BAB 15

151 20 4
                                    

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam, Fawwaz! Dah sampai pun," balas Nadia seraya memasukkan bakul berkelah yang berisi nasi lemak dan kopi-o sebagai minuman sebagai bekal untuk makan di dusun nanti.

Namun senyuman Nadia mengendur tatkala melihat figura seorang lelaki dibelakang Fawwaz itu. Ini juga kali ketiga mereka bertemu secara tidak sengaja dan tanpa dirancang.

"Nadia, bolehkan saya bawa abang saya? Dia baru sampai petang semalam," beritahu Fawwaz. Nadia melongok seakan tidak percaya.

"Abang?" tanya Nadia ingin kepastian.

"Ya, abang sulung saya. Walaupun mungkin awak kenal, tapi saya kenalkan jelah dia sebagai abang saya. Jadi inilah abang saya, Adam Fakri," kata Fawwaz memperkenalkan abangnya itu. Adam masih agak terkejut kerana berjumpa Nadia di sini sebagai kawan adiknya pula.

Hebat juga Nadia Fahira ini. Tiga kali pertemuan, tiga perwartakan yang berbeza. Kali ini Adam berjumpa dengan Nadia sebagai cikgu praktikal pula.

"Hai, Nadia. We have met before, right?" kata Adam terus terang. Nadia tersenyum kekok.

"Oh, really? Tak sangka betul korang dah kenal," kata Fawwaz teruja pula. Nadia masih tersenyum kekok lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haah, sebab Adam datang ke majlis aqiqah cucu Pak Long saya. So, we met there," balas Nadia pula lalu menjengilkan mata ke arah Adam agar lelaki itu tidak berceritakan lebih-lebih perihal dirinya.

"Uish, siapa kamu ni Fawwaz? Tengok muka macam kenal, tapi tok tak kenal sebenarnya," seloroh Tok Ali sebaik sahaja selesai mengunci pintu. Nadia memandang sekilas datuknya itu. Entah sejak bila orang tua ini pandai melawak pula dah.

"Abang saya, Adam Fakri. Mungkin Tok Ali pernah tengok dia kat tv kot dalam drama," ujar Fawwaz. Tok Ali menampar bahu Adam perlahan.

"Betullah! Kau yang berlakon drama pukul 7 tu kan? Yang jadi siapa tu, jadi Akid yang kaki pukul bini tu," kata Tok Ali teruja. Adam sekadar menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

'Banyak-banyak drama aku berlakon, watak kaki pukul bini juga yang dia ingat,' getus hati Adam.

"Sejak bila atok tengok drama melayu pukul 7 ni? Atok tak solat maghrib ke?" tanya Nadia dua tubi dengan dahi yang berkerut.

"Eh, siapa kata aku tak solat Maghrib. Atok tengok online lah kat handphone," balas Tok Ali.

"Tapi Tok Ali jangan risau, yang kaki pukul tu hanya lakonan je. Saya realitinya tak macam tu pun," kata Adam menjelaskan tentang wataknya kepada Tok Ali. Bukan apa, kebanyakan penonton yang terkesan dengan lakonannya itu pasti akan ada yang menyamakan watak lakonan dengan peribadinya yang sebenar.

"Ni dah sarapan belum korang ni? Kalau belum tak apa, nanti dah sampai kat dusun sarapan nasi lemak yang Nadia masak ni," kata Tok Ali. Adam dan Fawwaz saling berpandangan, tak sangka Nadia pandai masak!

"Oh, kalau macam tu jomlah kita pergi sekarang tok. Tak sabar saya nak merasa air tangan Nadia ni," ujar Adam teruja sambil memandang sekilas ke arah Nadia.

Fawwaz pula menatap wajah abangnya. Tidak mungkin Adam juga sebenarnya jatuh hati dengan Nadia?

-

Sampai sahaja di dusun, Nadia mengeluarkan bakul yang berisi nasi lemak dan air kopi-o tadi daripada kereta. Fawwaz dan Tok Ali pula terlebih dahulu menaiki motosikal masuk ke dalam dusun. Terpaksalah Nadia dan Adam berjalan kaki untuk masuk ke dalam dusun.

"Sinilah biar saya bawakkan," kata Adam lalu mengambil bakul yang ada pada tangan Nadia itu.

"Thanks," ucap Nadia dengan senyuman kecilnya.

"Saya tak sangka pula awak ni pelajar perguruan. Awak ni memamg full of suprise betulkan?" ujar Adam seraya berjalan beriringan dengan Nadia.

"Apa terkejutnya? Saya pun manusia biasa je macam orang lain, ada kelebihan atau kekurangan. Mungkin saya yang tak sesuai expectation awak?" balas Nadia semula yang membuat Adam terkedu seketika dengan jawapannya yang bijak itu.

'Betul kata Nadia, aku yang letakkan expectation aku sendiri pada seseorang,' bisik hati Adam.

"Eh, kasar sangat ke ayat saya? Sorry if awak terasa kasar ke apa. Sebab saya memang straightfoward sikit orangnya," kata Nadia yang risau Adam terasa hati dengan kata-katanya.

"Eh, tak. Saya macam rasa wow dengan jawapan awak. Betullah kata awak, expectation dan pandangan saya terhadap awak sebenarnya yang buat saya terkejut dengan diri awak. Terima kasih sebab ajar saya untuk sentiasa bersangka baik," balas Adam diiringi dengan senyuman manisnya.

"Sebab tu, kita tak boleh suka hati pandang serong, pandang rendah, jatuhkan hukum pada seseorang. Baik dia pelacur ke GRO sekalipun, sebab pasti ada kebaikan dan kelebihan dia buat tapi just kita tak tahu," balas Nadia.

"Ya, saya tahu Cik Nadia Fahira. Biasalah, manusia kadang-kadang lupa. By the way, saya suka dengan gaya awak macam ni," balas Adam sekaligus memuji Nadia. Gadis itu terpinga-pinga seketika.

"Macam ni? Maksud awak?"

"Penampilan awak. Nampak manis dan cantik," puji Adam yang kedengaran ikhlas itu tatkala melihat Nadia berpakaian t-shirt lengan panjang dan seluar track serta bertudung bawal.

Nadia pula dapat merasakan darah mengalir menyerbu ke wajahnya dek tersipu malu. Baru ini dia mendengar pujian ikhlas dari seseorang.

"Hoi, terhegeh-hegeh pula dia berjalan. Orang dah lapar ni," laung Tok Ali dari pankin ke arah Nadia dan Adam. Lantas mereka berdua berlari anak menuju ke pankin.

Fawwaz pula tersenyum nipis melihat abangnya bersama Nadia. Kalau bukan sebab Tok Ali mempelawanya naik motosikal tadi, sudah lama dia naik kereta bersama Nadia.

Nadia mula menghidangkan sambal, timun, telur goreng, kacang dan ikan bilis goreng berserta nasi lemak di atas pankin. Beberapa pinggan dan cawan plastik juga dikeluarkan daripada bakul lalu mencedokkan nasi untuk Tok Ali, Adam dan Fawwaz.

"Sedapnya Nadia masak! Boleh jadi isteri orang dah ni! Untung siapa dapat Nadia," puji Fawwaz dengan teruja sebaik sahaja menyuapkan nasi lemak itu ke dalam mulutnya.

Tok Ali berdehem tatkala perkataan 'isteri' disebut oleh Fawwaz lalu menjeling sekilas ke arah Nadia. Memang betul pun, bulan depan sah jadi isteri orang.

"Uish, jauh lagilah fikir nak jadi isteri orang pun. Fokus study je dulu," balas Nadia kepada Fawwaz.

"Betul, kita sama-sama fokus study dulu okay?" balas Fawwaz. Adam melirik ke arah adiknya itu sambil menatang sepinggan nasi lemak.

'Amboi, try market kau Fawwaz?' getus hati Adam.

Tok Ali pura-pura tidak dengar sahaja perbualan anak-anak muda itu. Masing-masing nampaknya cuba memenangi hati Nadia saat ini. Mahu kasihan pun ada, kepada Nadia. Ikutkan cucunya boleh dapatkan lelaki pilihan yang lebih baik berbanding Zafril. Namun sayangnya dia akan terperangkap dalam sebuah perkahwinan bersama Zafril bagaikan seekor burung yang terperangkap dalam sangkar.


BERSAMBUNG

Vote and comment!❤️

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now