BAB 19

149 16 4
                                    

Sebulan kemudian...

Nadia mengeluarkan sebuah beg kertas besar yang berisi pelbagai hadiah daripada perut keretanya. Siapa sangka dia akan menerima hadiah daripada pelajar dan guru-guru yang pernah mengajarnya suatu ketika dahulu. Tidak kisahlah hadiah itu sama ada kecil, besar, murah atau mahal, apa yang penting adalah keikhlasan seseorang yang memberi.

"Amboi, banyak betul hadiah. Macam artis pula dah," tegur Tok Ali sebaik sahaja Nadia meletakkan beg kertas itu di atas meja ruang tamu.

"Tak adalah banyak mana, tok. Ni sebab Nad penuhkan je semua dalam ni, tu nampak banyak," balas Nadia pula.

"Nad letak semua ni kat sini dulu tau, tok. Nad nak pergi mandi dulu," sambung Nadia lagi. Tok Ali mengangguk perlahan sebelum cucunya itu berlalu pergi dari ruang tamu itu.

Hanna pula yang kedengaran suara perbualan datuknya dan kakak sepupunya itu lantas keluar daripada bilik tidurnya. Namun tatkala dia keluar, hanya Tok Ali yang sedang mengintai beg kertas berisi hadiah milik Nadia sahaja.

"Intai apa, tok?" tanya Hanna seraya melangkah menghampiri Tok Ali.

"Ni hah, tengok ni. Nadia dapat banyak hadiah dari sekolah. Padahal sebulan aje dia mengajar kat situ," jawab Tok Ali.

"Biasalah, tok. Orang cantik, banyaklah peminatnya," kata Hanna. Pada masa yang sama, matanya terpaku pada sebuah hadiah yang merupakan set coklat Forerro Rocher yang bersaiz besar yang dihiasi reben dan ada sebuah kad ditampal pada coklat tersebut.

Baru sahaja tangan Hanna gatal ingin menyelak isi tulisan kad itu, terus tangannya dipukul perlahan oleh Tok Ali.

"Jangan sentuh! Barang orang jangan dikacau," tegur Tok Ali yang membuat bahu Hanna terhinjut dek terkejut.

"Alah, atok ni. Orang nak tengok pun tak boleh," omel Hanna dengan wajah cemberut.

"Kalau nak tengok ke minta ke, tunggu nanti masa tuan badan dia sendiri buka," balas Tok Ali lalu pergi meninggalkan Hanna.

"Okay, baik tok," jawab Hanna dengan nada mengendur. Pada masa yang sama, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan lantas mengambil gambar set coklat Ferrero Rocher tadi sebelum ditegur Tok Ali buat kali kedua.

-

Ting!

Zafril yang sedang ralit memeriksa kertas tugasan pelajar itu melihat ke arah skrin telefon pintarnya.

LilSis Hanna
Notification

"Apa lagi budak ni nak? Sebulan duduk kat kampung macam-macam cekadak," keluh Zafril perlahan lalu membuka pesanan daripada Hanna itu.

LilSis Hanna:
[Imej]

Zafril:Haritu dah minta abang belikan stok snacks and chocolate untuk kat kampung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zafril:
Haritu dah minta abang belikan stok snacks and chocolate untuk kat kampung. Takkan baru beli dah habis?

LilSis Hanna:
Bukan Hanna punya, Kak Nad punya. Tadi dia bawa balik banyak gila hadiah. Kalau rupa gini, tak rasa  students bagi. Entah-entah secret admirer dia.

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now