BAB 25

118 15 1
                                    

Zafril memerhati Nadia yang rancak berborak dengan Fawwaz disebalik dinding ruang tamu yang memisahkan ruang tamu dengan ruangan lain rumah itu. Amboi, bukan main lagi bergelak ketawa dengan Fawwaz! Sedangkan dengan dirinya hanya muka masam mencuka yang diberikan.

Setelah beberapa saat memerhati, Zafril berdehem sambil memberanikan diri melangkah ke arah Fawwaz dan Nadia. Kehadirannya itu lantas disedari oleh mereka berdua dan Fawwaz pula memberi pandangan tertanya-tanya siapa lelaki yang tercegat berdiri di sisi kusyen yang diduduki oleh Nadia. Gadis itu pula menoleh sekilas ke sisinya sebelum memandang ke arah Fawwaz kembali. Apa pula mamat ni sibuk tercegat kat sini?

"Fawwaz, kawan Nadia," ujar Fawwaz memperkenalkan diri lalu berdiri dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Zafril.

"Zafril Adham, su-- eh, sepupu Nadia," balas Zafril yang hampir tersasul itu lalu menyambut huluran tangan Fawwaz itu. Nadia menjengilkan matanya sekilas terhadap Zafril. Sempat pula dia main tersasul bagai! Tak kelakar okay kalau kantoi, mahu lagi dengan kawan satu kampus.

"Oh, kawan biasa-biasa ke kawan special?" tanya Zafril pula kononnya bergurau.

"Eh, apa kau merepek ni. Ini kawan aku jelah satu kampus, cuma kitaorang tak sama course. Dahlah kau pergi sana, jangan menyemak kacau aku," balas Nadia sambil menolak Zafril perlahan.

Zafril yang rela ditolak oleh Nadia itu sekadar akur lalu meninggalkan Fawwaz bersama Nadia di ruang tamu itu. Tidak lama kemudian, Hanna pula menatang dulang yang berisi satu jag kopi dan cawan berserta sepinggan kek lapis sebagai kudapan.

"Jemput minum," ujar Hanna dengan senyuman manisnya mempelawa Fawwaz. Buat seketika lelaki itu terkesima dengan kemanisan wajah ayu Hanna. Sama cantik dengan wajah Nadia.

"Ini Hanna, sepupu saya juga. Adik kepada Zafril yang tadi tu," kata Nadia memperkenalkan Hanna pula. Hanna pula sekadar mengangguk kecil lalu pamit untuk ke dapur semula.

"Ramai juga cucu-cucu Tok Ali ya. Saya fikir awak ni cucu tunggal Tok Ali," kata Fawwaz.

"Eh, taklah. Saya ni je yang dibesarkan dengan Tok Ali dan arwah nenek saya. Well, biasalah some of broken family thingy," balas Nadia diiringi tawanya. Fawwaz mengangguk perlahan sebagai tanda faham, dia tidak mahu bertanya lebih lanjut tentang hal peribadi gadis itu. Dia sekadar tertawa janggal sebagai reaksi terhadap kata-kata Nadia.

Pada masa yang sama, Tok Ali muncul semula lalu mengambil tempat di atas kusyen bersama Fawwaz.

"Fawwaz, tok malam ni ada buat bakar-bakar sikit. Alang-alang tu kau makan malam kat sini sekali jelah," ajak Tok Ali. Nadia memandang Tok Ali dengan reaksi agak terkejut.

Gila mahu mengajak Fawwaz! Boleh kantoi pula tentang hubungannya dengan Zafril disebabkan mulut Puan Dahlia dan Tiara.

"Tapi tok, Aunty Dahlia dengan Tiara mana?" soal Nadia.

"Oh, diorang dah balik masa kau tak ada tadi. Katanya panas duduk rumah ni lama-lama, banyak dosalah tu. Orang lain okay je duduk sini," jawab Tok Ali. Nadia berasa sedikit lega setelah mendengar jawapan datuknya itu. Dia mengangguk perlahan sebagai jawapan.

"Atok boraklah dulu dengan Fawwaz. Nad pergi masuk dulu nak mandi," kata Nadia lalu beredar dari ruangan itu meninggalkan Tok Ali dan Fawwaz.

Nadia membuka daun pintu biliknya perlahan lalu melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Berkerut seribu dahinya tatkala melihat sebuah beg bagasi terbentang menghalang laluannya dalam bilik tidur itu.

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now