BAB 28

87 12 0
                                    

Sebulan kemudian...

Nadia mula mengemas barang-barang yang perlu dibawanya untuk pulang ke rumah sewanya memandangkan semester baharu bakal bermula minggu hadapan. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasanya baru sahaja dia menikmati cuti semester ini setelah selesai menghantar segala laporan program praktikumnya bulan lepas. Belum lagi dikalutkan dengan majlis pernikahannya dengan Zafril.

Mungkin perkara inilah yang menyebabkan dia berasa mual-mual dan seakan letih dua tiga hari ini. Rasa malas sahaja untuk mengemas segala barang keperluannya. Emosi juga menjadi tidak stabil. Mungkin sekadar penyakit gastriknya yang datang menyerang? Atau boleh jadi dia mulai berasa homesick kerana berasa selesa tinggal di rumah Zafril?

Layanan Zafril terhadap dirinya sangat baik. Gaduh-gaduh manja bagaikan anjing dan kucing itu juga perkara biasa. Segala keperluan dirinya juga dijaga dengan baik oleh Zafril. Zafril juga telah membelikannya sebuah kereta dan bakal diperolehinya bulan hadapan. Sedikit pun dia tidak lagi menyusahkan Tuan Daud, iaitu bapanya yang tidak ingin mengambil tahu tentang dirinya lagi. Walaupun berasa terkilan kerana tidak dipedulikan oleh bapa kandungnya sendiri, dia mula menerima hakikat itu perlahan-lahan dan sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan akan melembutkan hati ayahnya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Daun pintu yang sedikit terbuka itu diketuk perlahan oleh Zafril. Dapat dilihat Zafril menjengah isterinya yang sedang memasukkan pakaian yang telah dilipat ke dalam beg bagasi.

"Kau betul ke dah okay ke? Minggu depan kau dah nak start kelas. Jangan tiba-tiba makin melarat," kata Zafril yang risau dengan keadaan

"Aku okay jelah, Zaf. Biasalah aku punya gastrik lepastu mana boleh masuk angin perut aku ni. Nanti aku urut sapu minyak angin sikit okaylah," balas Nadia.

"Ubat-ubat kau ada lagi tak? Kalau tak kita pergi farmasi nanti," soal Zafril lagi.

"Ubat aku tertinggal kat rumah aku. Malaslah aku nak ambil kat sana. Kan kena menghadap muka mak lampir dengan ahli sihir tu pula," kata Nadia yang memaksudkan isteri ayahnya dan adik tirinya itu.

"Tu pasal aku tanya. Kalau kat sana nanti kau tak ada ubat, payah emergency nanti. Kalau tengah malam sakit kau tu makin teruk, mana nak cari ubat?" omel Zafril. Nadia tersenyum kecil. Sepeduli itu Zafril terhadap dirinya.

"Zafril Adham. Don't worry okay? Selama ni pun aku tak beli ubat gastrik kat luar. Aku just pergi pusat kesihatan kat kampus je. Free of charge for students. Lusa nanti aku pergilah, okay?" jelas Nadia dengan harapan dapat mematikan keresahan Zafril itu. Kalau dibiar lama-lama risau boleh bertikam lidah pula nanti.

Zafril pula hanya memandang raut wajah Nadia yang keras kepala tidak mahu diajak ke klinik mahupun farmasi.

"Suka hati kaulah, tapi jangan biar sakit kau melarat pula," balas Zafril lalu melangkah ke biliknya untuk mandi dan menukar pakaiannya. Malam ini keluarganya akan datang untuk makan malam bersama di rumahnya untuk berjumpa dengan Nadia sebelum pulang ke kampus. Tidak pasal-pasal hari ini dia menjadi tukang masak dan seharian terperuk di dapur sahaja.

-

Nadia menghidangkan juadah yang telah dimasak oleh Zafril petang tadi. Hebat juga lelaki ini bila bab masak. Mana tidaknya lelaki itu memasak semua juadah-juadah yang nampak begitu menyelerakan dan tidak begitu mudah untuk dimasak. Misalnya salah satu juadah yang terhidang di atas meja makan ini adalah rendang ayam tua kegemaran umi. Tadi dia sudah rasa sedikit, tekstur ayam empuk walaupun ayam tua dan rasa rendang yang sedap serupa rendang masakan orang dulu-dulu.

Ding dong!

Kedengaran bunyi loceng rumah ditekan daripada luar. Lantas Nadia mengatur langkahnya ke pintu rumah untuk menyambut ketibaan keluarga mentuanya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam, jemput masuk semua," balas Nadia lalu menyalami tangan kedua ibu bapa mentuanya serta adik-beradik Zafril yang lain iaitu Sofi dan Hanna. Suami Sofi, Danish turut hadir malam ini.

"Sedapnya bau... Macam kenal je bau ni," ujar Datin Halimah seraya melangkah masuk ke ruang tamu.

"Kan... Apa lagi kalau bukan rendang ayam tua favourite umi lah tu," balas Hanna.

"Ya, betul. Zaf yang masak tadi," kata Nadia pula. Pada masa yang sama, mereka sekeluarga mula duduk menyelesakan diri di ruang tamu itu.

"Tak ada angin tak ada ribut, sejak bila Zaf pandai masak rendang ayam tua pula dah? Bukan senang nak masaknya tu, mahu ayam liat nanti," kata Sofi.

"Itulah, kak. Saya pun terkejut, katanya alang-alang dia craving lepastu umi nak datang katanya. Tu yang dia masakkan sekali," jelas Nadia ringkas.

"Sekejap ya, Nad panggil Zafril kat atas jap. Dia memerut tadi katanya," lagi pamit Nadia dengan sopan di hadapan keluarga Zafril.

Sofi dan Hanna saling berpandangan antara satu sama lain. Setahu mereka Zafril tidak begitu gemarkan rendang ayam tua. Biasanya dia lebih sukakan rendang daging.

"Sejak bila abang Zaf makan rendang ayam tua, kak?" tanya Hanna kehairanan. Sofi mengangkat kedua bahunya.

"Entah, ini pun first time Kak Sofi dengar dia craving bagai. Padahal dari kecil sampai ke besar memang bukan penggemar rendang ayam tua," balas Sofi.

"Alahai, mana tahu rindu masakan umi. Tu pasal dia masak. Tak hairan pun. Sebab abang dulu pun start rindu masakan mak abang bila dah berjauhan. Even benda tu kita tak gemar mana pun sebenarnya," celah Danish pula bersahaja antara perbualan isterinya dan adik iparnya itu.

"Betul kata Danish tu. Walid pun rasa macam tu juga. Tak ada apa pun nak dihairankan sangat," tambah Dato' Halim bersetuju dengan kata-kata Danish.

"Umi, walid! Dah lama sampai?" tegur Zafril sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Lantas dia menyalami tangan umi dan walidnya yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu. Nadia pula mengiringi langkah Zafril dari belakang dengan senyuman.

"Korang semua dah makan belum? Kalau belum jomlah kita makan dulu sama-sama. Zaf dah masak tadi, kalau Nad pula buat cocktail je," ujar Zafrin yang pada hujungnya sengaja mengenakan Nadia.

"Umi, tengok tu. Dia saja cari pasal dengan Nad tau. Bukan Nad tak nak masak, tapi Nad busy kemas barang. And then dua tiga hari ni Nad tak sihat sangat. That's why mampu buat cocktail je," mengadu Nadia kepada Datin Halimah.

"Tak sihat? Demam ke?" soal Datin Halimah dua tubi risau. Begitu juga dengan Sofi dan Hanna, mereka menunjukkan riak wajah kerisauan kepada Nadia.

"Biasalah, umi. Gastrik dia tulah. Rasa loya je rasa dia. Lepastu perut masuk angin agaknya. Dah kata nak bawa pergi klinik, tapi degil. Pergi farmasi pun tak nak. Keras kepala sangat," beritahu Zafril disertai dengan omelan.

"Betul ke, Nad?" tanya Dato' Halim pula.

"Eh, mana ada. As you guys can see, I'm fine now," jawab Nadia disertai dengan senyumannya yang manis cuba meyakinkan mereka.

"Sekarang, jom kita makan. Perut Nad pun dah lapar," tambah Nadia lagi sebelum memaut tangan Dato' Halim dan Datin Halimah melanhkah ke ruang makan.

Buat seketika Sofi terdiam sekadar memerhati Nadia dan Zafril silih ganti. Dia pasti mesti ada sesuatu antara suami isteri ini, kerana dia sendiri sudah berkahwin dan berpengalaman. Lambat laun pasti akan tersingkap jua.


BERSAMBUNG

Can follow my IG for any book review and my works;
@pinkguinsoo__

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now