BAB 9

146 17 0
                                    

Nadia memeluk erat perutnya yang semakin sakit sejak siang tadi. Dia dapat rasakan dia mengalami gastrik saat ini kerana tidak diberikan makan sejak siang hingga pukul 11 malam ini. Tubuhnya juga cukup lemah saat ini sehingga dia tidak dapat bangun. Dia cuba menelefon Sofi, tetapi sayangnya tidak diangkat.

Kali ini dia cuba menelefon Zafril pula. Sumpah dia terpaksa. Kalau boleh dia tidak mahu membebankan lelaki itu, pasti Zafril sendiri sudah terbeban dengan masalah yang sedang dihadapinya ini.

Tut... Tut...

"Hello," dengar suara Zafril menjawab panggilan di hujung talian.

"Zaf, boleh tak datang sekarang? Aku sakit sangat ni," beritahu Nadia lemah.

"Kau kat mana ni? Apa jadi dengan kau?!" tanya Zafril dengan suara yang kedengaran cemas.

"Rumah..." jawab Nadia lemah.

"Okay, okay. Aku datang sekarang. Kau tahan jap," kata Zafril lalu terus mematikan panggilan itu. Nadia pula terus melepaskan telefon pintarnya dari genggaman dan kembali memeluk perutnya yang sedang sakit.

-

"Mama, okay ke dia tu kita tak kasi makan sehari? Terkunci je dalam bilik tu. Kan papa dia marah pula," kata Tiara kepada mamanya yang sedang asyik menonton drama Korea itu.

"Jangan risaulah, pagi tadi papa dia kan dah pergi out station. Lusa nanti baru balik. Time ni lah kita kerjakan anak dia tu cukup-cukup. Kalau tak, bukan main besar kepala budak tu selama ni," balas Puan Dahlia pula.

"Tapi ma, kalau nanti papa balik and dia mengadu kat papa macam mana?" tanya Tiara lagi. Puan Dahlia menghela nafas keluh perlahan. Susah betul ada anak banyak tanya ni.

"Kau rasa papa dia nak percaya ke apa dia cakap? Daud tu dah tak percaya lagilah dengan anak dia tu. Jadi Tiara relaks je okay? Jangan fikir benda tak patut fikir," jawab Puan Dahlia. Tiara mengangguk perlahan sebagai tanda setuju dengan kata-kata mamanya itu. Inilah saat dia balas kembali perbuatan Nadia yang perasan cantik dan kerek itu!

Ding dong! Ding dong!

Bunyi loceng yang ditekan daripada luar rumah membuatkan dua beranak itu serentak menoleh ke arah pintu rumah. Siapa pula datang malam-malam ini? Takkan Tuan Daud dah balik? Itulah persoalan yang terpacul dalam fikiran Puan Dahlia dan Tiara.

"Pergi check sana siapa datang," arah Puan Dahlia. Lantas Tiara bangun daripada sofa lalu mengintai ke luar rumah melalui tingkap.

"Zafril?"

"Hah? Kenapa datang sini malam-malam?" soal Puan Dahlia hairan.

"Manalah Tiara tahu, ma." jawab Tiara dengan soalan tidak masuk akal mamanya itu.

Ding Dong! Ding Dong!

Buat ke sekian kalinya Zafril menekan loceng rumah itu. Lantas Tiara mencapai kunci lalu membuka pintu rumah itu.

"Abang Zaf. Ada apa datang malam-malam ni?" tanya Tiara ramah.

"Tak payah banyak tanya. Kau buka gate ni sekarang. Aku nak jumpa Nadia," tegas Zafril bersuara.

"Dah malam, Nadia dah tidur. Abang jumpa esok jelah," balas Tiara. Zafril terketawa sinis.

"Kau fikir aku datang sini suka hati je ke? Baik kau buka pintu ni sebelum aku panjat. Kau nak buka ke tak?" ugut Zafril. Lantas Tiara membuka mangga pagar rumahnya itu. Terus Zafril menerobos masuk ke rumah Nadia tanpa mengendahkan Tiara dan Puan Dahlia yang terpinga-pinga melihatnya itu.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik Nadia, dia cuba membuka pintu itu. Namun tidak boleh dibuka kerana dikunci oleh Puan Dahlia.

"Eh, kau buat apa ni? Dahlah ceroboh masuk rumah orang. Aku panggil polis baru kau tahu," marah Puan Dahlia.

"Sekarang ni, korang nak buka ke tak pintu ni? Aku ke sini sebab Nadia yang suruh aku datang. Dia kata dia sakit!" marah Zafril kembali.

Puan Dahlia dan Tiara saling berpandangan. Sakit? Sejak bila pula si Nadia sakit. Mereka sekadar tidak memberi gadis itu makan sahaja satu hari ini. Takkan boleh sakit kot?

Zafril yang melihat kedua beranak yang seakan lembab itu lantas terus menerajang kuat pintu itu menggunakan tenaga jantannya. Dengan sekali sepakan, terus terkuak lebar daun pintu kayu itu. Terus Zafril berlari anak ke arah Nadia yang sudah terbaring lemah itu.

"Nad... Apa jadi dengan kau ni?" kata Zafril yang cemas melihat keadaan Nadia yang sudah pucat dan lemah seperti mayat hidup itu. Puan Dahlia dan Nadia juga terkejut melihat keadaan Nadia seperti itu.

"Perut aku, Zaf... Sakit. Aku rasa macam nak muntah..." kata Nadia. Tanpa aba-aba, terus Zafril mencempung tubuh gadis itu lalu dibawanya keluar.

Sebaik sahaja meletakkan Nadia ke dalam kereta, sempat Zafril merenung tajam ke arah dua beranak itu.

"Aku pastikan kau akan menyesal apa yang kau dah buat pada sepupu aku ni suatu hari nanti. Dasar manusia kejam!" kata Zafril lalu terus masuk ke dalam kereta sebelum memandu pergi dari situ.

"Acah-acah suci pula ye budak tu. Tak sedar diri tu tengah viral pasal pensyarah gay, sibuk mengata orang," omel Puan Dahlia lalu terus masuk ke dalam rumah.

-

Sofi, Dato Halim serta Datin Halimah terus ke hospital tatkala menerima panggilan Zafril tentang keadaan Nadia. Walaupun situasi keluarga mereka agak tegang saat ini, mereka tetap merisaukan keadaan Nadia.

"Apa jadi dengan Nadia, Zaf? Dia ada call kakak, tapi masa tu kakak tak angkat sebab phone silent masa nak tidurkan Syifa," kata Sofi cemas.

"Doktor kata dia gastrik teruk," jawab Zafril ringkas.

"Astaghfirullah... Nad tak makan ke?" tanya Datin Halimah risau.

"Rasanya lah. Sebab masa Zaf datang Nadia terkurung je dalam bilik," jawab Zafril lagi. Datin Halimah berbalas pandangan dengan Dato' Halim. Dia pasti mesti ini ulah Dahlia dan Tiara.

"Kalau umi, walid dengan Kak Sofi nak tengok Nadia bolehlah. Tadi doktor dah siap check dia. Tapi sorang-sorang lah masuk, sebab dah habis waktu melawatkan," beritahu Zafril lagi.

"Umi masuk dululah ya," kata Datin Halimah sebagai tanda izin kepada Sofi dan Dato' Halim. Mereka mengangguk perlahan sebagai tanda mengiakan.

Usai itu, Dato' Halim lantas mengatur langkah ke arah deretan kerusi meninggalkan Zafril. Dia masih tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan anak lelakinya itu. Dia perlukan masa untuk menghadam masalah yang berlaku saat ini.

"Kakak pergi duduk kat walid ya," kata Sofi lalu melangkah ke arah tempat duduk yang diduduki oleh Dato' Halim sebelum melabuhkan punggungnya.

"Sofi harap walid boleh sabar. Kita lupakan kejap and focus to Nadia," ujar Sofi. Dato' Halim menghela nafas panjang.

"Walid cuba, tapi bila terpandang muka Zaf walid kecewa sangat. Walid takkan boleh tengok muka dia selagi perkara ni tak selesai, Fi." balas Dato' Halim yang membuatkan Sofi terdiam pula seketika.

"Walid, kalau Sofi beri cadangan agak-agak walid terima tak?" soal Sofi. Satu idea sudah terpacul dalam fikirannya. Dia yakin ideanya dalam situasi saat ini adalah terbaik untuk Nadia dan Zafril.

"Apa dia?"

"Kita kahwinkan Zafril dengan Nadia boleh tak? Dengan perkahwinan ni kita boleh tutup masalah Zafril, pada masa yang sama kita bawa Nadia pergi dari Aunty Dahlia dan Tiara. Apa pendapat walid?"

BERSAMBUNG

Double update for todayyy! Hope you guys like it, and keep voting Dearest Nadia. It's kinda sad actually bila tengok reader bertambah, tapi total vote tak bertambah🥹

Saya sedar juga awal-awal cerita ni agak bosan, but saya janji akan improve untuk bab-bab akan datang😊

So, sila vote and comment okay!!❤️

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now