firhan menggeleng kepala. Dia menundukkan kepala. Pandangannya ditalakan ke arah buku Think Like a Monk yang terbuka di atas riba.

Fatima terus memerhatikan Firhan yang kononnya sedang membaca itu. Padahal dia tahu lelaki itu bukannya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaan pun. Dia yakin 200 peratus yang ketika ini fikiran lelaki itu sedang dihuni dengan bayangan seseorang. Atas sebab itu, Firhan ketika ini bersikap lain macam.

Fatima bergerak turun semula dari katil lalu dia menghampiri Firhan yang duduk di atas sofa tunggal di hadapan katil. Tanpa sepatah kata, buku yang terdapat di atas riba Firhan dicapai.

Firhan terkejut. Lantas dia mendongakkan kepala untuk memandang Fatima yang berdiri di hadapannya. Wanita yang menyarung sehelai kaftan itu beriak selamba.

"Biar I sajalah baca buku ni, Fir. I don't think you're reading. Or, if you do read, I'm pretty sure there's nothing from this book that stuck in your mind." Penanda buku yang elok terletak di atas meja dicapai lalu digunakan untuk menanda halaman yang ditinggalkan Firhan. Fatima tetap juga meletakkan penanda walaupun dia pasti yang Firhan perlu membaca buku ini bermula daripada halaman pertama semula. Kalau dia meminta Firhan untuk mengulas semula apa yang sudah dibacanya, Fatima yakin 200 peratus yang Firhan tidak mampu melakukan perkara itu.

"Tapi..." Firhan cuba menghalang. Tapi, laju sahaja kata-katanya dicantas oleh Fatima.

"Takde tapi-tapi, Fir. You nampak teruk sangat dah ni. Why not you keluar? Jalan-jalan dekat taman ke? Or go grab something from Starbucks?" cadang Fatima sambil menjungkit kening. Dia tahu, Firhan sangat menggemari kopi dari Starbucks. Jadi, dia memberi cadangan yang dirasakan munasabah bagi Firhan ketika ini.

Firhan menghela nafas. Matanya dipejamkan seketika sambil badannya disandarkan sepenuhnya pada kerusi. Walaupun dia cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Fatima itu, dia tetap tidak dapat menafikan bahawa setiap kata-kata gadis itu semuanya betul. Dia sememangnya langsung tidak dapat fokus pada pembacaannya walaupun dia cuba untuk membaca sejak 30 minit yang lepas. Dia membuat keputusan untuk membaca kerana dia fikir dengan membaca, dia dapat melupakan seketika seseorang yang sedang mengganggu ketenangan dirinya. Namun, entah apa yang telah dibacanya sepanjang 30 minit ini pun dia tidak tahu.

"I keluar dulu." Fatima meminta diri. Lebih baik dia keluar dari bilik Firhan. Dia tidak mahu kehadirannya semakin menyebabkan fikiran lelaki itu semakin serabut. Biarlah Firhan bersendirian.

"Fatima."

Langkah Fatima spontan terhenti. Langsung dia tidak jadi meneruskan langkah apabila namanya diseru oleh Firhan. Dia menoleh ke belakang. Buku Think Like a Monk dipeluk erat di dada.

"Yes?"

"Can you make me a cup of tea?" soal Firhan yang bunyinya lebih kepada permintaan. Saat ini, dia tidak pasti kalau kopi kegemarannya yang boleh didapati dari Starbucks itu mampu menenangkan sedikit perasaan dan fikirannya, tapi dia yakin teh panas yang dibancuh oleh Fatima mampu membuatkan dia lebih tenang.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now