BAB 14

140 16 2
                                    

Nadia menghela nafas panjang sebaik sahaja meletakkan tote begnya di atas meja guru. Pengalamannya sebagai seorang guru hari ini cukup mencabar dan menakjubkan kerana inilah kali pertama dia mengajar secara bersemuka dalam sebuah kelas. Mujur hampir semua pelajar di kelas Tingkatan 4 Cerdik itu memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses dan pembelajaran yang diadakan. Kalau ada seorang dua pelajar yang tidak dengar arahan itu kira perkara biasa baginya. Dirinya semua dulu pun bukannya dengar sangat cakap apa yang cikgu cakap, sekarang merasalah sendiri bila dah jadi cikgu!

Jadi kepada yang menyimpan cita-cita nak jadi cikgu tu, baik muhasabah diri dulu perangai macam mana kat sekolah.

"Assalamualaikum, Nadia. So, how was your first class? Okay tak?" tegur satu suara garau kepada Nadia yang sedang duduk bersandar pada kerusi itu. Lantas Nadia menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Waalaikumsalam, Fawwaz. Alhamdulillah, okay je semua tadi. Habis awak macam mana? Okay kelas pagi tadi?" balas Nadia lalu bertanya kembali kepada Fawwaz.

Lelaki itu merupakan guru praktikal sama seperti Nadia dan yang menariknya mereka baru saha tahu bahawa mereka berdua daripada universiti yang sama, cuma berbeza fakulti. Oleh sebab itu mereka tidak pernah terserempak. Kalau ada pun mesti tidak perasan kerana ramai mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai kursus dalam satu universiti untuk dikenali.

"Nadia dah makan belum? Kalau belum, jomlah ke kantin sama-sama alang-alang tengah pelajar pun tengah rehat juga ni. Saya pun segan sebenarnya, sebab saya bukan bekas pelajar sekolah sini," ujar Fawwaz.

"Belum juga. Jomlah, perut saya pun dah lapar juga ni," balas Nadia lalu mencapai telefon pintar dan beg tangannya di atas meja guru.

Usai itu, mereka berdua jalan beriringan berjalan menuju ke kantin. Sempat dijeling oleh beberapa orang pelajar, mereka tidak endahkan. Mungkin ada yang beranggapan mereka sepasang kekasih. Biasalah, pelajar sekolah kadang kala suka menyebarkan gosip liar tentang guru. Cikgu itu suka cikgu inilah. Cikgu itu bercinta dengan cikgu inilah.

"Fawwaz, if awak bukan student sekolah ni dulu. Kenaoa awak pilih sekolah ni? Sebab kalau macam saya, saya pilih sebab ni sekolah menengah saya dulu dan kampung saya," kata Nadia bertanya kepada Fawwaz kerana ingin tahu.

"Oh, patutlah awak selamba je bersembang dengan cikgu-cikgu kat sini masa perhimpunan pagi tadi. Rupanya awak ex-student sini," kata Fawwaz. Dia sendiri sempat hairan pagi tadi melihat Nadia selamba sahaja berbual dengan beberapa orang guru pagi tadi, sedangkan gadis itu hari pertama menjalani praktikal seperti dirinya.

"Saya pilih sekolah ni sebab sekolah ni luar bandar, kawasan kampung. Jauh dari hiruk pikuk bandar, bosanlah asyik nak menghadap jammed je. Kalau macam ni kan, tak ada jammed. Setakat sesak masa pelajar datang dan balik sekolah tu perkara biasalah kan," jelas Fawwaz. Nadia mengangguk perlahan seraya mengukirkan senyuman.

"Oh, habis awak sekarang duduk sini menyewa rumahlah?" tanya Nadia lagi. Fawwaz mengangguk laju.

"Yup, saya menyewa rumah sewa ketua kampung kat sini. Tok--"

"Tok Ali?" tebak Nadia yang langsung memintas kata-kata Fawwaz.

"Yes, betul! Mana awak tahu?" tanya Fawwaz hairan. Nadia tersenyum simpul.

"Of course lah saya tahu. Tok Ali tu atok saya," beritahu Nadia teruja.

"Oh, awaklah cucu perempuan kesayangan dia tu? Sebab dia pernah cerita dulu dia duduk dengan cucu perempuan dia, tapi sekarang sendiri sebab cucu dia sambung belajar," balas Fawwaz.

"Haah, saya dari Tingakatan 1 sampai habis SPM duduk dengan atok. Form 6 and degree ni baru saya duduk dengan papa saya balik," kata Nadia pula. Pada masa yang sama, mata Nadia tiba-tiba sahaja tertumpu pada seorang pelajar yang duduk bersendirian di taman mini sains yang terletak di sebelah kantin.

"Sekejap ya, Fawwaz," kata Nadia meminta diri lalu berlari anak ke arah pelajar itu. Fawwaz yang tidak sempat membalas apa-apa hanya memerhati kelakuan gadis itu.

Setelah berbual dengan pelajar tersebut, Fawwaz dapat melihat Nadia memberikan sekeping not RM10 kepada pelajar itu lalu melangkah semula ke arahnya dengan senyuman. Pelajar itu pula lantas melangkah ke kantin dan mula membeli makanan.

Buat seketika Fawwaz sempat terkesima dengan kecantikan Nadia. Tidak dinafikan Nadia memang seorang gadis yang cantik, tetapi kecantikannya itu semakin terserlah dengan sifat baik hatinya.

Betul seperti yang dikatakan oleh orang, kecantikan yang sebenarnya datang dari hati.

-

"Assalamualaikum, atok! Nad dah balik ni!" kata Nadia memberi salam seraya menapak masuk ke dalam rumah kayu itu.

"Waalaikumsalam. How was your first day, Teacher Nadia?" balas Tok Ali sekaligus mengusik cucu perempuannya itu.

"Amboi, kemain speaking, tok! Siapa ajar ni?" balas Nadia diiringi tawanya sebelum melabuhkan punggung di atas kusyen. Bukan main Tok Ali berbicara bahasa Inggeris, tahulah cucunya tidak lama lagi bakal bergelar guru bahasa Inggeris!

"Google translate kan ado," kata Tok Ali dengan berlagaknya.

"Hm, atok jangan percaya sangat google translate tu. Bukan betul kadang. Kalau atok nak belajar bahasa Inggeris, biar Nadia ajar. Jadi kalau kot kot ada pelancong asing sesat kat kampung ni, bolehlah atok speaking sikit-sikit," balas Nadia.

"Alahai, kalau nak belajar macam budak sekolah malaslah atok. Otak aku ni dah bukan masuk sangat nak belajar itu ini. Sihat, panjang umur pun dah rezeki. Yang penting kau tu, pastikan kau berjaya capai cita-cita kau. Atok harap sangat sempat nak tengok kau habis belajar dan ada kerjaya pun cukup," balas Tok Ali menyatakan harapan dan impian terakhirnya sebelum dia menutup mata suatu hari nanti.

"Insya-Allah, Nad doakan atok panjang umur. Nanti bolehlah Nad bawa atok ke majlis konvokesyen. Tak lama tok, lagi 2 tahun je lagi," ujar Nadia pula.

Jika papanya tidak mampu menghargai kejayaannya nanti, dia berharap sangat pada Ilahi agar Tok Ali akan ada bersama dengannya pada saat dia berjaya pada masa akan datang. Dengan cara ini sahaja dia dapat membalas jasa datuknya yang sempat berpenat lelah membesarkannya dahulu.

Dia juga yakin, seandainya arwah neneknya masih ada hingga saat ini, pasti arwah Nek Timah bangga dengan pencapaian dirinya. Tanpa pengorbanan Tok Ali dan Nek Timah yang memberikannya semangat untuk belajar, pasti dia tidak dapat merasakan semua ini.

Dearest Nadia, semoga kau dapat bertahan dengan liku-liku kehidupan dan bertahan demi mereka.




BERSAMBUNG

Best betul jadi Nadia ni kan, semua orang suka dia. Kecuali yang busuk hati je tak suka dia. Haha.

Okay sekian itu je, jangan lupa vote and comment okay! Kalau ada member korang tanya novel apa best kat wattpad, hah jangan lupa kasitahu Lost in Love dengan Dearest Nadia best okay!!

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now